BAB 3

Romance Completed 650

“SELESAI sudah majlis bersanding, kini tiba acara amek gambar dengan kaum famili. Amat gamat suasana ketika itu. Masing-masing bersesak-sesak untuk menginterframe. Bermacam-macam telatah dan ragam yang boleh dilihat. Ada yang senyum ceria, ada yang cuma tersenyum nipis, ada yang yang bersorak riang dan ada jugak yang hanya tayang muka straight. Tu confirm kena paksa datang kenduri. Pasangan pengantin pulak? Of course la nampak ceria semedang. Sape tak bahagia di hari perkahwinan? Tengok la Kak Neli tu asyik tersenyum je dari tadi. Suami dia kat sebelah pun tak jemu-jemu tunjuk gigi. Ya Allah… Semoga jodoh mereka berkekalan sehingga ke anak cucu cicit.Amin…Zura, kau bila lagi? Soal hatinya sendiri. Ewah! I’m only 21 okay! Dia tersenyum. “Huh!?” Kening kanan dan kiri hampir bertemu bila terpadang Acik Nani sedang melambai-lambai tangan ke arah dia. Fazura buat muka mengisyaratkan ‘ada apa Acik?’. Namu wanita itu masih menreuskan lambaian. Baru je kaki kanan mula nak mengorak langkah tetiba Fazura terasa bahunya dilanggar. Kasar! Terdorong sekejap dia ke depan. Cepat-cepat dia berpaut pada sesuatu untuk mengelak dari tersembam ke lantai. Kuat ‘benda’ itu digenggam. Kejap.

“Nak tunggu tangan aku lumpuh dulu ke baru nak lepas?”

Nyittttt!!! Berdesing telinga mendengar sindiran itu. Diam sekejap. Berfikir sejenak. Macam pernah dengar la suara ni tapi…

“Let me go please. Tolonglah jangan nak buat drama Hindustan kat sini. Takde orang nak tengok pun.”

Tangan insan itu dilepas pantas. Kepala dipanggung mencari sepasang mata redup yang tengah merenung dia dengan pandangan tak puas hati. Dah agak dah! Dia menghela nafas. “Kau buta ke apa? Tak nampak ke aku yang besar plus gah terpacak kat sini lagi mau langgar.”

“Yang kau pergi tayang muka kat tengah jalan macam ni sape suruh? Salah sendiri ar.” Balas lelaki itu dengan muka innocent.

Budak ni la… “Kau ada mata kan? Kau ada akal kan? Kau ada je jalan lain yang kau boleh redah. Asal sini jugak yang kau nak menempek?” Mana la datangnya manusia macam ni? Kerek ya amat. Terjun dari satelit ke???

“Kiranya kau nak salahkan aku la ni ye?” Suara lelaki itu dah mula bertambah satu level.

“Indeed!” Balas Fazura tak mahu mengalah. Lagi tajam lelaki itu merenung dia lagi berani dia melawan. Apa kau fikir kau hebat sangat?

Terdengar dia merengus kasar. “Suka hati kau la. Aku malas nak layan orang tak cukup zat macam kau. Sangat malas. So, excuse me. Tolong blah ke tepi sekejap wahai budak kerdil. Aku nak lalu.” Tangan dikibas ke kiri kanan mengisyaratkan supaya Fazura memberi ruang kepadanya.

Terbuntang luas mata sepasang mata bundar itu bila mendapat nickname baru. Budak kerdil?

“Asal buat muka macam orang kena paksa makan daging gajah je ni? Terkejut ke?” Lelaki itu mengoyak senyum sinis. ” Yeah… You’re budak kerdil.”

“Weyh!” Bengang Fazura dah bertambah lagi satu baton. “Kau ingat kau tinggi, besar hebat sangat ke hah? Sekerdil-kerdil aku ni sama paras dengan bahu kau je. 158 cm… Ok la tu. Kalau nak jadi model pun lepas la weyh.”

“Model apa? Model celup kaki yang ada berguni-guni bakteria dalam kolam ikan?”

Dush! Terasa macam lori sampah menghentak kepala dengan sindiran yang diterima dari mulut berbisa lelaki itu. Mata dah mula merah menahan amarah. Dia ni la…

“Qalish !” Satu suara yang masuk menyelit antara peperangan panas dua makhluk itu. Dua kepala serentak menoleh ke kanan.

“Umi.” Suara kasar tadi berubah lembut hanya dalam sekelip mata. Muka yang bengis terus nampak ceria dengan senyuman.

Terpana sekejap Fazura setelah melihat lesung pipit dalam dikedua-dua belah pipi lelaki yang kini dianggap musuh. Tau pulak dia senyum. Tapi… Umi!? Mata menala pada Acik Nani di sebelah. Umi? Mulut separuh ternganga.

“Hai Zura.” Sapa wanita itu bersama senyuman manis dibibir. Bahu Fazura disentuh lembut.

“Hai Acik Nani.” Balas gadis itu. Senyuman dikoyak.

“Haa… Nampaknya dua sahabat yang lama terpisah kini bertemu kembali. Amacam? Suka bila kamu berdua dapat berjumpa semula?” Acik Nani angkat kening dua kali. Muka Qalish dan Fazura dipandang silih berganti.

Kata-kata wanita itu mampu membuatkan Fazura dan Qalish tercengang. “Sahabat!?” Dua suara bergabung.

“Debab!?” Qalish tuding muka Fazura .

“Ranting!?” Fazura tuding muka Qalish .

Dua saat kemudian, masing-masing mute dengan otak yang ligat berfikir. Mata bertentang mata. Dua hati berbicara sendiri.

Ini ke Debab member yang selalu main panjat-panjat pokok dengan aku dulu-dulu?

Ini ke Ranting yang selalu aku buli time kecik-kecik dulu?

Takkan lah si Debab yang berat berat 20 kg masa umur 5 tahun dulu berubah jadi solid macam ni?

Takkan lah si Ranting yang sangat kurus kering masa kecik dulu berubah jadi tough macam ni?

Mana muka comot kau?

Mana rambut skema kau?

Mana gigi buruk kau?

Mana hidung kau yang berhingus dulu-dulu?

“Cup!” Sergah Acik Nani bila dua manusia itu leka merenung muka masing-masing. Sepatah suara pun tak dikeluarkan. Hanya mata je yang mainkan peranan. “Amboi, mentang-mentanglah dapat berdiri secara berdepan macam ni, main-main mata pulak.”Ucapnya sambil tersengih menyakat. “Eh Qalish .” Lengan anak lelakinya itu dikuis. “Tolong pergi kedai. Gula, beras dengan sirap dah habis lorh. Malam karang ada tetamu lagi yang nak datang.”

“No hal la, mi.” Thumbs up ditayang. “Lagi?” Soalnya sambil tersenyum senang pada ibu tersayang. Fazura yang leka merenungnya di sebelah diabaikan.

Sungguh! Aku tak dapat terima lagi yang this guy yang gila kerek dengan my bestfriend time zaman hingusan dulu adalah orang yang sama. Unbelievable!

“Haaa…” Acik Nani tepuk dahi. Beli milo, teh, kopi sekali. Lepas tu umi nak mintak kamu belikan umi sabun cuci pinggan. Lagi…”

“Whoaa… Stop stop.” Pintas Qalish laju. Tangan kanan diangkat.

Terdiam dua saat wanita itu bila kata-katanya disela. “Kenapa?”

“Banyak tu umi.” Qalish buat muka terkejut. “Jenuh la Qalish nak ingat. Dah tu nak kena pergi beli satu-satu barang. Kena mancari lagi. Umi bukan tak tau yang Qalish memang tak suka shopping kan? Especially shopping barang dapur.”

Melihat riaksi agak mengada-ngada lelaki itu membuatkan Fazura mencebik meluat. Manja betul. Mintak tolong beli sikit barang pun nak merungut ke? Ntah pape.

“Umi ikut sekali?”

“Uih cannot la. Takkan umi nak tinggalkan rumah pulak? Kamu jangan lupa yang hari ni kan kenduri kahwin kakak kamu. Jangan nak buat pasal.” Ucap wanita itu dengan tone tegas. Ada ke patut anak aku ni. Tetiba sesuatu melintas di kepala. Fazura yang hanya bertindak sebagai pemerhati dikerling. Senyuman terkupas. “Zura.”

“Ye Acik.” Lembut suara itu menyahut.

“Tolong Acik boleh?”

Senyum.”My pleasure.”

“Temankan Qalish pergi beli barang?”

“Hah!?” Permintaan Acik Nani berupaya membuat gadis itu tersentap. Takkan kot?

“Please…” Lengan Fazura dibelai lembut.

Fazura pandang Qalish . Lelaki itu bawak mata arah lain dengan muka tak endah.

“Zura…”

Bibir bawah digigit. Amal Fazura , tak salahkan kalau tolong orang?”Okey.”

Sepatah jawapan itu mengundang senyuman lega di bibir Acik Nani. “Thanks dear.” Pipi Fazura dicuit. Kemudian dia menoleh ke arah Qalish .”Amek duit ni. Pergi beli apa yang ibu pesan okey?”

Qalish ? Still dengan muka kerek dia la. Muka yang boleh buat Fazura tanam niat nak sepak dia laju-laju. “Wokeyh! Tarak hal la.” Senyumnya pada si ibu. Beberapa keping not RM 100 disambut sebelum dimasuk ke dalam poket seluar. “Pergi dulu, mi.”

“Haa… Tunggu apa lagi? Pergilah ikut Qalish . Karang terlepas pandang pulak. Dah la crowded sangat ni.” Tutur Acik Nani pada Fazura yang masih terpacak di tempatnya.

Lambat-lambat dia mengangguk. “Okey Acik. Zura pergi dulu. Kalau ibu cari Zura kejap lagi, Acik cakap kat ibu Zura ikut dia.” Katanya seraya mengangkat jari telunjuk ke arah Qalish yang dah pun sepuluh meter ke depan.

“Okeyh.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience