BAB 11

Romance Completed 650

Di seberang 2 3 4 5 laut jauh nun di sana…

PUTUS nafas! Mulut yang menggariskan senyuman sejak tadi tiba-tiba terkaku. Tangan yang menongkat dagu terjatuh. Mata redup itu terkebil-kebil. Nafas ditarik hembus dengan tak sekata.

“Hoi!” Rahimi yang baru keluar dari bilik air menyapa. Dia pelik melihat keadaan housemate nya itu. “Kau asal Qalish ?” Bahu lelaki itu ditepuk.

Qalish diam. Tak kasi sebarang respon. Bergerak pun tak. Mata masih melekat pada skrin laptop.

“Asal gaya kau macam nampak kuda menunggang manusia je ni? What’s wrong huh?” Soalnya lagi bila Qalish masih mengkakukan diri. “Qalish Ismar!”

“Huh!?” Tersentak Qalish dengan jeritan itu. Rahimi dipandang. “Mie…”

“Hmm.”

“Is that true?”

“What?” Rahimi pelik.

“Email ni…” Email yang disangka kiriman dari Fazura dituding. Cuba kau baca.”

“No hal.” Muka di dekatkan ke desktop. Sebaris demi sebaris ayat yang tertera di situ dibaca. Selepas satu minit… “Dia si Debab yang kau ceritakan kat aku tempoh hari?”

“Yeah.”

“Yang dah curi hati kau tu?”

“Ahah.”

“Girl yang berjaya buatkan kau jatuh cinta dalam satu hari je?”

“Indeed!”

Tangan dihulur. “Congrates.”

Qalish muka blur.

“Dey thambi!” Rahimi tepuk dahi. Member aku ni la… lambat pickup betul. “Kau tak bertepuk sebelah tangan lorh.”

“Really?” Qalish masih dengan muka confuse.

“Iyolah.”

“Reality?”

“Yup.”

“Bukan mimpi?”

“Iyeeee!!!” Balas Rahimi bersungguh-sungguh meyakinkan temannya itu.

“Mie!!!!” Tetiba Qalish menjerit macam orang terkena histeria. Siap dengan terlompat-lompat lagi tuh. “Aku happy!” Bahu Rahimi diraih dengan tangan kanan.

“Aku nampak.”

“Aku nak balik raya kat Malaysia.”

“Aku setuju sangat.”

“Aku pun nak confess aku punya feeling kat dia.”

“Lagi aku setuju.”
“Aku sayang dia.”

“Aku tau.”

“And I do I love her too. So much!”

“Yeah…yeah…yeah…” Terangguk-angguk Rahimi dengan kegembiraan temannya itu. Gaya macam apa lagi. Qalish …Qalish …

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience