BAB 7

Romance Completed 650

PINTU bilik dikuak dengan kasar. Kelopak mata terasa panas. Pandangan dah jadi samar-samar. Tubuh dihempas ke atas katil. Tudung ditanggal dengan kasar sebelum dilempar ke bawah.

“Aku benci kau!” Jeritnya sambil menyembam muka ke bantal. Air mata mengalir tanpa diundang. Dah cuba sedaya upaya menahan dari keluar namun gagal. Hati dia sebak. Tetiba je jadi sedih lain macam. “Kan dah cakap aku tak sengaja. Asal kau nak marah jugak? Asal tengking aku?” Tilam empuk di tumbuk-tumbuk. Tengah bayangkan muka Qalish yang ditumbuk sekarang ni. “Setakat frem pecah bukannya ada benda sangat pun. Beli la frem baru. Kalau lukisan tu terkoyak ke apa aku tak kisah kalau kau tengking aku. Tapi just… Arghh! Aku benci kau!”Bantal panjang dicapai sebelum dilontar sekuat mungkin ke bawah. Aku benci Qalish ! Aku benci Ranting! Aku benci mamat kerek!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience