BAB 3

Romance Completed 3299

“ Kenapa awak sentiasa datang jumpa saya even saya selalu tolak awak. Mengelak dari awak dan selalu buat awak terasa hati. Saya ni isteri yang teruk awak.” ujarku terus terang.

Memang betul teruk. Sampai roommate aku marah aku buat suami aku macam tu. Tak hargai langsung kedatangan suami. HUrm. Aku Cuma still sukar nak terima kenyataan yang aku dah jadi isteri orang je.

Tiba-tiba tanganku disentuhnya perlahan. Tak pula aku tepis.

“ Sebab saya nak jadi suami yang baik. Suami yang bertanggungjawab dan selalu jaga kepentingan isteri dia. Saya tahu satu hari nanti awak akan terima saya juga. Cuma waktu tu belum tiba.”

Pipiku ditelusnya lembut sebelum dia bangun dan melangkah ke kaunter. Kata-kata dia tadi berjaya membuatkan jantung aku berdebar-debar kembali. Wuargh! Mama!

“ Semua beg dah siap?”

Aku hanya mengangguk. Aku rasa dah tiga kali dia soal aku soalan yang sama. Turun-turun ja aku dari bilik. Tersenyum lebar terus dia. seronok la tu.

“ Encik Mizan.”

Dia menoleh ke arah kawan aku. Tak fasal-fasal roommate aku turun juga. Katanya nak jumpa insan bertuah yang berjaya kahwin dengan aku ni. Aku yang dengar hanya buat pekak.

“ Yes.”

“ Saya harap Encik Mizan mampu bersabar dengan kawan saya ni. Memang luaran dia nampak kasar, keras kepala, degil dan suka membentak. Tapi sebenarnya hati dia baik. Hati dia lembut. Kalau Encik Mizan cuba faham dia betul-betul. Saya confirm Encik Mizan akan tertarik dekat dia. Saya harap sangat Encik Mizan takkan lepaskan dia.”

Okay. Kata-kata Nur tu berjaya membuatkan aku terharu. Terharu sangat. Tak sangka dia sayang sangat dekat aku.

“ Of course. I never let her go. Don’t worry girl. And please take care of her when I was no at her side.”

Dia memandangku dengan senyuman yang sukar untuk aku tafsirkan. Okay. Perasaan aku dah rasa lain sangat bila dengar dia kata macam tu tadi.

“ Don’t worry Encik Mizan. Tahulah saya jaga roommate saya yang degil ni.”

Aku buat muka bosan. Macam aku ni keras kepala sangat.

“ Okay. Thanks. Awak.. jom. Kita kena bertolak sekarang. Kalau tidak sampai lambat.”

Aku hanya menurut lalu memasukkan beg ke dalam bonet kereta. Lepas tu aku bergerak ke arah Nur. Aku peluk dia erat-erat.

“ Thanks beb. Aku sayang kau.” Bisikku dengan senyuman.

“ Aku pun. Aku harap kau mampu buka hati kau untuk suami kau sendiri. Dia baik beb.”

Aku terus leraikan pelukan. Aku tersenyum kecil.

“ InsyaAllah. Aku gerak dulu. Jumpa Isnin ni balik.”

“ Okay.”

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta, dia pun mula memandu keluar daripada UPSI. Alahai. Mesti akan rindu Nur nanti. 3 hari aku tak ada dekat sini.

“ Nuha.”

“ Ermm..”

Aku hanya pandang ke luar tingkap. Tiada hati nak tengok dia.

“ I really mean it.”

“ What?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience