BAB 1

Romance Completed 650

“ZURA, apa ciri-ciri lelaki idaman kau?” Ju yang tengah memintal-mintal rambut dengan jari telunjuk bertanya. Ceh! Nak buat gaya menggoda la konon.

Senyap. Taknak kasi sebarang jawapan. Budak Ju ni bukan boleh dilayan. Helaian seterusnya dibuka.

“Zura, kau nak pakwe yang macam mana?” Sekali lagi soalan yang sama maksud dilempar.

Diam lagi. Angguk tak. Geleng pun tak. Mute terus.

“Zura!” Ju dah mula bengang. Hisyh! Member aku ni la… Kalau buka topik pasal makhluk bertentangan jantina, terus buat dek. Buat-buat tak dengar. Apa kes?

Fazura masih lagi dengan gaya yang sama. Langsung tak kasi sebarang respon. Lagi sekali helaian seterusnya diselak.

Bukk!!! Terdorong ke belakang sekejap dengan balingan bantal tidur yang mendarat betul-betul di muka. Fazura bengang. Komik Slam Dunk yang dibacanya dilempar ke sebelah. “Ju!!!” Juwairyah a.k.a Ju yang dah pecut seribu meter ke luar bilik dikejar.

“Hahaha!” Seluruh blok bergema dengan hilai ketawa gadis yang sinonim dengan gelaran ‘vampire mengilai’ itu. Aras bawah dituju. “Padan muka.” Ju bersorak riang sambil meniti menuruni anak tangga.

Lagi la Fazura bengang. “Kau asal kaco aku? Tak nampak ke aku tengah fokus baca Slam Dunk?” Soalnya sambil pamer muka marah. Actually, buat-buat marah.

“Saje. Sape suruh kau buat dek je time aku tanya tadi?” Jawab Ju dengan muka tak bersalahnya.

“Kau tanya soalan yang ntah pape. Takde selera aku nak jawab.” Ujar Fazura seraya menjuih bibir. Lagi-lagi soalan yang sama! Lagi-lagi soalan yang sama! Alahai bohsannya telinga aku dok dengar.

“Mana boleh macam tu.” Ju yang dah berada di anak tangga paling bawah menoleh mendongak pandang Fazura yang berdiri di tengah-tengah tangga.

“Asal tak boleh pulak?”

“Setiap pompuan mesti ada tanam impian nak cari lelaki idaman. And lelaki pun mesti ada niat nak cari pompuan idaman. Budak-budak kecik pun dah pandai. Nak cari putera raja la, puteri la, permaisuri la….” Mulut Ju terkumat-kamit mengeluarkan ayat. “Inikan pulak kau yang dah besar gedabak macam ni. Takkan lah takde.” Sambungnya lagi sambil mengurut-urut dagu. Sungguh! Sungguh aku pelik dengan member aku yang sorang ni. Rupa ada. Lawa, comel, cun. Tapi feeling takde ke? Ramai laki yang cuba datang dekat, tapi awal-awal lagi dia tolak. Tolak mentah-mentah pulak tu. Siap dengan ayat-ayat power lagi. Sorry lah kepada sesape yang pernah kena. Zura memang macam ni.

Sepi lima saat. Tangan disilang ke dada. Otak memikirkan kata-kata Ju. Aku Zura. Aku pompuan. Aku ada feeling. Aku pun manusia. Bohong la kalau aku takde ciri-ciri lelaki idaman. Cuma… Cuma…”Ah! Malas ar nak pikir. Semua tu rubbish je.”

Terjegil biji mata Ju setelah mendengar perkataan ‘rubbish’ yang lancar keluar dari bibir mungil itu. “Rubbish!?” Tiga kali dia menggeleng. Geleng kesal. “Zura, kau tak boleh samakan lelaki lain dengan your…”

“He’s not my father!” Lebih pantas dari kilat kata-kata Ju dipintas. Muka dah berubah masam.

“Zura…” Kaki diatur semula meniti anak tangga menuju ke arah Fazura .

“Enough! Aku taknak dengar pape lagi dah!” Bentaknya tetiba. Tangan kanan diangkat mengisyaratkan supaya Ju tak lagi menyambung topik pasal papanya.

“Zura…”

“Aku nak mandi!” Laju kaki dipecut menuju ke bilik meninggalkan Ju yang terkial-kial. Kata-kata Ju dibiar sepi. Malas nak dengar. Malas nak fikir. Malas nak amek tau! Buang masa jek! Pintu bilik dikuak kasar. Katil diterpa. Bumm!! Dengan sekuat mungkin tubuh dihempas ke atas katil. Tetiba, tanpa diundang wajah seorang lelaki yang berumur lewat 40-an menjenguk ruang minda. “Papa…” Dia mengeluh lemah. Wajah Encik Fauzan bermain diruang mata.

“Papa mintak maaf.” Satu suara memecah sepi diruang tamu.

Tiga lagi kepala yang berada di situ bertindak sebagai pendengar. Semua tunduk memandang lantai.

“Papa pilih dia?” Lambat-lambat Fazura menyoal. Tangan ibunya disebelah digenggam. Puan Wahidah sejak tadi tak mengeluarkan sebarang suara. Hanya air mata yang setia mengalir.

Diam sepuluh saat. Akhirnya Encik Fauzan mengangguk. “Minggu depan kitorang nak kahwin.”

“Kahwin!?” Ternganga Fazril yang berada di sebelah kanan Puan Wahidah. Pengakuan papa mereka itu betul-betul diluar dugaan.

“Papa!” Mendengar kata-kata itu, Fazura terus jadi lemah. Genggaman tangan ibunya yang semakin kuat menambahkan lagi sebak di dada.

“Lepas kahwin papa akan ikut mama kamu sambung belajar di UK.”

“She’s not our mama!” Serentak Fazura dan Fazril bersuara lantang.

“Zura! Aril! Behave!” Tengkingan bergema di seluruh banglo. Encik Fauzan mencerun merenung keda-dua orang anaknya itu.

“Papa nak tinggalkan kitorang ke?” Fazura memberanikan diri menyoal.

Encik Fauzan tak terus menjawab. Dia menyepi sepuluh saat. ” Papa sayang dia.”

Fazura terasa genggaman tangan ibunya terburai. Puan Wahidah berdiri. “Kalau inilah keputusan abang… “Air mata semakin laju. “…Idah redha.” Hati semakin pedih bila suami yang disayangi selama ini meluah cinta dan sayang pada pompuan lain secara berdepan. Luka hati sangat dasyat. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.

“Mama…” Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya terburai. Dia turut merasakan perkara yang sama. Tubuh Puan Wahidah dipeluk. Erat.

“Idah redha, bang. Tapi satu je yang Idah nak mintak. Tolong jangan pergi, bang. Tak kesian ke kat anak-anak kita? Diorang masih perlukan abang.” Tersedu-sedu wanita itu menutur. Lengan suaminya disentuh lembut.

“Abang pergi tak lama. Tiga tahun je. Dalam masa tiga tahun tu abang akan selalu balik sini, contact kamu. Don’t worry.” Tanpa sekelumit rasa bersalah lelaki itu bersuara. Dia masih mampu tersenyum.

Kedua-dua tangan digenggam. Fazura tarik nafas panjang. Hembus.. Apa nak jadi pun jadi lah. “Zura nak mintak tolong papa.”

“Apa sayang?” Mata sembab anak gadisnya itu dipandang.

“Tolong lepaskan mama.”

“Zura!” Serentak Encik Fauzan dan Puan Mawardah menjerit. Langsung tak menduga anak gadis mereka sanggup mengutarakan permintaan macam tu.

“Mama…” Puan Wahidah dihampiri. Lengan wanita itu digosok-gosok. “Ma sanggup ke kongsi kasih dengan orang lain? Orang yang kita langsung tak kenal?”

“Zura!” Sekali lagi jeritan Encik Fauzan bergema.

“Papa dah tak sayang kita lagi, ma. Buat apa mama nak tunggu? Zura tak sanggup tengok mama terseksa macam ni. Pleasa ma… mintak cerai.”

Pang!!! Tetiba Fazura terasa tubuhnya bergegar. Sel-sel otak dah berselirat lintang pukang. Pipi rasa perit. Tergamam sekejap dia dengan tamparan yang tak terduga dari Encik Fauzan . Puan Wahidah dan Fazril turut tergamam dengan incident itu.

“Kurang ajar!” Mata Fazura direnung tajam. Muka lelaki itu nampak bengang. Bengis! “Kau memang dah melampau, Zura!”

Pipi disentuh. Air mata semakin galak mengalir. “Papa tampar Zura?” Soalnya dengan suara terketar-ketar. Papa? Tampar aku? Dia dah mula teresak-esak. Sungguh tak percaya. Sebelum ni Encik Fauzan tak pernah mengangkat tangan kepada anak-anak. Tinggikan suara pun tak. Tapi sekarang???

“Abang, kenapa pukul Zura?” Lemah suara Puan Wahidah bertanya. Lelaki yang dikenali dengan sikap tenang, penyabar, penyayang selama ini telah berubah dalam sekelip mata. Semuanya hanya kerana sorang perempuan yang entah dai mana muncul. Dengan semudah itu je dia meragut kebahagian mereka sekeluarga.

“Awak tak dengar ke apa yang dia cakap tadi?” Lantang Encik Fauzan menyoal isterinya.

Air mata dikesat. Pipi Fazura dielus lembut. “Tapi abang tak boleh pukul dia macam ni. Abang dah berubah. Banyak dah berubah!”

“Saya tak berubah!” Balas lelaki itu dengan nada yang lagi tinggi. “Anak kesayangan awak tu ni yang dah melampau. Makin besar makin kurang ajar. Papa sendiri pun dah tak tau nak hormat!”

“Zura jadi macam ni sebab papa jugak!” Bangkang gadis itu tetiba. Suaranya sedikit mendatar. “Kalau papa keluar dari sini, anggap je lepas ni papa tak pernah ada anak pompuan! Jangan balik cari kami lagi!” Dengan ayat itu laju Fazura berlari meninggalkan ruang tamu.

Muka disembam ke tilam. Kepala disentuh. Selalu saja air mata merembes keluar bila kenangan pahit itu menerjah di ingatan. “Papa…” Sekali lagi dia menyeru.

“I never thought that I was so blind…I can finally see the truth…It’s me for you…tonight you can’t…” Tetiba Sony Ericsson K800i yang berada di atas meja lappy memekak lagu I wanna – All American Rejects. Fazura bengun mencapai handphone. Butang ‘Answer’ ditekan sebelum dirapatkan ke telinga. “Hello, Bu. What’s up huh?”

“Amal Fazura !!!” Tu dia… Bergegar gegendang telinga diterpa dengan jeritan berbaur amaran dari si ibu.

“Hahaha!” Pecah tawa. Ibu ni la… “Assalamualaikum, bu.” Kesalahan dah dibetulkan. Suka je rasa bila dapat buat ibu bengang.

“Haa.. baru la sejuk hati ibu ni. Waalaikumusalam…” Lembut suara itu menjawab salam diseberang talian. “Kamu tengah buat apa tuh?”

“Cakap dengan ibu la.”

“Ish budak ni.” Dia tergeleng-geleng. Anak aku ni la… “Maksud ibu sebelum ibu call kamu buat apa? Baca komik lagi?”

Sengih. Kepala diangguk laju. “Ibu ni macam tau-tau je erk. Zura tengah layan Slam Dunk, bu. Best oow…”

“Takde maknanya ibu nak baca. Ibu bukan otak kartun macam kamu.” Tergelak kecil. Faham benar dia dengan hobi Fazura yang agak kebudak-budakkan even umo dah masuk 21 tahun.

Fazura ikut tergelak. “Well… you know me better, bu. That’s whay I loves you.”

“Yela tu. Eh weekend ni kamu balik rumah tak?”

“InsyaAllah. Kenapa, bu? Nak ajak Zura teman shopping ke?Adeh bu…” Dahi dipicit-picit. Dia dah mula susah hati. “Kalau sebab tu… awal-awal Zura mintak ampun. Taknak la bu. Penat…” Keluhnya lemah. Ibu, kalau shopping, bukan sejam… bukan dua jam. Tiga empat jam dia redah. Semua kedai kat shopping mall tu ibu nak terjah. Yang jadi mangsa sape? Of course la aku. Aril sungguh bernasib baik coz dia study kat seberang laut nuh. Memang bahagia la. Huhuhu…

“Ish kamu ni… Asal ibu tanya balik rumah ke tak itu je yang timbul kat kepala otak kamu. Kamu ingat ibu ni takde kerja lain ke selain shopping?” Omel wanita itu. Dia tergeleng-geleng.

Erk? Kening bertaut. “Dah tu?” Apa pulak program ibu minggu ni?

“Temankan ibu ke JB?”

Kali kedua kening bertaut. “Buat apa?”

“Kawan lama ibu.. Dia buat kenduri kahwin her daughter. Dia jemput kita. Eh kamu ingat lagi tak Acik Nani?”

“Acik Nani?”

“Dulu kan family diorang tinggal kat sebelah rumah kita.”

Sel-sel otak bergerak. Berfikir sekejap. “Sorry bu. Tak dapat ingat lorh.”

“Alaa kamu ni… Yang kecik-kecik dulu dia selalu dukung kamu. Main-main dengan kamu. Suka usik-usik telinga kamu. Time tu umo kamu kecik lagi.” Sungguh-sungguh Puan Wahida bercerita. Dengan penuh bersemangat pulak tu.

Erk? Ibu ni… dah nama pun kecik lagi. Siap boleh main dukung-dukung pulak tu. Main telinga segala. Of course la aku tak ingat. ” Serius bu… Zura tak ingat.”

Kedengaran helaan nafas hujung sana. “Takpe la kalau tak ingat. Nanti kalau pergi sana kamu ingat la kot. Balik ye? Temankan ibu.”

“InsyaAllah Zura balik. Lagipun next week Zura takde program. Kuiz dengan assignment pun baru je hantar semalam.”

“Cun sangat la macam tu. Kamu tak perlu nak kalut-kalut balik siapkan kerja kamu. How’s your study, dear? Ok or not so okay?” Soal Puan Wahidah. Perkembangan anak-anaknya selalu diikut. Langsung tak terlepas dari tanggungjawab sebagai seorang ibu yang penyayang dan bertanggungjawab. Dalam satu minggu mesti wajib tiga empat kali anak-anaknya dihubungi untuk bertanya khabar. Maklumlah… Masing-masing duduk jauh dari dia. Fazura kat UTP Perak. Fazril lagilah jauh. Sydney sana nuh. Tinggal la dia keseorangan di rumah. Ada suami, dah lama tak dengar berita. Contact pun setahun sekali. Hanya duit nafkah je yang dimasuk ke dalam akaun tiap-tiap bulan.

“Alhamdulillah. So far so good. Aril camne, bu?”

“Dia pun ok. Cuma tengah serabut dengan exam. Kamu ada call dia tak?”

“Ada. Dua malam lepas. Dia cakap rindu kat kita sangat-sangat.” Muka Fazril terbayang di mata. Aril. Akak pun rindu kau. Huhuhu.

Seyuman dikupas. Manis. “Raya nanti InsyaAllah dia balik sini. Eh dah la. Ibu ada keja sikit. Nak tanam pokok orkid yang ibu baru beli pagi tadi. Kamu pergi sambung kerja kamu. Take care. Jangan tinggal solat. Selalu rapatkan diri dengan al-Quran tau.” Pesannya panjang lebar. Dari kecik anak-anak dia diajar dengan ilmu agama. Untuk bekalan di dunia dan akhirat.

“Yes madam. I will. Don’t worry lorh. Anakmu ini adalah sorang yang baik. Ibu takyah la risau pasal Zura. Zura boleh jaga diri. Ibu tu yang kena take care.” Nasihatnya semula kepada si ibu. Sape tak risau bila terkenang ibu yang kesorangan di rumah? Risau oww. Sebab tu lah hampir setiap minggu Fazura balik menjenguk ibunya dirumah.

“Ok sayang. InsyaAllah. Balik tau minggu ni.”

“Okay-okay.” Terangguk-angguk. “InsyaAllah…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience