BAB 8

Romance Completed 650

TIDUR yang asalnya nyenyak terganggu dengan ringtone Ketika Cinta Bertasbih-Melly Goeslow feet Amee yang menjerit di tepi telinga. Lambat-lambat mata dicelik. “Bu, ada call.” Puan Wahidah yang tidur di sebelahnya dikejut lembut.

Takde respon.

“Bu…” Bahu wanita itu digoncang perlahan.

Pun takde respon.

“Biar Zura je la yang jawab.” Ucapnya sendiri. Handphone ibunya dicapai dengan mata yang masih terpejam. Punat ‘Answer’ ditekan sebelum dirapatkan ke telinga. “Hello…”

“Assalamualaikum Idah…”

Mendengar suara itu, terus mata Fazura terbukak luas.

“Idah, abang mintak maaf sebab call Idah time macam ni.”

Fazura masih tergamam. Tak terkeluar sebarang huruf. Dia turun dari katil menuju ke sudut bilik. Mengelak dari didengar oleh ibunya.

“Idah, abang… abang… dah bercerai dengan Nisa. Abang… abang nak balik rumah kita boleh?”

“Tak boleh!” Laju Fazura menjawab.

Encik Fauzan dihujung talian terkedu dengan suara itu. Sape ni? Yang pasti itu bukan suara isterinya. Teragak-agak dia buka mulut. “Ya…Zura?”

Tersenyum sinis. “Thanks sebab Encik Fauzan still ingat nama saya.”

Encik Fauzan ?”Zura, papa…”

“You’re not my papa anymore!” Keras suara dia.

“Zura, papa mintak maaf.” Pinta lelaki itu. Sungguh dia rasa sebak bila anaknya sendiritidak mengaku dia sebagai ayah.

“Mintak maaf?” Tergelak sinis. “Mudahnya.”

“Papa betul-betul mintak maaf.” Lemah suara lelaki itu.

Fazura dah mula sebak. Kelopak mata terasa panas. Air mula bertakung. Tunggu masa nak jatuh je. “Encik tinggalkan kami hampir empat tahun macam tu je. Encik seksa perasaan ibu. Encik lukakan hati saya dengan Aril. Encik sanggup tinggalkan kami hanya kerana sorang pompuan… Sekarang, encik nak balik semula pada kami macam tu je? Macam mana kitorang tak mintak encik keluar dari rumah empat tahun yang lepas, macam tu jugak lah kitorang tak mintak encik balik semula ke rumah.”

“Zura…”

“Zura mintak sangat, tolong jangan ganggu kitorang lagi. Please!” Klik! Tanpa diundang air mata merembes keluar. Laju mengalir di pipi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience