BAB 2

Romance Completed 3299

“ Habis tu? Kalau tiba-tiba ada polis minta IC saya? Awak nak buat apa? Saya bukan warga asing tau.”

Tiba-tiba dia ketawa. Apa yang kelakar?

“ Tak apa. Saya cakaplah awak bibik saya. IC tu tertinggal dekat rumah.”

Aku mengetap bibir. Terus aku cubit lengan dia. Ketawa lagi dia. Sengaja la tu!

“ Ha. Gelak la gelak. Tak nak ikut awak. pergilah makan sensorang.”

Terus aku berlalu. Sakit hati! Dia kalau sehari tak cuba sakitkan hati aku tak sah. Even tak pernah berkasar.

“ Awak!”

Zupp! Macam ironman dah aku tengok dia. bukan main laju lari. Tiba-tiba muncul depan mata aku. Okay. Tipu sangatlah tu kalau dah macam ironman. Ahaaha.

“ Saya minta maaf okay. Jom lah ikut saya.”

Perlahan tanganku ditariknya lembut. Sampai ke arah kereta. Aku merengus geram. Sabar lah wahai hati melayan encik suami yang macam budak-budak ni. Nasib comel.

Aku menongkat dagu melihat dia yang ralit makan itu. Berselera sungguh dia. Teringat lagi time sebelum kahwin tu. Terkejut besar bila mama dan papa aku suruh kahwin dengan lelaki yang aku langsung tak kenal. Mula-mula aku memang bantah sekeras-kerasnya. Tapi bila nenek dia sendiri datang jumpa aku dan jelaskan benda yang sebenar dan siap kata lagi yang cucu dia boleh bahagiakan aku tu. Aku terfikir lagi. Dan akhirnya aku setuju.

Memang. Tak sampai hati nak hampakan permintaan mereka. Tapi lagi mengejutkan bila nenek dia sendiri cakap tuan badan tu setuju dan suruh nenek datang jumpa aku. That’s why aku terkejut sangat. Bakal suami setuju dah. So, bakal isteri kena setuju jugalah. Kan?

“ Awak tak nak makan?”

Aku hanya menggelengkan kepala. Tengok dia makan pun aku dah jadi kenyang.

“ Lepas ni ikut saya balik Penang.”

Aku tersentak. What? Penang?

“ Eh! Mana boleh. Saya ada kelas lah esok.” Tolakku dengan keras.

Dia menghirup minumannya sampai habis. Lepas tu baru dia memandang aku dengan wajah yang cukup serius. Okay. Ini pertama kali aku tengok wajah dia yang serius. Buat aku gerun okay.

“ Nenek. Dia masuk hospital.”

Aku terkedu. Nenek. Kenapa aku tak tahu? Ish! Teruk punya cucu.

“ So, mama awak suruh saya ambil awak. Kalau mama tak cakap pun memang saya nak datang ambil awak. Nenek nak jumpa awak sangat.” Nada dia dah kembali lembut dan bibirnya dah menarik senyuman.

Aku terdiam. Nenek. Dah hampir sebulan juga aku tak jumpa dia selepas majlis kahwin hari tu. Rindu pula.

“ Tapi.. kelas saya esok macam mana?”

Tu lagi satu hal. Kalau ponteng esok, susahlah.

“ Kelas awak pukul berapa esok?”

“ Erm.. pukul 8 sampai pukul 10. Lepas tu tak ada dah sampai Sabtu.”

Rasanya tu je lah.

“ Okay. Esok pukul 10 saya datang ambil awak.”

Aku terus tengok dia. Dia still tersenyum. Terdetik di hati nak tanya dia something.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience