BAB 10

Romance Completed 650

“KAU asal, Zura?” Soal Ju yang sejak tadi perasan sahabatnya itu gundah gulana di depan laptop. Sejak beberapa minggu lepas, gadis itu dilihatnya asyik buka email. Tak cukup dengan tu, handphone sentiasa di tangan. Kalau dulu, jarang sangat dia bawa handphone bersama tapi sekarang setiap saat Sony K880i tergantung di leher. Dia pelik. Dia hairan. Dia tertanya-tanya. “Gaya macam tengah tunggu someone contact kau je. Sape?”

“Hamba Allah.” Jawab Fazura lemah. Dia resah bila kabar orang yang ditunggu-tunggu belum lagi tiba. Orang yang dah berjaya mencuri hatinya. Qalish Ismar, mana kau? Dah sebulan lelaki itu terbang meninggalkan Malaysia. Dan dalam masa sebulan itu jugaklah lelaki itu tak menghubunginya seperti yang dijanjikan semasa dia dan ibunya ingin bertolak balik ke KL tempoh hari.

“Nak no kau boleh?” Pinta Qalish selamba bila Fazura ingin melangkah masuk ke dalam Vios milik ibunya.

“Kau nak buat apa?”

“Jual kat pasar malam.”

“Huh!?”

“Dey minachi! Ayoyoyo…” Berkali-kali Qalish tepuk dahi. “Aku mintak no kau sebab aku nak contact kau masa kat sana nanti. Itu pun nak kena bagitau ke? Adeh…”

“Oh…” Mulut Fazura membentuk O. “Cakaplah siang-siang. Aku nak email kau boleh?”

“My pleasure.”

“Kalau kau tak contact aku siap!” Gertak gadis itu dengan muka bengis.

“InsyaAllah. Aku janji aku contact kau.”

“Wokeyh!”

Itu hal sebulan yang lepas. Sekarang? Mana janji tu? Mana kau pergi Qalish ? Mana kau pergi Ranting? Mana kau pergi mamat kerek? “Ju… Aku rindu dia.” Ujarnya perlahan sambil menyembamkan muka di atas meja.

“Rindu sape?”

“Dia.”

“Dia tu sape?”

“Ranting.”

“Ranting?”

“Mamat kerek.”

“Erk?”

“Dia… Qalish Ismar.”

“Hah!?” Tercengang sekejap Ju bila mendengar sebaris nama lelaki yang terbit dari bibir Fazura . Serius! Sebelum ni sangat susah lah bibir mungil itu menyebut nama mana-mana lelaki selain adiknya, Fazril. Sejak peristiwa Encik Fauzan meninggalkan rumah, sikap ramah Fauzan ayan berubah terus. Dia yang asalnya mudah didekati tak kiralah samada oleh pompuan atau lelaki berubah menjadi payah. Sangat payah. Di U mereka gadis itu dikenali sebagai gelaran ‘girl anti-boy’. Jangan harap mana-mana lelaki dapat berkomunikasi dengan dia. Tapi asal tetiba je dia boleh sebut nama lelaki pulak ni? Lelaki yang aku tak kenal pulak tuh.

“Ju, aku rasa aku dah jatuh la.”

“Meaning… jatuh cinta?” Laju Ju meneka.

Angguk.

“Dengan?”

“Qalish Ismar.”

“Mana kau kenal?”

“Member kamching aku zaman hingusan dulu-dulu. Tapi sejak diorang pindah ke JB kitorang dah tak pernah jumpa sampai lah bulan lepas kitorang bertemu semula kat rumah kenduri.”

“Lagi?” Ju nampaknya asyik mendengar cerita Fazura .

“Malam tu…” Fazura buka cerita tentang luahan hati terhadap papanya kepada Qalish dicerita kepada Ju dari A sampai Z. Satu pun tak tinggal. Dari mula dia jumpa Qalish di kolam ikan sehingga dia bertukar-tukar email dan nombor telefon dengan lelaki itu. Tentang perasaan pelik yang dia rasa ketika bersama Qalish turut diselitkan.

“Zura!!!” Bergegar tiang-tiang bangunan 5 tingkat itu dengan jeritan Ju.

Fazura tercengang. Kedua-dua telinga ditutup. “Kau terencat ke apa tetiba je jerit? Hailah! Control sikit volume tu. Tak malu ke kat students lain?” Marah Fazura pada temannya itu. Suka sangat jerit tetiba. Buat cuak orang je.

“Sorry sorry…” Laju Ju menekup mulut. “Betul lah Zura.”

“Apa yang betulnya?”

“Kau dah jatuh cinta lorh.” Muka Ju dari tadi tak lekang-lekang dengan senyuman.

Dahi berkerut. Dagu diurut-urut. “Yeke Ju? Betul ke aku dah jatuh cinta?”

“Betul lah tu.”

“Tapi… kau tak rasa rushing sangat ke? Aku kenal dia satu hari. Zaman budak-budak tu lain cerita la. Satu hari Ju. Satu.” Jari telunjuk kanan terpacak. “Dalam satu hari aku jatuh cinta? Macam tak logik jek.”

“Apa pulak tak logiknya?” Ju yang tengah berbaring di atas katil berdiri. Dia bergerak mendapatkan Fazura yang masih setia tercangok di depan laptop. “Kadang-kadang kan orang boleh je jatuh cinta just dalam satu minit. Satu saat pun ada. Tu lebih kurang jatuh cinta pandang pertama la. Apa yang peliknya? Logik lagi normal lah tu. Kau ni…” Belakang Fazura ditepuk-tepuk. Alahai sahabat aku ni… First time jatuh cinta pun dah keliru lain macam.

“Erk? Macam tu eh? Betul la Ju. Aku dah rasa resah lain macam je ni bila dia tak contact aku. Entah-entah dia dah lupakan aku tak? Aku je yang terhegeh-hegeh rindu dia.” Fazura muka sedih. Dia menjuih bibir bawah. Dagu ditongkat ke atas meja.

“Ishy takde la.” Pujuk Ju lembut. “Dia busy kot. Kau jugak yang cakap dia kena balik awal sebab ada program kat U dia kan?”

“Tapi takkan dah seminggu tak sempat nak curi satu minit untuk call aku? Hantar email pun boleh je.”

“Zura…”

“Dah ar. Malas aku nak fikir. Jom pergi bazar? Pukul 6 dah ni. Aku taknak berbuka maggi lagi hari ni. Dah muak!” Fazura berdiri. Laptop dibiar tebuka. “Aku mandi kejap. Kau jangan lambat siap pulak. Yang lain-lain pergi mana?”

“Wa dengan Aya lepak kat bawah. Jihah dengan Lisa awal-awal lagi dah keluar. Diorang ada majlis berbuka posa dengan budak-budak kelas. Yela-yela. Aku siap cepat-cepat. Kau pergi mandi dulu.”

“Tau la aku.” Balas temannya itu seraya mencapai tuala yang tersangkut di belakang pintu sebelum dia melangkah keluar dari bilik yang dikongsi bersama Ju.

“Macam-macam lah member aku ni.” Baru je gaya Ju nak menuju ke almari baju, tiba-tiba telinganya menangkap satu bunyi tanda ada email diterima oleh Fazura . Dengan tak malunya dia membuka email tersebut.

SALAM PERANTAU
Wednesday, September 13, 2009 12:07 AM

From :”Qalish Ismar B Azman”

To: Anggur_V

Hai… ko tengah buat pe tu? sihat? Acik Idah? Aril? Kwn2 ko? Semua sihat? Aku kat sini sihat-sihat aje. Alhamdulillah. Sory la aku lambat contact ko. Tenet kat sini slow giler oww. Nak on9 pun ssh. Ntah apa probs ntah. Tapi memang aku bz pn dgn segala kerja kat sini. Tak sempat nak pergi mana-mana ceruk cari wifi. And sorry to say… I lost your fon no lorh. My fon kena redah dgn virus dahsyat mana hala ntah sampaikan abes segala no hilang. Tensi btol! Huhuhu.. Nasib baiklah hari ni tenet ok sikit. Ni pun kematu jugaklah bontot aku dok tercangok mnunggu nak send email kat ko. Lagi seminggu dah nak raya. Baju raya ko dah siap ke? Bape pasang? Aku tak dpt nak balek raya. Cuti 3 hari je. Huhuhu(giler sedih). Disbbkan aku tak dpt balek raya so, ko terselamat dari buat kuih Semprit. Ahahaha… Oit aku nak ckp ni tapi aku malu. (blushing sekejap) ahahaha. Tapi lantak ar. aku nak ckp jugak. Debab a.k.a Kerdil a.k.a Amal Fazura … aku.. aku… aku rindu ko ar. Rindu giler. Rasa cam nak je terbang sendiri balik jumpa ko. Ko rindu aku tak? Aku rindu nak gaduh dengan ko lagi. Serius tak tipu. Even kita baru je jumpa tapi aku dah rindu giler-giler kat ko. Hmm… tu je kot yang aku nak cakap. Do take care ok? Kim salam kat semua. Daaaa… chaow yah!

Sepanjang pembacaan email dari Qalish itu membuatkan Ju tersenyum. “Zura, you’re lucky girl sebab tak bertepuk sebelah tangan.” Tanpa membuang masa kerusi ditarik. Ju duduk. Simbol ‘Reply” ditekan. Jari jemari laju menekan keyboard.

To :- “Qalish Ismar B Azman”

Subject :-W’salam.

Hai… aku sihat2 aje. Alhmdulillah. Semua orang di sini sihat. Oow.. patut ar ko langsung tak contact aku. Tenet slow rupanya. Apa??? Ko hilangkan no aku? Huh! Tak kasi pun takpe kalau aku tau jd mcm ni. Huh! (Just joke). Ko tak balik ke? Siannye~~ ahahaha… Dah tu ko raya cm ne kt sana? Baju raya? Hmm.. tak byk. 4 pasang je. Qalish Ismar… atcely aku pun rindu ko jgk. Rindu double giler dari ko. Aku pn tak tau asal aku boleh rindu ko smpai mcm ni skali. Qalish … aku…aku… aku nak confess something. Hope ko tak mati terkejut depan pc lah noh… Aku suka ko. Aku rasa aku dah jatuh cinta dgn ko. Serius aku tak tipu. I do I love you. Tatau la cmne aku boleh rasa mcm ni tapi mmg ni la yg aku alami skang ni. Kalau ko rasa ko pun ada feeling yg sama, raya ni balik la. skejap pun takpe. Hmm.. tu je la yg aku nk ckp. Daaaa… chaow yah!

“Wokeyh!” Simbol ‘send’ ditekan tanpa ragu-ragu. “Done. Yes!!” Ju bersorak riang di depan laptop. “Zura, kau jangan terkejut kalau Qalish balik raya nanti. Hahahaha! Sebelum pape terjadi and aku terkantoi better aku delete dua-dua email ni.” Dan Ju meneruskan niatnya itu.

“Juwairyah!!! Dah siap belum!?” Laung Fazura dari luar.

Cepat-cepat email temannya itu di ‘sign out’ kan. “Dah dah!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience