Bab 8:luahan

Romance Completed 4319

DI DALAM HOSPITAL

"Mana pesakit dalam bilik!"jerit Nurul di kaki lima laluan ini. "Kenapa ni puan?" tanya jururawat itu sambil menunjukkan reaksi yang agak takut. "Awak nurse bilik ni ke? " tanya Nurul sambil menunjukkan muka yang senis sekali. "Ya saya kenapa? " jawab jururawat tu dengan sambil tergagap gagap. "Eeh kau ni pandai jaga pesakit ke tak... Haa!" lepas si Nurul dengan penuh kesalnya.

" Tapi puan... bukan sepatutnya dia berehat ke dalam bilik tu." jawab jururawat sambil cuba mengingat kembali situasi yang berlaku ketika dia di bilik itu.
"Tak masalahnya dia dah tak ada." luah Nurul dengan begitu marahnya.
"Dia dah tak ada!" ucap jururawat dengan riak muka yang sangat terkejut sekali.


KAWASAN LAIN

Air embun pada daun terus menitik secara perlahan disertai bunyi burung yang sedang berkecip kecip di dahan pokok.
Syakir hanya berdiam dan memandang kearah batu nisan seseorang di hadapannya. Dia mengusap secara perlahan lahan dan meletakkan sejambak bunga mawar berwarna putih di hadapan batu nisan itu.

[Selamat tinggal Saki Miyosuke 1997-2007] tulisan yang terpahat pada batu nisan yang dilihat oleh Syakir. Air mata di kelopak mata Syakir muncul tiba tiba tanpa dia sedari. "Kenapa... Mata aku berair... Aku menangis ke?" ungkap isi hati Syakir sambil membuka tapak tangan nya untuk menandah tangisan air mata yang jatuh.

Dia mengesatkan matanya bagi menghilang rasa sedihnya serta merta. Dia ingin beredar dari kawasan itu dengan segera kerana tak mampu menghilangkan rasa sedih yang dia alami sekarang.
"Selamat tinggal Hazirah , tunggu saya ya." itulah kata kata terakhir yang dia ucap dengan senyuman yang tulus sekali sebelum bergerak ke lokasi yang dia ingin pergi.

Dalam perjalanan keluar dari kawasan perkuburan itu, ada seseorang di belakang Syakir memerhatinya. Pandangan yang diberikan penuh dengan isi hati yang betul betul terikat dengan janji. Beberapa langkah kaki Syakir hampir mendekati ke pagar keluar, orang yang memerhati Syakir terus menyapa nya. "Syakirin!" jerit gadis misteri yang disangka Hazirah oleh Syakir.

Terlihat riak muka gadis misteri itu sangat sedih dan air mata dimuka yang ada tidak dapat disorokkan sama sekali. "awak lari dari hospital ke?" ucap gadis misteri itu pada Syakir dengan penuh perasaannya. Ucapan nya itu tak mampu untuk menahan Syakir dari berjalan keluar dari kawasan itu. Bagaimana nya tidak, perempuan yang Syakir paling dia sayang selama ni perlu menderita menjadi roh yang tak diterima jasad masuk ke alamnya.

"Tolonglah jangan macam ni Syakir, awak kena terima kenyataan." luah gadis misteri yang marah dengan keegoan yang ada pada Syakir. Syakir tidak menghiraukan sama sekali perbualan antara mereka itu. Dia terus melangkah dengan lebih laju kali ini. "Saya tahu apa yang awak alami... Tolong lah ba-" ucap gadis misteri itu.
"Balik? Kau cakap aku kena balik. Haa!" akhirnya bibir di mulut Syakir terbuka juga untuk berbicara. Perasaannya tidak tentu hala antara mahu sedih tak pun marah pada situasi begini.

"Kau janji ngan aku untuk hidup selama ni, tapi apa yang aku dapat. Kau penipu, penipu! " ucap Syakir dengan penuh marahnya. "Ini semua takdir Syakir, siapa kita untuk mengubah takdir kita sendiri." ucap Hazirah dengan begitu lembutnya bagi meredakan situasi yang tegang ini. Air mata yang ada dimuka Syakir tidak dapat disorokkan langsung walau dikesat berkali kali. Dia sangat sedih tak mampu menerima Saki yang sekarang.

"Kau tahu tak hidup aku sentiasa susah selama tak ada kau, kau boleh hilang macam tu je." luah Syakir yang penuh dengan rasa kecewa sekali. "kau tahu kan kau seorang sahaja kawan yang aku ada selama ni, kenapa... Kau perlu buat aku macam ini. Disebabkan kau aku jadi doktor disebabkan kau!" luahan isi hati dan perasaan Syakir seakan akan tiada bicara yang mampu menghentikan kata katanya tersebut. Tiada satu pun titisan air mata Syakir yang jatuh ke tanah tiada makna.

Dalam tangisan yang berderai, Hazirah pun memeluk Syakir dari belakang nya bagi menenangkan keadaan. Dia mengusap rambut Syakir yang serabai secara perlahan lahan dengan penuh rasa simpati. "Ini semua salah saya... Awak tak salah." ucap Hazirah dengan penuh lembutnya di tepi telinga Syakir. "Tak perlulah salahkan sendiri... Saya minta maaf... Minta maaf sangat sebab tak sudi berada dengan awak sehingga ke hari ini."

Hazirah tahu betapa peritnya hidup Syakir selama ini. Bukanlah mudah bagi dirinya untuk menunjukkan wujudnya yang sekarang dihadapan Syakir setelah sekian lama memendam rasa untuk bertemu kawan karib sekaligus orang yang menyukai dia selama ini." Minta maaf Syakir kerana tidak sudi temani awak selama ini." kali ini Saki meluahkannya sambil tersenyum bahagia.

Sedikit demi sedikit mata Syakir hampir terlelap. Dia ingin meluahkan semua perkara yang dia pendam selama ini pada waktu itu juga. Sentuhan lembut dari Hazirah sudah cukup untuk menutup mulut Syakir yang begitu marah itu. Perlahan lahan mata Syakir tidak dapat menahan lagi. Dia pun rebah dan tidur sambil diusap rambutnya oleh Hazirah.

"Selamat berkenalan Syakir" ucap Hazirah sambil tersenyum gembira. Tiba tiba, Telefon didalam poket Syakir berdering.


BERSAMBUNG.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience