Bab 2:Sakit

Romance Completed 4319

Sakit
Setiap perkara yang dilakukan pada manusia pasti akan berhujung dengan sakit. Kita tak akan sedar sedalam mana sakit yang orang lain lalui disebabkan kita. Betapa perit nya manusia kerana perlu hadapi kesakitan itu sendiri. Kalau boleh dikongsi kan, tidak mungkin manusia akan membenarkan perkara itu berlaku.


SEWAKTU DI DIBILIK
"Jumpa apa?" kata Syakir yang tidak tahu apa apa. "Ooh tak ada apa apalah." Kata Nurul bagi mengelak soalan itu. "Betul ni?" kata Syakir seperti tidak percaya dengan kata kata Nurul. "Yaa betul!" ungkap Nurul bagi meyakinkan Syakir. Syakir memandang dengan tajam nya kearah mata Nurul seperti ada sesuatu yang tidak kena ketika itu. "Ooh Syakir dah masa untuk baliklah" Kata Nurul sambil mengalihkan matanya kearah jam tangan nya. Nurul pun dengan pantasnya mengambil beg tangannya dan keluar dari bilik itu sambil melambaikan tangan ke Syakir.

"Nurul bagitahu lah" kata Syakir yang tidak puas dengan Nurul kerana tidak memberitahu sesuatu yang dia ingin tahu. Tinggal lah dia sorang saja di bilik itu. "Haa dah pukul 11.30 malam, hmm... Mesti dah tak ada bas waktu ni" resah Syakir ketika dia melihat masa pada telefon pintarnya.
Dia pun menyiapkan dirinya dan berlalu keluar dari hospital untuk pulang ke rumahnya.

Ketika kakinya melangkah keluar dari pintu hospital, badan Syakir terasa sejuk sekali seperti sudah lama berada di bilik yang ada penghawa dingin. "Hachum!!, sejuknya harini." kata Syakir sambil mengosok tangannya agar kekal hangat. Pada waktu yang sama, terlihat seorang perempuan berambut putih berada di tengah jalan yang berhadapan dengan pagar masuk hospital. "Eeh kenapa dia ada dekat tengah jalan tu." kata Syakir yang kehairanan melihat gadis itu. "Takkanlah dia cuba bunuh diri! "Ungkap isi hati Syakir seperti sudah mengetahui tindakan gadis itu.

Sudah menyangka perkara tersebut bakal terjadi,Syakir pun dengan panik berlari kearah gadis itu untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi. Syakir terus berlari menuju ke gadis itu sambil menjerit kearah perempuan itu."Woi! "jerit Syakir bagi mendapatkan perhatian gadis itu. namun gadis itu seperti tidak mendengar sama sekali jeritan itu.

"Woi lari!" Jeritan Syakir kali ini lebih kuat dari sebelum ini. Gadis itu mendengar jeritan itu lalu memandang perlahan lahan kearah Syakir. Terukir senyuman yang manis di mulut gadis itu ketika memandang kearah Syakir. Syakir terdiam dan berhenti seketika melihat perempuan itu tersenyum kearahnya. Dia terpegun melihat kecantikan yang tak terkata dari wajah perempuan itu ketika tersenyum. "AA fokus Syakir dia nak bunuh diri tu!!!" ungkap hati nya masih terkejut kerana badannya bergetar.
Tiba tiba...

Sebuah kereta berwarna hitam meluru dengan begitu laju menghampiri perempuan itu. Tak sempat Syakir membuka mulutnya, gadis itu sudah dilanggar kereta itu. Syakir terkejut melihat apa yang dia saksikan didepan matanya. Dia pun sambung berlari menuju tempat perempuan tadi. Dia seolah olah tidak percaya dia gagal menyelamatkan perempuan itu. "Tak mungkin kejadian yang sama akan terjadi lagi..." ungkap Syakir seperti teringat kan sesuatu.

Sesampainya dia di pagar, kereta yang melanggar perempuan itu sudah tiada keberadaan nya di kawasan itu."Cis aku terlambat" kata Syakir dengan begitu hampa nya. Dia pun berlari sepanjang jalan itu bagi mencari keberadaan gadis itu. Hairannya sepanjang Syakir berjalan, tiada setitik darah pun jatuh di jalan raya itu. "Kenapa tak ada kesan darah langsung ni, kereta tu laju kot?" kata Syakir yang penuh dengan kehairan.

"Takkanlah... maksud Nurul tadi dekat sini ada hantu... " ungkap isi hati Syakir. Syakir tiba tiba berasa takut dan terdiam seketika disitu."Kenapa badan aku rasa seram sejuk ni?" Kata Syakir yang terduduk seketika. Dia seperti tidak percaya dia akan melihat hantu pada hari pertama dia berkerja."Tadi tu aku terjumpa hantu ke..?" ungkap hatinya yang penuh ketakutan.

"Eeh takkanlah, Nurul tu suka berguraulah." ungkap Syakir yang sedang cuba memberanikan diri. "Heh semua tu karut je" ungkap isi hati Syakir bagi menyedapkan dirinya."baik aku balik rumah cepat" kata Syakir. Syakir yang terduduk pun berdiri dengan penuh keyakinan seolah olah perkara tersebut.
"Eleh entah entah aku terlalu penat." kata Syakir dengan begitu yakin nya. Tak sempat dia mengambil beberapa langkah,seseorang menepuk bahu Syakir dari belakang.

"Awak suka tak kat saya?" ucap seorang gadis dengan suara yang lunak sekali sambil menepuk bahu Syakir. "Eeh dia tanya aku ke?" ungkap isi hati Syakir yang berasa pelik.Dia berasa sangat pelik setelah mendapat soalan itu. "suka? Jumpa pun kita tak pernah" ungkap isi hatinya yang kehairanan. "Encik tak apa apakan?"ucap perempuan itu dengan nada yang begitu tenang. "Dari suara dia, mesti dia ni perempuan yang ayu ."kata isi hati Syakir yang penuh dengan keyakinan

"Ooh saya tak apa apa" jawab Syakir dengan penuh berkarismanya. Syakir pun mengalihkan mukanya kearah orang yang yang menanyakan soalan itu. Muka Syakir yang penuh dengan keyakinan berubah drastik menjadi muram. "Awak cantik... tapi kenapa...badan awak...berdarah" ungkap isi hati Syakir yang terkejut melihat orang tersebut. "Awakkk...bukan perempuan tadi tu ke" tanya Syakir yang ketakutan. Gadis tersebut hanya tersenyum sahaja setelah mendapat soalan itu...


TO BE CONTINUE

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience