Bab 5:Wujud

Romance Completed 4319

Hari demi hari berganti pada kalender . Kini sudah masuk ke fasa luruh. Daun jatuh berderai derai ke tanah sehingga tiada tanah yang boleh dipijak pada waktu itu. Kenyataan gadis misteri itu masih lagi menghantui Syakir sampailah sekarang .

DIHADAPAN PINTU UTAMA HOSPITAL

Bulan sudah pun menerangi malam yang gelap menandakan sudah tengah malam. Angin bertiup dengan dinginnya seperti duduk di bawah penghawa dingin. Syakir yang keletihan bekerja sepanjang hari sudah pun bersiap dengan berangkat pulang kerumahnya.

"Hee~penatnya harini. Macam macam benda nak kena hadap harini. Tak apalah, minggu depan aku dah minta cuti panjang dari boss. Harapnya diterimalah."luah Syakir yang sangat keletihan sambil bersandar di belakang dinding. Dalam keadaan keluh kesahnya masih lagi terukir senyuman di mulut nya seakan akan ada sesuatu yang bermain di kepala nya.

"Agaknya lah kan, kemanalah aku patut bawa Nurul tu pergi nanti." luah isi hatinya sambil tersenyum.
"Bilalah waktu yang sesuai untuk aku ajak dia keluar.Hmm aku bercadang nak bawa dia keluar minggu depan tapi tak tahulah dia macam mana nanti." ulas Syakir yang sangat kepenatan memikirkan waktu yang sesuai untuk bawa Nurul keluar bersamanya.

Sepanjang berkhimat sebagai doktor di hospital itu,Perasaan Syakir sepertinya sudah tidak dapat menahan lagi keangunan dan keindahan yang ada pada Nurul itu sendiri. Dia seolah olah telah pun mabuk cendawan sepanjang dia berkhimat sebagai doktor. Sepanjang hidupnya mencari perempuan yang ideal untuknya bukanlah perkara yang mudah tetapi memenatkan diri sahaja.

Tiba tiba ada perasaan yang tidak menyenangkan hati muncul ke Syakir
"Eeh asal aku rasa sejuk semacam je ni?" ucap Atsuko yang berasa kehairanan. Dia merasakan ada angin yang baru masuk ke telinga seperti ada orang meniup. Angin itu sejuk sekali. Syakir pun mengalihkan kepalanya ke kiri nya dan ternyata...

"Opocot kau" lepas Syakir yang terperanjat melihat gadis misteri itu muncul tiba tiba.
"Oh hai Syakir!" ucap gadis misteri itu ke Syakir sambil tersenyum.
Syakir yang separa takut berasa tenang kembali setelah mengetahui orang tersebut ialah gadis misteri.

"Kau ni memang tak ada kerja lain ke apa" luah Atsuko yang kelelahan.
"Hehe ala... Saya ingat awak rindukan saya. Dah lama kita tak berjumpa yaa." ucap gadis misteri itu sambil ketawa kecil melihat reaksi Syakir yang terkejut melihatnya.
"Buat apa aku nak rindu kau, nama pun masih tak terpahat didalam minda ada kata nak rindu ceh." perli Syakir dengan sinis nya.

"Ee bencinya perangai awak yang hodoh ni, ingatkan bila saya tak ada makin elok perangai." ujar gadis misteri tu seakan akan terasa dengan perlian yang diberi oleh Syakir.
"haha jangan berharaplah aku nak berubah" Syakir hanya mentetawakan sahaja apa yang dikatakan oleh gadis itu.

"Kau kemana je selama ni" tanya Syakir ke gadis itu secara tiba tiba.
"Aikk rindu saya ke, ala comelnya" perli gadis itu balik.
"Kalau taknak jawab tak payah jawab." ucap Syakir seakan akan terkesan dengan perlian gadis itu.
"Ee ele kita buat dia sikit je, dia pula yang melebih lebih" balas gadis itu.

"Sebenarnya saya tak kemana je sepanjang saya menghilang, awak yang panggil saya datang kemari" balas gadis itu dengan jujurnya.
"Aikk bila masa aku panggil kau, kuat perasan kau ni" jawab Syakir dengan yakin nya.
"Ala hati tu berbunga bukan nya sekuntum, lagipun roh macam saya ni akan jadi manusia juga."terang gadis itu dengan muka yang selambanya.

" Dia dengar ke kata kata aku sebelum ni" tanya isi hati Syakir dengan penuh rasa curiga.
"Roh macam kau boleh jadi manusia, macam mustahil je. Entah entah kau ni tak diterima tanah takpun kerja kau ni macam hantu lain." kias Syakir dengan kasarnya ke gadis itu.
"Eeh helo! kalau boleh kata kata tu biar berlipat sikit dengan perempuan, main cakap lepas je dengan saya ni. Saya tahulah saya ni roh sama seperti hantu tapi awak tak boleh nak banding saya macam diaorang." lepas gadis tu dengan penuh kemarahan

"Kenapa pula?" soal Syakir
"Anggap jelah saya ni jelmaan roh yang masih lagi tidak mendapatkan mana mana jasad dekat dunia ni" terang gadis tu dengan seikhlas hatinya.
"Malas aku nak percaya." jawab Syakir dengan selambanya.
"Ee geramnya saya! mahu je saya ambil cili sumbat dalan mulut awak yang tak berada tu. Siap awak bila saya dah ada badan manusia saya nanti, saya kerjakan awak sehabis baik nanti." ungkit gadis itu dengan penuh rasa dendam.

Setapak demi setapak bunyi dilantai hospital berbunyi. Bunyi itu semakin menghampiri ke pintu utama hospital tempat keberadaan Atsuko sekarang.
"Hai Syakir." sapa Nurul dengan mesranya.
"Oh hai Nurul." jawab Syakir sambil melambai tangan kearah nya.
"Awak tak balik lagi ke Syakir , dah pukul 12.35 pagi dah ni" tanya si Nurul.

"Ishh lelaki ni, depan aku bukan main kasar lagi. Dekat depan perempuan ni lembut je perangai, dasar lelaki hipokrit." ucap isi hati gadis yang berasa cemburu dengan layanan yang diberikan. Sedang rancak mereka berbual, gadis itu pun menghilang lagi sekali dari mata Syakir

Adakah cemburu itu pahit atau ada rasa manis di sebaliknya? Siapalah kita untuk menentukan segalanya.


BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience