BAB 9

Romance Completed 650

“KAU?” satu suara menyapa dari tepi.

Cepat-cepat air mata diseka dengan telapak tangan. Muka ditoleh bertentangan dari insan yang menyapa.

“Kau buat apa kat sini time 4.15 pagi macam ni? Tak takut ke?” Soal Qalish seraya meletak punggung di kerusi sebelah Fazura . “Are you crying?” Air mata yang menitis di lantai menarik perhatiannya.

“Manade!” Nafi gadis itu.

Tersenyum nipis. “Okey aku buat-buat tak tau even aku dah nampak your tears tadi.”

“Blah ar! Leave me alone.”

“Asal aku nak kena blah pulak? Ni kan rumah aku, suka hati aku la nak duduk kat mana pun.”

“Okey, fine.” Fazura berdiri. “Sorry. Rumah kau kan? So, let me go. Aku blah!”

“Kejap!” Laju hujung tangan baju tidur Fazura ditarik bila gadis itu ingin mengorak langkah meninggalkannya.

“Lepas lah! Asal main tarik-tarik baju pulak ni?” Bentak gadis itu kasar.

“Sorry… Aku tak sengaja.” Cepat-cepat hujung tangan baju Fazura dilepas.

Fazura kaku di tempatnya berdiri.

“Asal ni?”

“Takde benda ar.”

“Ada benda. Kau nangis sebab apa? Kalau sebab aku tengking kau tadi, aku mintak maaf. Time tu mind aku tak berapa centre coz tetiba je tadi member aku called suruh aku balik U awal dari masa yang dijangkakan. Ada program apa ntah. Sape tak bengang?” Cerita Qalish panjang lebar dengan muka tak puas hati.

Fazura hanya diam mendengar. Langsung tak menyampuk. Tangan disilang ke dada. Mata tepat merenung pokok kaktus yang berada dua meter di depannya. Otak sarabut. Hati tak tenteram. Jiwa kacau. Tidurnya yang nyenyak telah diganggu dengan panggilan tak diduga dari papanya. Hati yang dah lama sakit bertambah parah. Dendam yang dah lama terpekung menyesakkan dada.

“Asal ni? Ada probs huh? Wanna share with me?” Qalish yang perasan muka Fazura nampak sembab menyoal. Mata merah gadis itu ditenung. “Asal kau nangis?

“Kau jangan tanya pape boleh tak?” Bentak Fazura dengan tone tinggi. Dia kembali duduk di sebelah Qalish . “Tolong.” Tangan kanan diangkat. “Tolong shut your mouth. Aku tak nak dengar pape. Kalau kau nak duduk kat sini boleh tapi without any sound.” Tegas gadis itu lagi.

Terpana dua saat Qalish dengan permintaan berbaur amaran dari gadis itu. Dia mengangguk laju. “Okey. Aku zip mulut.” Akur dia sambil mengangkat ke dua-dua tangan tanda mengalah.

Lima minit… sepuluh minit… lima belas minit… dua puluh minit… Masa berlalu macam tu aje. Selama dua puluh minit sepi masih menemani dua insan itu. Fazura leka melayan feeling. Qalish di sebelah mendongak kepala ke langit. Mata memang dah tak larat nak celik lagi dah tapi disebabkan gadis di sebelah sedaya upaya dia tahan. Takkan aku nak masuk tidur then biar je dia kat sini? Dengan feeling tak centre pulak tuh. Bahaya weyh! Macam-macam boleh jadi. Tapi… Kening bertaut. Asal aku boleh amek berat pasal si Kerdil ni pulak? Tetiba je ni. Apa kes?

“Aku benci.” Akhirnya Fazura bersuara.

Qalish agak terkejut tapi buat –buat cool. Dia hanya diam. Taknak menyampuk. Dia dah mula nak cerita tu Qalish . So kau jangan menyampuk okey! Karang terbantut pulak cerita dia.

Pipi yang sudah kering kembali basah. Sekali lagi empangan indah itu pecah. “Aku benci dia tapi dalam masa yang sama aku rindu.”

Dia? Benci? Rindu? Qalish kehairanan. Sape dia tu? Her boyfriend kah? Tetiba je hati rasa tak selesa. Dia dah ada boyfriend?

“Asal skarang dia baru muncul? Asal dia call ibu tadi? Asal aku pergi jawab call dia? Asal dia mintak maaf dengan aku? Asal dulu dia tinggalkan kitorang? Asal dulu dia sanggup pilih pompuan tu then biar kitorang terkapai-kapai macam tu je? Asal bila diorang dah bercerai baru dia nak balik pada kitorang? Asal dia seksa hati ibu? Asal dia dera feeling aku dengan Aril? Asal dia sisihkan kitorang?Asal? Asal?” Sendu dah kedengaran. Teresak-esak dia menangis. “Aku benci dia. Aku benci!” Jerit gadis itu.

“Kau jangan macam ni. Jangan nangis macam ni.” Pinta Qalish yang jelas di wajahnya tersentak dengan keadaan gadis itu. Walaupun dia masih belum tau pasal siapa yang dimaksudkan oleh Fazura , namun hati dia menyatakan bahawa gadis itu tengah mengalami kesedihan yang amat sangat. Hati turut luluh melihat air mata yang mengalir di pipi Fazura . Qalish tersentuh. Tetiba je dia dapat rasa something yang luar biasa dengan feeling dia. Jantung mula berdegup. Dup! dup! dup!

“Aku sedih. Aku geram. Aku marah. Aku benci. Tapi aku rindu dia. I really miss my papa. Even dia pernah tampar aku sampai buatkan aku berdendam dengan dia, but I’m missing him. Damn hard! Aku still sayang dia. Tapi aku.. aku…”

Papa dia rupanya. Patutlah aku tak nampak Pak Cik Li tadi.”Syyyhhh…” Qalish angkat jari telunjuk mengisyaratkan supaya gadis itu diam bila Fazura dah teresak-esak hingga tak mampu meneruskan ayat. “Kalau kau tak mampu nak cakap jangan cakap.” Hujung t-shirt diangkat sedikit ke atas mendekati muka gadis itu. Perlahan-lahan juraian air mata di pipi mulus itu diseka. “Aku tau kita bukan muhrim. Tu sebab aku guna t-shirt lap your tears. Jangan marah okey.” Sambungnya lagi bila Fazura nampak terkejut dengan tindakan drastiknya itu.

Qalish dipandang lima saat. “Thanks.”

Menggeleng laju. “Tarak hal la.” Lelaki itu mengupas senyum.

Nafas dihela panjang. “Okey… Aku rasa aku dah lega sikit. Otak pun dah rasa ringan.” Kedudukan tuala yang munutupi kepala dibetulkan.

“Tengok muka pun aku dah tau.” Usik Qalish .

“Apa? Muka aku nampak serabut sangat ke?”

“Indeed! Dah macam orang gila meroyan pun ada.”

Hampir terkeluar biji mata gadis itu dengan usikan Qalish . “Qalish Ismar!”

Mulut Qalish separuh ternganga. “Still remember my name huh?” Betul-betul dia terkejut bila Fazura menyebut nama penuh dia.

“Of course lah aku ingat. Kau kan pernah jadi member aku dulu. Kau je yang tak ingat nama aku. Sebab tu ar main hentam Weyh! Hoi! Oit!. Apa kes?” Bibir bawah dijuih. Muka diraup.

“Sape cakap aku tak ingat nama kau wahai cik Amal Fazura ?”

Muka Fazura berubah ceria. “Wahh! Ranting a.k.a. mamat kerek still ingat nama aku. Teruja habis ni.” Fazura bertepuk riang. Sebijik macam budak tadika.

“Helleh!”Dia mencebik. “Itu pun nak kecoh ke si Debab a.k.a si Kerdil?”

“Mesti ar.” Selitnya. “And please… tolong jangan panggil aku dengan nickname tu. Debab? Kerdil? Euwwww~~ Nama tak market langsung.” Fazura tayang muka jelik. Parent aku dah kasi nama sedap-sedap guna pakai je lah nama tu. Asal nak panggil dengan nama yang langsung tak tertulis kat dalam surat beranak?

“Kalau aku cakap suka hati aku?”

Aik? Macam pernah dengar je ayat ni. Ni mesti kes pulang paku buah keras ni. Hampeh betul! “Suka hati kau la.” Malas aku nak bertekak dengan budak terencat macam ni.

“Okey. Suka hati aku.” Qalish tersenyum kemenangan. “Kau tak boleh macam ni.”

“Huh!?” Berkerut dahi Fazura dengan ayat itu.

Matanya tepat pada sepasang mata bundar gadis itu. “He’s your papa. Yeah… dia pernah buat salah tapi sekarang dia dah sedar kesalahan dia kan?”

Gadis itu tak menjawab. Dia tertunduk ke bawah.

“Kau still rindu and sayang dia kan?”

Perlahan-lahan gadis itu mengangguk. “Tapi dia…”

“Itu dulu.” Celah Qalish pantas. “Sekarang dia dah berubah. Dia dah mintak maafkan?”

Angguk.

“Apa kau rasa sekarang ni?”

Diam lima saat. “Entah.” Kedua-dua bahu dijungkit.

“You’re missing him. Kau jugak yang cakap tadi. Kau still loves your papa.” Tarik nafas. Jari digenggam antara satu sama lain. “Aku mintak… Please forgive him. Buang segala dendam kau. Buang segala rasa amarah, sakit hati, geram kau kat your papa. Walau apa pun yang berlaku, he’s your father. Kau anak dia. Darah daging dia. Ikatan tu takkan terputus. You need to forgive him. Kau kena terima dia. Kau tak kesian ke kat ibu? Memang kau nampak dia happy, dia senyum je tapi dalam hati sape tau dia punya feeling? Entah-entah dia stil mengharapkan papa kau kembali pada korang. Cuba kau fikir.” Panjang lebar Qalish kasi nasihat kepada gadis di sebelahnya.

Fazura berfikir sendiri. Kata-kata Qalish berlegar-kegar di ingatan. Apa yang diucapkan oleh lelaki itu semuanya benar. Aku yakin ibu masih sayangkan papa. Kalau tidak takkanlah dia akan tidur sambil memeluk kain pelikat papa. Macam tu jugak dengan Aril. Dia turut merindui papa. Aku pulak? Muka diraup lemah. Tipulah kalau aku tak rindu papa. Rindu… Sangat rindu. “Betul apa yang kau cakap.”

“Aku tau. Aku memang selalunya betul.” Balas Qalish dengan tone megah. Kening digerak-gerak.

“Ceit!” Fazura buat muka meluat. “Perasan tak sudah-sudah. Kau ni kan…”

“Hensem?” Pintas lelaki itu entah yang ke bearapa kali. “Kan aku dah cakap aku memang hensem lagi kacak. Jadi gilaan girls. Tu pun tak faham-faham lagi ke?”

“Hoi!” Kaki Qalish disepak. “Tolong jangan kerek boleh tak? Aku nak cakap benda lain lah.”

“Hahaha.” Qalish pecah tawa. Sesekali nak sakat anak dara Acik Idah ni tak salah kan? “Kau nak cakap apa?”

“Aku nak kasi compliment sikit dekat kau.”

“Ye? Cepat cepat. Aku nak dengar.” Kaki dilipat sila di atas kerusi.

Mencebik. “Tak habis-habis dengan gaya orang yang kurang dapat perhatian.”

“Oit, cakap baik-baik sikit.”

“Aku cakap habis baik lah ni.”

“Kau ni kan…”

“Kau baik.” Pujian yang keluar dari bibir Fazura itu mampu membuatkan Qalish terkelu.

“Huh!?”

“Even kita baru kenal and baru je gaduh dahsyat beberapa jam yang lepas, aku dah selesa berborak dengan kau. Sungguh. Thanks a lot.” Ucap Fazura ikhlas dari hati.

Dan pujian itu mengundang senyuman ceria di wajah Qalish . “Kan aku dah cakap tarak hal la… It’s okey. Kau tengah ada probs, so aku dengan sukarelanya jadi pendengar setia. Tak salah kan? Takyah la nak ucap thanks segala. Aku ikhlas.”

“Aik!?” Fazura buat muka pelik. “Sejak bila kau tak suka dipuji ni? Kalau tak kau suka sangat puji diri sendiri. Puji yang melambung-lambung pulak tuh. Asal sekarang dah lain je?”

“Kau ingat aku ni riak sangat ke? Aku saja je nak usik kau. Gurau-gurau.”

“Yela tu. Eh asal kau dah lain eh? Dulu badan kau macam ranting. Tapi sekarang kau dah tough lorh.”

“Kata aku konon. Kau tu pun dah lain. Mana si Debab yang selalu buli aku dulu-dulu tu? Berubah habis dah kau sekarang. Aku ingat kau nak jadi Debab sampai tua.” Sakat Qalish seraya melepas tawa.

“Hoi! Salah ke kalau aku jadi debab sampai tua?” Sergah Fazura tak puas hati.

“Eh sape cakap salah?” Ketawa mati. “Pada aku, aku lagi suka Debab sebab Debab nampak cute sangat.”

“Erk? Secara tak langsung kau dah kasi aku compliment. Thanks.” Gadis itu tayang muka ceria.

“Hello… Aku tengah puji Debab member aku dulu-dulu bukan kau yang dah ramping macam ni.” Tekan Qalish bersungguh-sungguh.

“Tak kira. Aku nak anggap kau puji aku jugak. Lagipun Debab dengan aku adalah orang yang sama kan? Cuma bezanya dulu aku budak-budak sekarang aku dah dewasa.” Fazura tak mahu mengalah.

“Okey. Kau menang.”

“Yes!!” Fazura tepuk tangan.

“Malas nak layan budak tak matang macam kau. Eh lusa aku dah nak balik sana.” Maklumnya.

“Lusa? Sekejap sangat kau balik sini.”

“Ntah. Aku kena join program apa ntah kat sana. Hampeh betul. Baru je cadang nak cuti lama-lama kat rumah.”

“Kesian kau kan. Takpe la… Nak buat macam mana. Nanti-nanti boleh cuti lagi.”

Senyum. “Tu la… Aku sebagai student ikut je la apa yg U aku tetapkan.”

“Betul-betul. Raya ni balik tak?”

“Tak sure la pulak. Kalau ada cuti pun sekejap je. Macam tak sempat nak balik. Tengok lah keadaan. Asal? Kau buat nak buat biskut raya kat aku ke? Aku nak kuih semprit.”

“Uih! Mana aku reti buat kuih. Makan reti la.”

“Tengok muka pun aku dah agak.” Komen Qalish dengan muka selamba.

“Kau kutuk aku ke?”

“Eh kau terasa ke?”

“Tak!” Bentak Fazura .

“Dah tu?” Memang aku kutuk kau pun. Ngee… “Aku dah ngantuk. Jom masuk? Dah lewat ni. Lagi satu jam dah nak Subuh. Lagipun pukul 9 pagi karang kau dah nak balik KL kan? Acik Idah cakap semalam”

“Yup.”Balas gadis itu. “Aku mintak maaf.”

“Sebab?” Kening Qalish bertaut.

“Secara tak sengaja aku dah pecahkan kau punya frame.”

“Takpela. Dah nama pun tak sengaja kan. Small matter je.”

“Betul ni?”

“Betul la…”

“Tapikan drawing tu memang cantik giler. Kau yang lukis ke?”

“Mesti la.” Kening dianggak tiga kali.”

“Hebat ar kau ni.”

“See the hand la weyh.” Muka megah habis.

“Helleh! Bangga tak sudah-sudah.”

Tergelak. “Eh masuk rumah jom?” Qalish berdiri. Dia menoleh ingin berlalu.

“Qalish Ismar.”

Panggilan Fazura membuatkan dia menoleh.

Muka Qalish ditenung. “Again… Thanks.” Ucap Fazura bersama senyuman yang paling manis.

Tersentap Qalish bila mendapat senyuman itu. Hati yang tengah berdetak perlahan menjadi kuat. Dup! Dap! Dup! Dap!. Serius, aku tak pernah rasa macam ni sebelum ni. Apa kes pulak hati aku ni? Pandangan Fazura dibalas.

Gullp! Air liur ditelan. Fazura terpempan bila mata mereka bertembung. Terasa darah naik ke muka. Hati dah rasa tak keruan. Rate jantung dah mula bergerak laju. Dada rasa macam nak pecah. Pandangan Qalish betul-betul membuat dia tersentap. Apa kes ni Zura? Asal jadi macam ni pulak. Takkan kau dah… Takkan kot!??? Satu hari je. Satu hari tu Zura. Takkan dalam satu hari aku jatuh cinta!?

Qalish jugak turut berperang dengan hati sendiri. Peluh dah mengalir di dahi. Punyala terover nervous. Sedaya upaya dia control feeling. Qalish … apa hal pulak ni? Takkan kau dah tangkap cintan dengan dia? Kau baru je kenal dia tak sampai satu hari. Time kecik-kecik tu lain kira la. Tu zaman sebelum mumaiyiz. Tapi sekarang? No Qalish .. No way! Dalam satu hari aku boleh jatuh cinta ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience