Bab 6:Kecaman

Romance Completed 4319

Dunia tidak akan pernah indah tanpa adanya alam sekitar. Kewujudan pokok pokok dan sungai sudah dapat menyejukkan mata seorang manusia begitu saja. Sungguh mudah nya manusia ditipu dengan pemandangan yang indah.


DI DALAM SEBUAH BILIK

"Apa kamu buat ni Syakirin!" ucap seseorang dengan penuh geramnya sambil mengetuk meja dengan begitu kuat sekali.
"Kamu tahu tak apa yang kamu buat ni hah! Kamu sengaja nak jadikan hospital ni sebagai tempat kecaman netizen." nada yang dikeluarkan oleh orang tersebut teramat lah kuat sehingga boleh didengar dari luar juga. Encik Anwar merupakan doktor yang sudah cukup lama berkhimat di hospital itu. Seorang yang berdisiplin dan cekap dalam melakukan tugas.

"minta maaf tuan..." ucap Syakir dengan penuh rasa bersalah. Badannya kaku tanpa henti seolah menganggap semua kesalahan itu datang daripada diri dia sendiri. Riak muka Syakir pula seakan akan cuba menahan diri dari tangisan yang bakal keluar dari matanya sendiri. Perlahan lahan Encik Anwar mangambil nafas yang panjang untuk menenangkan hati nya yang sangat terbakar.

"Kamu tu masih muda lagi, Saya harap awak tak ulang lagi kesalahan kamu ni."ungkap En. Anwar yang berlapang dada dengan kenyataan yang berlaku.
"Kamu boleh keluar sekarang..."ucap En. Anwar dengan nada yang begitu lemah. Perlahan-lahan Syakir membuka pintu dengan riak muka yang muram.

Tiba-tiba sekelompok orang bergerak menuju kearah Syakir dan salah seorang dari mereka menampar muka Syakir dengan begitu kuat sekali.
"Setakat tangan aku ni berada dekat muka kau, apalah sangat perbuatan kau dekat anak aku!" ucap seorang ibu sambil menahan air mata jatuh ke lantai.

"Apa guna gelaran doktor, dasar pembunuh!" ungkap ibu itu dengan penuh kecewa nya. Air yang berada dimata seorang ibu itu tidak dapat langsung disorokkan sama sekali.
"Sudah sudahlah Timah. kalau itu takdir yang perlu kita terima, kita terima jelah." kata seorang ayah sambil mengusap kepala dan memeluk isterinya.

"Tapi itu anak kita bang!" luah ibu yang tidak dapat menerima kata kata yang diberikan oleh suaminya itu. Terduduk sambil menangis si ibu yang tidak sanggup menerima penderitaan yang harus diterima oleh anaknya yang di imbang mati dan hidup. Syakir hanya terdiam sahaja melihat penderitaan sekeluarga itu.
"Saya minta maaf..." ucap Syakir sambil menundukkan kepala tanda permintaan maafnya itu sangat telus.

Syakir pun beredar dari kawasan yang penuh dengan tangisan dan penderitaan sambil memikul rasa serba salah. Menilai Dari riak muka yang diberikan sudah cukup menunjukkan Syakir mempunyai tahap tekanan yang begitu tinggi sekali. "Dasar pembunuh!" hanya ayat itu sahaja yang diulang ulang oleh ibu itu di samping air dimata jatuh dengan derasnya.

Selangkah demi selangkah tapak kasut berbunyi di lantai permaidani yang luas. Pelbagai kecaman dan hinaan dapat didengar di dua belah telinga Syakir.
" Eeh dia ke doktor tu? Ee takutnya, Tak sangkakan dia buat macam tu." "Kalau dalam diri tu dah ada niat nak bunuh, memang tak lama lah kerjaya dia." pelbagai bentuk kecaman dapat didengar oleh Syakir. Bukanlah kerja yang mudah sebagai doktor muda yang baru mulai kerjayanya dan menguruskan situasi yang tak dijangka seperti ini. Dia mengharapkan akan ada seseorang yang sudi mendengar rintihan yang dia hadapi.

Pandangan Syakir yang tertunduk kebawah secara tiba tiba terserempak dengan Nurul dan Farhani. Ia seakan akan menjadi sinar baru untuk Syakir bagi menyelamatkan keadaan yang dialami.
"Aku perlu jelaskan dekat Nurul..." ungkap isi hati Syakir yang berharap sangat dapat membuka pandangan orang lain. Senyuman mula terukir dimulut Syakir. Namun tak disangka...

Pertembungan antara mereka hanya pergi begitu saja tanpa ada kata kata dimulut masing masing. Perginya Nurul sepertinya sudah menandai dia enggan bersapa dengan Syakir. Harapan sinar yang masih bernyata bertukar pudar setelah insiden tersebut. Kini tinggal Syakir yang kesepian tersungkur membuktikan dia tak bersalah.

Syakir pun mengambil tindakan memasuki tangga kecemasan hospital yang berada di sebelahnya . Dia menutup pintu dengan perlahan lahan lalu duduk di atas tangga. Air mata yang dia tahan selama ini jatuh berjurai jurai ke peha kakinya. Dia tidak dapat menahan lagi penyiksaan ini yang dia alami ini. Sungguh ini menjadi hari paling tersedih yang dia alami sepanjang hidup ini. Menangis lah Syakir sepanjang hari itu.

Dalam tangisan yang betul betul kecewa itu, terdengar secara tiba tiba seseorang bernyanyi di tingkat atas Syakir. Nyanyian itu begitu lunak sekali sehingga boleh membuatkan orang yang tertidur mendapatkan mimpi yang indah.

"Kenapa aku rasa macam pernah dengar irama ni" ungkap isi hati Syakir seperti mengetahui suara itu. Irama yang merdu telahpun mengimbau kembali masa kecil Syakir. "Takkanlah..." Syakir seperti mengetahui siapa pemilik suara. Suara itu sama dengan rakan waktu kecilnya. Dengan penuh rasa curiga, Syakir mengesat air mata di mukanya dan bersedia menuju ke tingkat atas mencari kebenaran sebenar pemilik suara tersebut.

Ternyata....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience