BAB 4

Romance Completed 650

Sepupuh minit perjalanan hanya diteman oleh cik sepi. Dua makhluk yang berada di dalam Honda City itu hanya diam tanpa suara. Masing-masing layan feeling sendiri. Fazura bawak muka ke kanan. Kehadiran Qalish disebelah betul-betul membuatkan dia berasa kekok. Mana perginya si Ranting yang gila bertanya dulu tu? Mana perginya suara ramah dia? Asal sekarang dia dah jadi kerek macam ni?

Qalish hela nafas. Gear bertukar. Brek kaki ditekan perlahan-lahan. Lampu isyarat yang menunjukkan warna merah meminta pemanduannya berhenti sekejap. Tangan ditongkat pada pintu kereta. Sesekali jari-jemari mengetuk-ngetuk cermin. Mana perginya si Debab mulut becok dulu tu? Mana perginya cerita-cerita dia yang gila banyak nak dikongsi dengan aku macam dulu? Mana suara dia yang macam halilintar? Asal sekarang dia dah jadi pendiam? Tangan dihulur panjang ke kiri.

“Woi!” Sergah Fazura kuat bila dengan huluran tangan itu. Dia bergerak rapat ke pintu. “Kau nak buat apa ni? Nak amek kesempatan eh?” Soal gadis itu berang.

Muka tenang Qalish terus berubah bengis. Tuduhan gadis itu berjaya mengundang kemarahannya. “Kau perasan apa? Bila masa aku nak amek kesempatan dekat kau?” Memang dengan nada Sarjan dia menyoal.

“Dah tu? Asal kau hulur tangan? Nak amek kesempatanlah kan? Kau ingat aku bodoh sangat ke sampai tak faham?” Bidas gadis itu dengan nada yang sama. Qalish ditenung dengan tenungan menikam.

“Weyh!” Pompuan ni la… Dalam satu minit tubuh dipusing menghadap Fazura . “Kau fikir aku sehina tu ke? Aku ada iman la weyh! So, watch your mouth!” Boleh pulak fikir aku macam tu? Apa aku dah hilang akal ke sampai nak buat benda tak senonoh macam tu kat anak dara orang hah?

“Helleh!” Bibir bawah dijuih. Qalish dijeling sekilas. “Kau lelaki. Kau bukan muhrim aku. Kau ada nafsu. And no wonder la kalau…”

“Apa apa!?” Lebih pantas dari kilat Qalish memintas sebelum Fazura sempat menghabiskan kutukannya teradap lelaki itu. Aku just nak buka radio je pun. Suka suki je nak buat tuduhan melulu. “Memang aku lelaki. Memang aku bukan muhrim kau. Tapi sorry to say la… Aku tengok kau pun takde nafsu. Kosong! So…”

“Hoi!” Giliran Fazura pula memintas ayat Qalish . “Kau hina aku ke?”

“Sape makan santan dia la yang rasa lemak.” Selamba Qalish membalas. Dengan muka habis tak bersalah tuh.

Grrggghhh!!! Kali ni Fazura betul-betul bengang. Renungan menikam dua pasang mata bertembung. Kalau diikutkan hati nak je dia hentak kepala si Qalish dengan enjin kereta. Biar pecah! Biar hancur! Biar mati! Asalkan hati aku puas. Huh!

“PONNNN!!!” Qalish tersentak bila terdengar kereta belakang menekan hon. Lampu isyarat dikerling. Dah hijau ke? Masuk gear. Handbreak diturun. “Sabar sikit boleh? Orang lain pun ada hal jugak.” Marahnya pada kereta-kereta yang galak menekan hon di belakang. Pedal minyak ditekan sebelum stereng kereta dipusing ke kanan.

“Bawak kereta macam hampeh! Ntah ada lesen ntah tak. Nampak sangat pakai lesen terbang.” Omel Fazura perlahan namun dapat ditangkap oleh telinga Qalish .

“Apa kau cakap?”

“Nothing.” Fazura tayang muka donno.

“Aku dengar kau cakap tadi.” Kata Qalish tak puas hati.

“Dah tu asal tanya lagi? Saja nak perhatian aku ke?”

Merengus kasar. “Hoi pompuan!”

“Sepuluh markah untuk anda. Memang aku pompuan. Tepat sekali.” Tangan ditepuk laju. Fazura buat-buat suka.

Perbuatan sakit hati Fazura itu membuatkan otak Qalish menggelegak. Stereng kereta digenggam kuat. Rilex Qalish …rilex. Dia pompuan okey. Dia kaum Hawa. Dia lemah. Respect sikit! Pesannya pada diri sendiri.

Sepuluh minit berlalu namun destinasi yang ingin dituju belum tiba. Penat bertekak akhirnya suasana kembali menyepi.

“Weyh!” Suara Qalish bergema.

Takde respon.

“Hoi!”

Masih dengan respon yang sama.

“Oit.”

Fazura menguap kecil.

Hiii!!! “Kau.”

“Kau gile ke?” Soalan tetiba dari gadis itu mampu membuat Qalish tercengang. “Asal cakap sorang-sorang? Tak de orang nak layan? Ka.si.han…” Sengaja kepala digeleng-geleng.

Haisyh! Sabarlah wahai hati. “Aku cakap dengan kau ar.”

“Erk?” Dada sendiri dituding. “Tapi asal aku tak dengar kau panggil nama aku pun? Yang aku dengar kau panggil Weyh, Hoi, Oit… Sape diorang tu? Member kamching kau masa zaman sekolah dulu ke?”

Toink toink! Rasa macam diri sendiri kena langgar dengan kontena kat tengah haighway bila mendapat sindiran pedas dari gadis di sebelahnya itu. Kali ni kau takleh salahkan sesape Qalish sebab dah terang lagi nyata kau yang bersalah. Main terjah tak tengok kiri kanan, macam nilah habuannya. “Kau study lagi ke?”

“Kau rasa?” Soalan dijawab dengan soalan.

“Study lagi kot.”

“Dah tu asal tanya lagi?”

Bumpp! Kena tembak dengan senapang garuda. Qalish tersenyap dengan sendiri. Sepuluh saat… “Study kat mana?”

“Agak-agak kau?”

“U kot.”

“Kau memang sukakan perhatian ke?”

“Huh!?” Hairan dengan soalan yang dilempar oleh gadis itu.

Tersenyum sinis. “Yela.. Dah tau lagi mau tanya. Bukan ke nampak macam kau nak perhatian? Am I right?”

Tergamam.

“Tapi takpela. Oleh kerana aku terlampau kesiankan kau yang kurang mendapat perhatian ni, aku jawab. Aku student UTP.”

Lagi sekali stereng keret digenggam erat. Qalish , asal tak sudah-sudah kau kena hentam dengan pihak lawan ni? Nafas geram dihela. “Kos apa?”

“Kalau aku jawab suka hati aku?”

“Kau!” Tengking Qalish . Sungguhlah aku bengang dengan pompuan sorang ni. Aku nak baik-baik dengan dia lagi mau topup kebengangan aku. Apa kes? Muka dan telinga dah blushing sebab terover-angry.

Hahaha. Fazura ketawa dalam hati. Puasnya jiwa bila dapat buat muka mamat ni blushing. “Kau pulak?”

“Kau rasa?” Hohoho… Now my turn untuk kenakan kau balik.

“Aku rasa kau penganggur jalanan kot.”

“Apa!?” Qalish tunjuk geraham paling hujung. Aku? Muka aku? Macam ni? Yang hensem lagi kacak macam ni? Penganggur jalanan? “Kau tak rasa kau melampau ke?”

“Tak. Sebab aku rasa tekaan aku betul. Muka macam kau ni aku selalu nampak kat tepi jalan. Berlambak. Selalu je aku…”

“Okey! Stop!” Serius! Telinga aku dah tak boleh nak dengar even sepatah lagi word yang keluar dari mulut dia. Risau kalau aku out of my mind. Indeed!

“Asal? Tak sanggup nak dengar?” Fazura masih belum puas. Niat di hati nak hentam Qalish habis-habisan. “Tu la… Dulu orang suruh belajar taknak. Main-main. Tengok skang ni ko jugak yang…”

“Let me tell you. Aku University of London punya student okey!”

Pengakuan tegas Qalish itu berjaya membuatkan gadis terkedu. Tersentak pun ada. Tergamam pun ye. Walaweyh!!! Overseas punya student kah dia ni? “Payung sendiri?”

Haaa… Tersentap ke? Baru kau tau. “Tak main ar payung sendiri. Aku MARA payung. Scholarship.” Kata Qalish dengan muka megah.

“Mak aii! Best siot.” Muka terkejut dah lesap. Timbul lah pulak muka teruja. Qalish dipandang dari atas ke bawah. Mata melekat pada wajah bersih itu. Mencari kebenaran disebalik pengakuan tadi.

“Jangan pandang lama-lama. Karang kau jatuh cinta dengan aku sape yang nak jawab?” Dengan selamba badak dia menutur.

“Ceit!” Fazura buat muka jijik. “Gaya cakap macam muka kau tu stok market jek. Blah ar. Takdenya aku nak jatuh cinta dengan makhluk macam kau. Kerek yang sangat dahsyat.” Lancar dia kasi komen.

“Aku kerek dengan kau je. Dengan orang lain tak. And one more thing… even muka aku bukan stok market pun, berderet-deret girls yang berbaris depan aku mintak aku jadi balak diorang tau. Mat saleh pun tak terkecuali.” Cerita lelaki itu dengan penuh semangat sambil tersenyum ceria.

“Gila perasan.”Fazura mencebik. “Tak boleh blah betul kalau dah syok sendiri. Ntah-ntah girls yang berderet-deret tu bukan nak mintak kau jadi balak tapi jadi maid diorang kot. Aku tengok gaya muka dah ada.”

Haisyh! Si Debab ni tak sudah-sudah nak cari pasal dengan aku kenapa? “Kau cakap tu baik-baik sikit. Maid pun manusia jugak. Diorang pun banyak berjasa kat bumi ni tau. Kau jangan nak pandang rendah kat diorang.”

Terdiam Fazura mendengar syarahan tak langsung dari lelaki itu. Ye tak ye jugak eh. Sorry.. aku takde niat pun nak pandang rendah dekat maid. Sungguh! “Aku tau.”

“Dah tu?” Muka bersalah Fazura dikerling tiga saat. Tau pun rasa bersalah. Tu la… Mulut tu pakai main lepas je.

Diam. Layan feeling. Tak terluah sebarang kata.

Kebisuan gadis itu menarik perhatian Qalish . “Asal mute pulak ni?”

“Takde benda nak cakap.”

“Cakap je la. Aku bosan ar kalau tak dengar suara lantang kau tu.”

“Kau perli aku eh?” Muka Qalish ditenung garang.

“Baguslah kalau kau sedar.”

Hiii!!! “Kau ni kan…”

“Hensem?” Pintasnya laju. “Aku tau. Kau tak cakap pun aku tau. Anyway thanks a lot for your compliment.” Dengan muka tak malunya Qalish bersuara.

Erk!? “Kau ni memang mamat keret yang syok sendiri.”

“Oh yeah?”

“Yeah…”

“Really?”

“Indeed!”

“Again… Thanks.”

“You’re welcome.”

Dan lepas tu, masing-masing amek keputusan untuk mendiamkan diri. Dah malas nak bertekak. Sorang pun taknak dan tak akan mengalah. Buang masa jek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience