Bab 4:Pertemuan

Romance Completed 4319

Riak muka yang penuh dengan kecewa tiba tiba berubah menjadi kemalu maluan. Hati terus bertanya adakah itu petanda seseorang itu rela menerima kita.

"Awak tak takut dekat saya ke? " kata gadis itu seperti tidak percaya dengan kata kata Syakir.
"Saya kan hantu, manusia kan takut dengan hantu. " kata gadis itu lagi.

"Siapa je tak takut dengan dengan hantu" kata Syakir dengan selamba nya.
"Ish awak ni, taknaklah berbual dengan awak lepas ni. " kata gadis itu yang kesal dengan kata kata dari Syakir. "Habis tu aku nak cakap apa lagi? " kata Syakir dengan jujurnya.

"Hmm habis tu kenapa tegur saya cantik tadi?" soal gadis tu.
"sebab kau memang cantik." jawab Syakir dengan selamba nya lagi.
Pipi gadis itu menjadi merah kemalu maluan setelah mendengar kata Syakir yang begitu jujur sekali. Dia tak dapat menyorokkan langsung muka malunya itu dari Syakir.

"Nama kau apa?" tanya Syakir untuk menghilangkan rasa takutnya.
"Nama?" tanya gadis itu seolah olah tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Syakir.
"Ke kau tak ada nama?" Syakir hairan melihat gadis itu kebingungan dengan soalan yang diberikan.

"Sebenarnya saya ada je, tapi apa kata awak sendiri je yang cari."Jawab gadis itu sambil tersenyum."Haish, macam tu pulak" ucap Syakir yang berasa tidak puas hati.
"elele anggap ni Pertemuan pertama kita je" jawab gadis itu dengan santai nya.

"Sebenarnya benda yang berlaku semalam tu, betul betul terjadi ke?." tanya Syakir kepada gadis itu.

"Hmm macam mana saya nak terangkan dekat awak yaa? "
"apa kata awak anggap benda tu sebagai kejutan dari hantu ke manusia hehe"
"lagi pun saya tengok awak semalam terkejut sampai pingsan kat tepi jalan"
Jawab gadis itu dengan tidak serius sama sekali. Kata kata dari gadis itu seperti ada udang di sebalik batu dengan Syakir.

"Aku pingsan ke?!" kata Syakir seperti tidak percaya dengan kata kata gadis itu.
"Ya awak pingsan."jawab gadis itu.
"habis tu macam mana aku boleh tertidur dekat bilik ni?" tanya Syakir. "Oh saya yang angkat awak kesini." jawab gadis itu dengan penuh tiada perasaan.

"kau angkat? Tak percaya aku, lagipun kau tu perempuan. Dahlah pendek tak padan dengan tinggi aku ni, lepas tu kurus hahahaha"
Syakir begitu bangga sekali dengan ungkapan yang dia berikan.

"Eeh mana dia pergi. Takkan dah hilang kot? Haha aku rasa baik aku sambung kerja balik" ucap Syakir dengan sambil lewa nya.

"Kejap kenapa badan aku rasa ringan je ni?" ungkap Syakir yang berasa tidak sedap hati. Kaki nya berasa sangat ringan sepeti tiada graviti yang menarik badannya menjejak ke tanah . Syakir pun berasa hairan lalu memandang kearah kakinya dan alangkah terkejutnya dia betul betul terapung.

"Haa kenapa aku terapung ni!" dia terasa sangat pelik dengan keadaan nya yang sedang keawan awangan.

"Haa padan muka, terapunglah awak sampai pingsan haha" ucap gadis sambil ketawa terbahak bahak.
" turun kan aku sekarang!" ungkap Syakir yang sangat bengang.
"Eeh bukan awak kata saya ni lemah ke? saya kan perempuan, apalah daya perempuan macam saya ni boleh turunkan awak yang terapung macam orang gila ni" kata gadis itu dengan ayat yang penuh dengan perlian dramatik.

Syakir sudah pun merasa menyesal dengan ungkapan yang tak bertapis dia berikan kepada gadis itu. Dia terlupa yang kewujudan gadis itu bukanlah sebagai manusia tapi sebagai roh jelmaan.
"Yela yela aku minta maaf lepas kata kat kau macam macam." kata Syakir dengan muka yang penuh sesalan.

"Hmm sekadar minta maaf je apalah sangat" jawab gadis itu seperti terselit sesuatu benda yang dia ungkapkan. "Habistu macam mana lagi?" tanya Syakir kepada gadis.
"Hehe apa kata awak tunaikan permintaan saya" minta gadis itu kepada Syakir.

"Aku dah agak, mesti ada sesuatu dengan perempuan ni" ungkap isi hati Syakir yang sudah mengagak tanggapan dia terhadap gadis itu.
"apa yang aku kena tunaikan?" soal Syakirin kepada gadis itu.
"Hmm apa kata awak jadi kekasih saya." jawab gadis itu yang tersimpul malu ketika menyatakan nya. Seketika degupan jantung Syakir berdegup begitu laju sekali.

"Haa kau dah gila ke!" riak muka Syakir terkejut apabila mendengar permintaan yang segila itu diminta oleh seorang gadis yang tidak dia pernah jumpa sama sekali.
"Aku ni manusia, kau tu hantu, kita ni bukan hidup dekat tanah yang sama..." ungkap Syakir yang ragu ragu untuk mengucapkan kata kata nya tersebut.

Perlahan lahan badan Syakir jatuh kembali ke lantai bilik yang sepatutnya dia pijak. "Tapi tapi tapi awak kata saya cantik, bukan tu bermakna awak suka saya ke" luah gadis itu yang sangat kecewa apabila permintaan nya ditolak oleh Syakir.

"Saya minta maaf tapi permintaan awak terlalu melampau bagi saya..." ucap Syakir dengan rasa yang serba salahnya. "saya tolak bukan sebab taknak tunaikan tapi sebab ini bukan takdir kita" terang si Syakir untuk menenangkan hati gadis itu.

Bilik yang riuh kembali menjadi sunyi. Tiada langsung kata kata yang keluar selepas permintaan gadis itu ditolak. Gadis itu hilang begitu saja seperti menahan malu dari Atsuko. "Kalaulah kau manusia..." ungkap isi hati Atsuko sambil menggenggam tangan nya dengan erat sekali.

Kalau takdir yang menentukan cinta itu benar,Bagaimana kita nak menjadikan takdir itu menjadi benar?


Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience