Bab 7:kenangan

Romance Completed 4319

15 Tahun dahulu

"Hazirah! " jerit seorang budak lelaki.
"Ish dia ni, kata nak main taman harini. Mana Saki ni." keluh budak itu dengan sikap kawannya yang tidak tepati janji. "Haa tu pun dia!" ucap budak lelaki itu setelah berjaya mencari keberadaan kawannya yang berada dibawah pokok. Budak lelaki itu pun menghampiri kearah kawannya itu.

"Hazirah !, Ooh Hazirah ." budak lelaki itu mengulang ulang ucapannya itu namun kawannya tidak menghiraukan sama sekali panggilan nya tersebut.
"Ish dia ni, tak nak berkawan dengan saya dah ke?" tanya isi hati nya yang kehairanan tiada sebarang reaksi daripada kawannya itu. Semakin budak lelaki itu mendekat, semakin terdengar suara budak perempuan yang menangis.

"Mesti suara Hazirah ni, kenapa dia nangis kat situ?" Suara hati budak ada sesuatu yang tidak beres berlaku sehingga buatkan temannya Hazirah menangis.
"Hazirah awak okay tak ni?" sapa budak itu dengan nada yang rendah sesampainya dia. Dengan perasaan yang penuh dengan kesedihan, dia menghulurkan tangannya kepada budak lelaki itu. Seekor burung kelihatan seperti kesakitan berada di tangan Hazirah.

"Lah dia cedera ke? ."ucap budak lelaki itu sambil menghembuskan rasa lega. Muka Hazirah tak berhenti mengeluarkan air mati seolah olah dia sendiri dapat merasakan kesakitan tu. Budak lelaki kebingungan memikirkan apa yang perlu dia lakukan. Lantas teringat lah dia di dalam poket nya ada sapu tangan berserta pembalut kecemasan. Dengan segera nya, budak lelaki itu mengeluarkan sapu tangan tersebut lalu menyapu secara perlahan lahan di bahagian yang tercedera dan melilit dengan penuh berhati hati.

Tindakan yang dibuat oleh budak lelaki itu dikagumi oleh rakannya. Secara tidak sedar air mata di muka bertukar menjadi senyuman yang tidak terbilang manisnya. "Hebatnya awak Syakir." ucap Hazirah dengan penuh kagum nya.
"Eeh tak adalah." jawab Syakir sambil tersenyum lega. Suasana yang muram berubah kembali menjadi ceria seperti sedia kala.

Warna langit yang putih berubah menjadi jingga menandakan waktu malam makin mendekat. "Eeh dah nak waktu malam lah." ucap Hazirah sambil memandang kearah matahari yang hampir terbenam. "Hazirah, jom balik." pinta Syakir sambil menghulurkan tangan. Kepala diangguk menandakan Hazirah sudah setuju dengan permintaan yang diajukan oleh Syakir. Tangan Syakir digenggam eratnya dan berjalanlah mereka berdua kerumah bersama.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah, kelompok bunga sakura jatuh berderai derai ke tanah di samping angin bertiup dengan lembutnya. Sungguh itu menjadi pemandangan yang paling indah bakal dinikmati orang ketika itu. Tiba tiba terdetik di mulut Saki ingin meluahkan sesuatu. "Syakir... hnm boleh tak awak tunaikan janji saya" sapa Hazirah dengan pipi yang kemerahan seakan akan malu untuk mengucapkan nya. "Janji?" tanya Syakir balik kepada Hazirah. Hazirah seakan akan ragu untuk membicarakan isi hatinya tapi dia cuba memberanikan diri untuk melepaskan harapannya itu.

"Boleh tak awak... jaga saya nanti?" ucap Hazirah dengan penuh malunya kepada Syakir. "Jaga awak?" Syakir kehairanan dengan pertanyaan yang tiba tiba muncul dari mulut Hazirah . "Baiklah, kenapa tidak." dengan selambanya Syakir menjawab soalan yang diberikan oleh Hazirah sambil tersenyum tulus. Hati Hazirah yang menanti jawapan Syakir terus menarik lafaz lega selepas dari itu namun begitu sifat malunya tidak dapat disorokkan sama sekali.

Tersenyum dengan mesranya antara mereka berdua sambil berpegang tangan.
Hazirah yang gembira pun tiba tiba menyanyikan irama lagu yang begitu indah sekali . Dengan penuh terpesona nya Syakir menikmati irama lagu yang disuarakan oleh Hazirah .
"Saya harap awak tahu yang saya sayang awak... Hazirah " ungkap isi hati Syakir sambil melihat kerenah yang dibuat oleh Hazirah


KEMBALI SEMULA

Langkah demi langkap kakinya menginjak satu per satu anak tangga. Dia cuba menjengkek agar irama lagu yang di lontarkan tidak terputus secara tiba tiba. Jantung Syakir terus berdegup dengan laju seakan akan takut untuk menerima kenyataan. "Takkanlah dia... Tak mungkin dia... Irama lagu ni terlalu sama sampai susah untuk aku terima kebenaran sebenar." ungkap isi hati dengan penuh ketakutan.

Suara yang di dengari oleh Syakir semakin kuat. Dia sudah hampir mendekati pemilik suara tersebut. Bukannya gembira malah lebih takut untuk menjenguk kearah pemilik suara itu. "Aku kena cuba juga tengok. Tak mungkin itu suara Saki." walau dalam ketakutan hatinya tetap tabah untuk mengetahui kebenaran yang lama dia tunggu. Dengan ketakutan, Syakir pun memberanikan diri menunjukkan dirinya ke pemilik suara itu.

Ternyata oh ternyata, jawapan yang Syakir tunggu selama ni terjawab juga akhirnya. "Kenapa kau..." ucap Syakir dengan penuh terkejutnya.
"Ooh hai Syakir !" jawab gadis misteri itu dengan penuh cerianya kepada Atsuko. Pemilik suara yang seiras dengan kawan kecilnya merupakan orang yang dia anggap misteri selama ini. Susah untuk diterima tapi didalam pikiran Syakir irama lagu yang diperdengarkan itu sangatlah seiras sekali dengan rakan ketika dia kecil dahulu Hazirah...

Badan Syakir yang begitu lelah pun jatuh pengsan selepas mengetahui kebenaran sebenar. "Syakir !" jerit gadis misteri itu yang terkejut melihat Syakir rebah secara tiba tiba.

Adakah hidup ini penuh dengan kepastian?

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience