Bab 3:Hairan?

Romance Completed 4319

DI HOSPITAL PADA WAKTU PAGI

"TIDAKKK"

Perkataan itulah yang disebut oleh Syakir setelah sedar dari mimpinya. Dia bangun dengan penuh rasa terkejut. Kejadian yang berlaku terhadap dia masih kekal di fikirannya.

"Eeh, aku kat bilik?"
"Takkanlah semua tu mimpi je?"
kata isi hati Syakir yang kehairanan.

Keberadaan Syakir didalam bilik yang dia gunakan semalam menjadi tanda soal kepada beliau. adakah kejadian itu nyata atau tidak. Tidak lama selepas itu, seseorang membuka pintu bilik itu.

" Ooh,hai Syakir! "
Sapa Eri dengan senyuman yang lebar kepada Atsuko.

"Hai Nurul."
Balas Syakir yang separuh sedar.

"Awak tak balik ke?"
"Kenapa awak tidur kat bilik ni?"
"Mesti penat kan jadi doktor."
"Haish kalau saya boleh tukar cita cita dah lama saya jadi cikgu"
"Awak okay tak ni?"
"Nak saya belikan awak makanan?"

Nurul menanyakan semua soalan itu tanpa memberi kan sedikit waktu pun untuk Syakir menjawab.

"Nurul, saya ada soalan."

Selit Syakir bagi mematikan lontaran soalan yang di keluarkan oleh Nurul.

"Ya?" jawab Nurul.

"Awak tahu tak kes yang menglibatkan kematian di hospital ini?" tanya Syakir yang ragu ragu dengan soalan nya.

"Hmm,yang mana satu ya kalau saya boleh tahu ?" soal si Nurul balik kepada Syakir.

"Oh hmm, macam kemalangan di sekitar hospital? " tanya Syakir.

"kemalangan?" ucap Nurul dengan kebingungan

"rasanya sejauh ni, tak pernah lagi berlaku kemalangan di sekitar kawasan hospital" jawab Nurul dengan penuh keyakinan.

"Oh yeke maaflah saya cuma tanya je" jawab Syakir dengan seperti tidak rela hati.

"Hmm, bila fikir balik, saya rasa saya pernah terdengar dari bekas doktor disini yang ada 1 kemalangan berlaku di hadapan pagar" jawab Nurul dengan perasaan yang ragu ragu.

"Depan pagar?"
Kata isi hati Syakir yang sangat tertarik dengan cerita yang ingin disampaikan oleh Nurul. Keinginan Syakir untuk mendengar kisah itu membuak buak kerana rasa ingin tahu yang tinggi.

"Cuba awak ingat balik apa yang doktor tu cakap" ungkap Syakir dengan penuh rasa curiga dengan cerita tersebut. Pipi Nurul bertukar menjadi merah kejambuan seperti malu apabila Syakir rasa tertarik untuk mendengar cerita darinya.

"Hmm, biar saya cuba ingat" jawab Nurul dengan penuh semangat. Nurul cuba mengingatkan kembali apa yang disampaikan oleh doktor itu dengan gigih nya.

"Ooh yaa baru saya ingat!" ungkap Nurul dengan penuh terujanya.Tidak sempat dia mengukapkan apa yang dia cuba ingat, seseorang telah pun menghempap pintu bilik itu dengan kuatnya.

"Doktor Nurul, seorang pesakit perlukan rawatan segera!" kata seorang jururawat yang sangat keletihan mencari keberadaan Nurul.

"Eeh, tak ada doktor lain ke Farhani "
Balas Eri yang tidak puas. Farhani merupakan jururawat yang sudah lama berkhidmat di hospital itu. Dia sudah makan garam lebih lama berbanding dengan Nurul.

"itu kan pesakit awak doktor!"
Jelas Farhani yang sangat marah dengan sikap tidak bertanggungjawab dari Nurul seorang doktor.

"ya lah ya lah" jawab Nurul dengan selambanya
"bye Syakir nanti saya ceritakan" ucap Nurul sebelum dia keluar dari bilik itu. Tinggallah Syakir seorang sahaja di dalam bilik.

"Aku rasa dah cukup masa untuk berehat" ungkap Syakir sambil memandang kearah jam dinding yang hampir mengarahkan ke jam untuk memulai kerja.

"Sya..Ki..Rin..I..Man..." suara yang terngiang ngiang di dalam minda Syakir tiba tiba muncul.

“Kejap bukan ke aku seorang saja di dalam bilik ni?”
ungkap isi hati Syakir yang sangat berdebar.

"Abang Syakir pandang lah saya" ucap gadis itu dengan suara yang sangat memikat hati. Gadis itu seolah olah sangat tertarik dengan Syakir.

"macam mana dia tahu nama aku." balas isi hati Syakir yang sangat ketakutan. Jantung nya terus berdegup dengan kencang. Mata nya pula hanya memandang kearah lantai saja kerana takut untuk melihat sosok dihadapan nya.

"Hmm baik awak pandang sekarang Syakir. "
"penat penat je saya bersiap untuk awak"
Jelas gadis itu untuk menarik perhatian Syakir memandang kearahnya.

"Kau nak apa haa!" jawab Syakir dengan nada yang sangat ketakutan. "Jangan kacau aku lah" ucap nya lagi dengan lebih keyakinan.

Gadis itu terdiam seketika memikirkan sesuatu yang boleh di ucap kepada Syakir.

"Teruk sangat ke saya ni..."
"saya cuma nak perhatian awak je"
Kata gadis itu dengan nada yang perlahan.

Keadaan didalam bilik itu menjadi sunyi seperti tiada orang sama sekali di dalam bilik itu. Syakir yang ketakutan tiba tiba berasa simpati selepas meninggikan suara nya kepada gadis. Walau pun muncul sebagai jelmaan roh, hati Syakir menganggap yang dia pernah wujud di dunia yang dia hidup sekarang.

Secara perlahan lahan, mata Syakir memandang kearah gadis itu. Dia cuba memberanikan diri untuk bercakap dengan gadis itu. Walau hati masih berdebar tapi dia cuba juga untuk memandang kearah gadis itu. Terlihat gadis itu sangat kecewa apabila ada orang cuba mengelak darinya. Gadis itu sedar kewujudan dirinya bukannya nyata di dunia ini.

"Awak nampak cantik harini" ucap Syakir.

Kata kata itu sudah cukup menandakan kisah mereka sudah pun bermula.


BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience