BAB 12

Romance Completed 3299

“ Nuha. Kenapa kau still berdiri kat situ? Majlis dah nak bermula ni. cepat!”

Laungan Nur membuatkan aku terus memusingkan badan ke dalam dewan. Arh! Tak guna tunggu orang yang tak sudi. Bagi dia aku dah penting. So buat apa fikirkan dia lagi. Arh! Bodohnya kau Nuha !

“ Nuha ? Are you okay?” Asyraf datang menegur. Aku terus menganggukkan kepala tanda okay.

“ Okay guys! Semua dijemput duduk. Majlis akan bermula beberapa minit daripada sekarang.”

Aku pandang kerusi kosong di sebelah aku. Terhambur keluhan kecil daripada mulut aku. Awak! Kenapa tak datang? Saya nantikan awak ni!

“ Nuha.”

Aku toleh ke arah Nur. Dia mengusap perlahan bahuku.

“ Sabar. Aku tahu dia pasti akan datang.”

Aku tersenyum hambar. Mudah-mudahan.

“ Assalamualaikum semua. Berdirinya saya di sini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sebab sudi hadir ke majlis ini…”

Aku dah tak dapat tumpukan perhatian pada ucapan ketua majlis tersebut. Lantas aku terus bangun dan menuju ke luar dewan. Mukaku yang masam tu aku cuba maniskan sehabis baik. Tak payah masam sebab dia! Dia takkan datang!

“ I’m sorry. Where that’s girl?”

Aku tersentak. Dengar je suara tu aku pantas toleh ke belakang. Dan serentak itu senyuman terukir pada bibir aku. Tapi Cuma seketika bila teringat perbuatan dia yang lambat tu.

“ Pergilah masuk. Majlis dah mula.” Ujarku senada lantas masuk ke dalam dewan dan diikuti oleh dia.

Tapi lenganku sempat diraihnya dan itu menyebabkan aku tak jadi untuk melangkah. Dengan sabar aku menanti kata-kata dia.

“ I’m sorry dear.”

Aku keraskan hati untuk tidak dengar kata-kata itu lantas meraih kembali tanganku lalu masuk ke dalam dewan. Hati kosong!

“ Kau ke mana tadi?” Soal Nur sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di sebelah dia dan diikuti oleh Mizan.

“ Ermm.” Nur dapat agak bila aku jeling ke arah Mizan.

“ See. Aku dah agak dia akan datang juga.”

Tapi kalau tak ikhlas buat apa? Aku terus tumpukan perhatian pada majlis malam ini. Sampai nak dekat dua jam barulah majlis selesai. Aku menghembus nafas lega. Selesai! Esok dah mula cuti semester aku. Rindu mama dan papa!

“ Nuha. Aku balik bilik dulu. Kau nak jumpa Encik Mizan kan?”

Aku hanya mengangguk dan melihat dia berlalu sampai hilang daripada pandangan mataku. Baru saja aku nak turutkan juga langkah dia tapi lenganku sempat diraih. Aku menoleh dan menentang renungan mata dia.

“ Wait for me.”

Terus dia tarik aku jauh daripada dewan. Sebenarnya ke kereta dia ni. Tapi aku terus tarik lengan dia kembali sebab aku tak nak ikut dia. Kini, kami berada di tengah-tengah di antara kereta dia dan dewan. Aku pandang dia. dia pandang aku. selepas tu aku terus toleh ke arah lain.

“ Nuha. I’m sorry. I know it’s my fault. I know.”

Aku still diamkan diri.

“ Sayang. You know what? I really really love you. I miss you. Dua minggu saya pendam perasaan ini sebab kerja. Dan perjumpaan minggu lepas pun saya sabarkan hati saya untuk tidak mesra dengan awak sebab saya nak buat surprise sebenarnya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience