BAB 9

Romance Completed 3299

Keadaan sunyi seketika. Hanya tangannya setia menggenggam tanganku. Dan aku tahu hatinya kini rasa gembira sekali mendengar jawapan aku tadi.

“ I will miss you dear.”

Akhirnya, selama 10 minit berdiam diri. Dia keluarkan suara juga. Dan kata-kata dia berjaya membuatkan aku tersenyum. Lagipun kami dah berada dalam kawasan UPSI. Aku akan masuk semula kelas esok.

“ Kita dah sampai.” Ujarku lambat-lambat. Tapi still tak berganjak. Aku mahupun dia. still statik pada tempat duduk. Mataku pula jauh merenung ke hadapan.

“ Saya keluar dulu.” Akhirnya aku lepaskan genggamannya dan keluar daripada kereta. Aku tak boleh terus macam ni atau aku akan jadi gila. Huarh! Memang parah!

Aku bergerak ke bonet kereta. Apabila berjaya mengeluarkan semua beg. Aku tutup bonet dan membawa beg ke arah kerusi yang berada tepat di belakang aku. Selepas itu aku kembali bergerak ke arah kereta. Aku hanya menanti dia yang belum keluar daripada kereta.

Dah seminit berlalu. Tapi dia still tak keluar lagi. Aku mula jadi kecewa. Kenapa dia tak nak keluar? Tak sudi nak jumpa aku dah ke? Aku salah cakap ke? Ni yang mula rasa nak nangis ni.

“ Nuha.” Laungnya dari dalam kereta. Aku tersentak. Aku melihat dia melalui tingkap kereta yang terbuka itu.

“ Masuk sekejap.”

Aku hanya patuh. Tutup pintu kereta dan melihat dia. Cermin kereta pun dah dinaikkan ke atas. dan kini, kami sama-sama membalas renungan.

“ Seriously. I will miss you dear.” Dahiku dikucupnya perlahan.

Aku hanya mendiamkan diri tapi senyuman setia berada pada bibir. Biar mata yang memainkan peranan.

“ Esok awak akan datang lagi kan? Macam saya tak tahu.” Usikku.

“ Of course. Tapi… esok saya tak boleh. Saya outstation sayang.”

Hati aku tiba-tiba jadi sedih. Alahai. Sensitif lagi.

“ it’s okay. Kita boleh sms kan? Dahlah. Saya keluar dulu. Nanti ada orang nampak.” Aku toleh sekeliling. Mujur tak ada orang.

“ biarlah orang nampak. Bukannya kita buat maksiat. Kita dah kahwin pun kan?”

“ Tahu. Tapi bukan orang tau kita dah kahwin. Lagipun saya tak nak lah sebab benda ni merosakkan nama baik saya dekat kampus ni. mana saya nak letak muka.”

“ mengaku je awak tu dah kahwin. Senang.”

Aku merenung dia dengan geram. Senang dia cakap kan?

“ dahlah. Pergilah balik. saya nak keluar dulu.”

“ Kejap.”

Aku melihat dia dengan jongketan di kening. Nak apa lagi?

“ Salam.” Aku terkedu. Okay. Lupa lagi.

“ Dah.”

Aku baru nak keluar. Tapi sekali lagi dihalang dengan pelukan dia. Aku sekali lagi terkedu.

“ Will miss you dear.”

Bila dia dah meleraikan pelukan, pantas aku keluar daripada kereta sebelum dia buat benda yang lebih teruk lagi. Malu la aku!

“ Bye.” Ujarku sebelum bergerak jauh daripada kereta dia.

I will miss you to dear.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience