Bab 1:panik

Romance Completed 4319

Angin
Angin di waktu malam dingin sekali. Manusia dapat tidur dengan nyenyaknya sambil dimasuki angin yang bertiup dengan sayu. Ciptaan yang diberikan ini tiada tandingannya dengan ciptaan yang di pertunjukan oleh kita sekalipun. Sungguh rugi sekali orang yang mensia siakan hidupnya dengan tidak menikmati ciptaan semula jadi ini.

Syakirin Iman atau lebih dikenali sebagai Syakir baru sahaja berpindah di kawasan yang agak jauh dari bandar. Dia berpindah ke kawasan tersebut kerana ia sangat berhampiran dengan tempat kerjanya . Merupakan lepasan sarjana muda bidang doktor dan baru sahaja mendapat tawaran pekerjaan

Tet tet tet tet
Syakir yang tidur terbawa mimpi turut terjaga apabila mendengar bunyi jam yang berada di sebelahnya. Dia merenung jarum jam tersebut dan dia menyedari yang...

"Alamak aku dah lambat!" Syakir menyedari yang dia sebenarnya memasang waktu yang salah pada jam tersebut. Dia pun berkejar memasuki tandas bagi menyediakan diri. Dia hanya membasuh mukanya sahaja lalu menyiapkan diri untuk bekerja. "Habislah aku!" kata isi hati Syakir yang sangat panik . "Mungkin semua orang akan pandang rendah dekat Aku. " Syakir terlalu banyak berfikir sehingga buatkan dia sangat ketakutan.

Syakir yang sudah lewat pun tanpa pikir panjang keluar dari rumah dan berlari menuju ke arah stesen bas yang berhampiran dengannya. Dengan nasibnya, ketika dia sampai di stesen bas ,bas baru sahaja tiba di stesen. Dia pun berangkat menaiki bas tersebut pergi ke tempat kerjanya. Seluruh penumpang bas di buat ketakutan melihat Syakir yang berdiri dengan penuh kecemasan. "Kenapa dengan budak ni" kata salah satu penumpang yang duduk jauh di bahagian belakang bas.

Apabila dia tiba di hospital, dia disapa oleh seorang doktor di hospital itu. "Awak Syakirin Iman kan?" Doktor itu menyapa dengan penuh teruja nya. "Mesti dia nak marah aku selepas datang lambat ke kerja"kata isi hati Syakir yang berdegup dengan lajunya. "Wah terujanya saya berjumpa dengan awak"Kata doktor itu sambil tersenyum melihat kehadiran Syakir. Pikiran Syakir seketika kabur daripada debaran yang ada selepas disapa doktor itu.

"Selamat datang ke hospital kami, kalau tak keberatan biar saya bawa awak tengok sekeliling hospital ini" kata doktor itu dengan sopan santunnya. "Nama saya Nurul Zulaikah,awak boleh panggil saya Nurul je" kata doktor itu. "Saya harap kita lebih mesra selepas ini"sapa doktor itu dengan senyuman yang lebar sekali kearah Syakir.
"Cantiknya dia..." Syakir terpegun melihat wajah Nurul yang begitu ayu. "Wahh! Fokus Syakir ini tempat kerja!!" jantungnya berdegup dengan kencang nya.

Nee noo Nee noo bunyi siren ambulance yang sangat kuat datang secara tiba tiba dari luar hospital. Begitu ramai petugas kecemasan diarah kan untuk membawa pesakit yang kesakitan ke dalam bilik kecemasan. Hari itu menjadi hari tersibuk di dalam hospital itu. Hampir kesemua dari pesakit mempunyai kesan tembakan terutamanya dibahagian peha dan bahu.

"Kami memerlukan doktor disini!" jerit seorang petugas yang meminta seorang doktor untuk merawat pesakit yang dibawanya. Kawasan yang sunyi sepi dan hanya tinggal bunyi kipas di dinding menjadi riuh dengan kehadiran mereka. Keadaan sewaktu itu sangat kelam kabut seperti tiada hala tuju. Hanya Syakir dan Nurul saja yang tahu betapa teruknya keadaan di wad kecemasan sewaktu itu. Sikap Syakir berubah menjadi lebih matang setelah melihat ramai pesakit yang memerlukan bantuan nya. "Bawa dia ke bilik rawatan sekarang!" Kata Syakir dengan tegasnya. "Baik!" sahut petugas kecemasan tersebut.

"Biar saya tolong awak juga" kata Nurul dengan riak muka terkejut melihat Syakir yang begitu tegas. "Baik" Syakir menerima tawaran pertolongan yang diberikan oleh Nurul. Dengan pantas, Mereka pun menuju ke bilik rawatan untuk membantu mereka yang cedera. Kira kira hampir 5 orang yang memerlukan bantuan dari doktor untuk dirawat. Dengan ilmu yang ada selama dia belajar di Universiti yang berprestij , tidak menjadi masalah untuk Syakir menguruskan semua pesakit yang cedera. Pengurusan yang dilakukan oleh beliau sangatlah rapi dan teliti seperti doktor yang dah lama bekerja di hospital.

Setelah seharian berkerja pada hari pertama, tubuh badan Syakir teramat lah letih. Dia pun memilih untuk berehat seketika di sebuah bilik khas. "Penatnya harini" kata Syakir sambil bersandar di atas meja kerana keletihan. "Boleh saya masuk kedalam" kedengaran suara Nurul sambil mengetuk pintu. "Masuklah" sahut Syakir yang berada di dalam bilik.

"Wahh hebat nya awak!" kata Nurul yang sangat terkejut melihat Syakir yang tidak panik ketika di kawasan yang penuh dengan pesakit."Ramai doktor puji awak waktu awak uruskan pesakit" Kata si Nurul dengan penuh bangganya. "hehe tak adalah" jawab Syakir sambil tersengih sengih . Ketika mereka sedang berbual, ada seorang gadis misteri merenung kearah Syakir di luar pintu. Dia merenung melalui cermin yang ada pada pintu itu.

Syakir yang sedang syok berbual tiba tiba merasakan ada seseorang yang sedang memerhati mereka. Firasatnya mengatakan orang itu sedang memerhatikan dia. "kenapa dia perhatikan aku" kata Syakir yang tidak senang duduk. Dia pun melihat kearah pintu bagi mendapatkan kepastian. Dia hanya melihat seseorang yang berambut putih berlalu pergi dari tempat itu. "Aku dah agak." kata Syakir yang yakin dengan jawapannya.

Syakir pun memilih berjalan kearah pintu dan membukanya. Hairannya, hanya dalam beberapa saat setelah membuka pintu tiada sesiapa yang berjalan di kaki lima kawasan itu. "Haa, aku tersilap tengok ke?" ungkap isi hati Syakir yang berasa pelik.
"Awak tengok apa tu, Syakirin?" kata Nurul yang pelik melihat Syakirin seperti mencari sesuatu. "Ooh tak ada apa apalah" kata Syakir untuk menyedapkan hati Nurul. "Takkan lah awak jumpa..." kata Nurul yang tiba tiba seram sejuk. "Jumpa apa?" kata Syakir yang tidak tahu apa apa.

TO BE CONTINUE...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience