BAB 10

Romance Completed 3299

Aku tersenyum dalam diam. Ya. Aku akui itu. Dia memang lain daripada yang lain. Aku mengaku sebab dia tak pernah lelah untuk meraih hati aku. Tak pernah gagal untuk cuba buat aku tersenyum even aku susah dah nak senyum sekarang ni.

“ Mizan dah lama sayangkan kamu Nuha.”Assignment. Assignment. Dan assignment. Wuargh! Banyaknya! Dalam sehari dapat 3 assignment. Bila boleh rehat ni? Ingatkan esok boleh rehat sebab Sabtu kan? Cuti. Tapi rasanya memang tak boleh.

“ Nuha. Kau dah kenapa? Daripada tadi monyok je.”

Aku kerling sekilas ke arah Nur yang sedang menyiapkan assignmentnya tu.

“ Banyak gila assignment aku kali ni. Sedangkan lagi 2 minggu je kot nak final exam. Bila nak study kalau macam ni. Parah.”

Aku memicit perlahan dahiku yang terasa sakit itu. Kalau stress aku boleh sakit kepala. Bukan sikit tapi teruk. Tahap migrain dah.

“ Rileks. Fikir fasal masa depan kau. Confirm kau takkan merungut banyak.”

Aku terdiam. Nur. Kau memang kawan baik aku.

“ Aku cuba.”

Selepas membaca beberapa doa yang boleh memberikan aku semangat, aku terus sambung study. Ya. Demi mama dan papa. Demi arwah nenda. Aku mesti boleh. Oh yeah!

“ Oh ya. Boleh aku tanya something?”

Aku yang sibuk buat assignment hanya mengangguk mendengar pertanyaan dia.

“ Dah seminggu aku tak nampak cik abang kau datang sini. Dia dah give up ke or ada kerja?” Soalan itu mengundang kerutan di dahi aku.

“ Dia outstation. Esok baru balik rasanya.”

“ Dia tak ada call ke SMS kau ke?”

“ Adalah juga. Tapi tak selalu. Just tanya khabar je. kenapa?”

“ Aku just pelik. Nothing lah.”

Tumpuan aku terganggu selepas mendengar kata-kata Nur. Aku terfikir juga. Selalunya setiap hari dia akan call. SMS jarang sekali. Tapi sekarang ni dia selalu SMS. Call jarang sekali. Maybe dia sibuk. Biarlah.

“ And one more thing. Aku perhati je si Asyraf tu. Dia ada simpan perasaan dekat kau Nuha. Aku rasa kau kena berterus terang dekat dia fasal status kau.”

Aku tertawa kecil.

“ Merepek la kau ni. Kami kawan je kot.”

“ Bagi kau kawan. Bagi dia?”

Okay. Kali ni aku terdiam.

“ Baik kau terus terang dekat dia sebelum hal ni jadi lebih teruk. Ke kau tak sayangkan Mizan ?”

Aku menjeling dia. Sayang? Bolehlah. Haha. Ceh!

Setelah dua minggu aku dan Mr Mizan tidak berjumpa. Akhirnya hari ni kami dapat berjumpa. Tapi aku dapat kesan perubahan dia. Lain sangat dengan Mr Mizan yang aku kenal sebelum dia pergi outstation. Kenapa ni?

“ Awak. Minggu depan kampus saya adakan dinner tau. Sebab final exam kami berakhir dah kemarin. So, saya nak awak datang. Sudi tak?”

Aku menyuarakan hasrat aku sebab daripada tadi kami diam ja. Selalunya dia tak macam ni. Aku dapat lihat dia tersangat letih hari ni. Tapi kalau letih kenapa still datang jumpa aku?

“ Oh. Yeke? Ermm. Tengoklah macam mana.”

Dan jawapan yang dia berikan betul-betul buatkan aku kecewa. Terbit senyuman hambar pada bibirku. Aku kerling dia yang ralit pandang ke luar tingkap semenjak tadi. Kini kami masih berada dalam kereta sebenarnya sebab hujan. Kedai makan depan kami pula tutup. So, terus kan berada dalam situasi kekok ini. Tak suka!

Kenyataan itu membuatkan dadaku serta-merta berdebar.

“ Ya. Sebelum kamu kahwin lagi. Dia selalu perhatikan kamu. Kamu memang tak sedar sebab kamu sibuk dengan belajar. Sebab tu dia terima dan setuju keputusan nenek.”

Aku mengetap bibir dengan sekuat hati. Mizan.

“ Cuba buka hati kamu Nuha. Nenek pasti kamu akan bahagia.”

Terus aku peluk nenek dengan seribu perasaan.

“ Percaya pada nenek.”

Tanpa dapat ditahan, air mataku mengalir keluar. InsyaAllah nenek. Nuha akan cuba buka hati Nuha untuk suami Nuha.

“ Awak nak yang mana? Ini or ini?”

Aku buat muka toya. Aku pantas menggelengkan kepala.

“ Dua-dua saya tak berkenan. Tak cantik.”

Boleh pula dia bawa aku ke shopping selepas lawat nenek. Katanya nak belikan aku baju. Masalahnya satu apa pun aku tak minat.

Dia je yang beria-ria nak beli untuk aku. Tengoklah sekarang. Teruja bukan main. Dalam dia memilih baju tu. Sempat juga aku tengok dia. Lama. Ya. Dia memang handsome. Mempunyai rupa paras yang segak. Sado. Tinggi dan pandai mengambil hati. Penyabar. Penyayang. Dan tak suka tengok orang sedih. Aku tersenyum. Sedar juga kau Nuha sikap dia. Kalau tak asyik keraskan hati je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience