BAB 13

Romance Completed 3299

Kata-kata dia berjaya menarik perhatian aku. Terus aku toleh ke arah dia. Surprise?

“ Yes dear. Surprisenya ada di sini.”

Dia mengeluarkan rantai tangan dari genggamannya lalu ditunjukkan padaku. Aku yang melihat terus memandang dia tanda tidak percaya.

“ Happy birthday Ainnul Nuha. I’m sorry about that day. Saya sengaja buat macam tu sebab nak uji awak.”

Aku kerling jam tangan aku. Aku baru sedar dah 12.00 pagi. Dan tarikh hari ni dah masuk 15 Mac.

“ Awak ingat?”

“ Of course sebab awak isteri saya. Because you’re Mrs Mizan. Right?”

Akhirnya aku tertawa kecil dengan kata-kata dia. Aku sambut pemberian dia dengan hati yang terbuka.

“ Awak suka?”

“ Suka sangat. Thanks. And sorry sebab salah faham. Saya Cuma kecewa sebab awak layan saya macam tu. tahu tak saya rindu sangat dekat awak.” Mengaku juga aku. Haha.

“ I know. Sorry dear.”

Aku terus tersenyum. Bahagia. Ya itu yang aku rasakan

“ Nuha ?”

Serentak kami berdua menoleh ke belakang sebaik sahaja mendengar suara itu. Asyraf?

“ Hai. Awak tak balik lagi ke?” Soalku ingin tahu. Encik Mizan dah berubah riak ye.

“ Oh. Belum. Ternampak awak kat sini. Erk.. abang awak kan?”

Aku pandang mereka berdua silih berganti. Okay. Takut aku tengok renungan mereka berdua saat ini.

“ Tak.”

Okay. Kata-kata aku sebentar tadi berjaya menarik perhatian dua-dua lelaki itu. Aku tarik senyum.

“ Benci nak mengaku tapi Asyraf. Maafkan saya sebab dia bukan abang saya.” Ujarku dalam senafas.

“ Ha? Saya tak faham?”

Aku kerling Mizan. Dia sudah tersenyum lantas menganggukkan kepalanya agar aku mengaku.

“ Kami dah kahwin. Dia suami saya. Saya minta maaf sebab rahsiakan daripada awak selama ini.”

Terus bahuku dipaut Mizan. Yes. Aku dapat kesan riak kecewa pada wajah Asyraf. Maafkan aku Asyraf. Aku tahu kau kecewa tapi itu kenyataannya.

“ Oh. Maafkan saya. Semoga berbahgia. Saya pergi dulu.”

Aku lihat saja Asyraf berlalu. Terhambur keluhan kecil daripada mulut aku. Kesian dia.

“ Mengaku juga Mrs Nuha kita.”

Aku tersengih.

“ Sebab saya tak nak dia terus simpan perasaan dekat saya dan..”

Aku kembali memandang ke arah dia. Dia setia mengukirkan senyuman padaku.

“ Dan?”

“ Dan saya cintakan awak Mr Mizan.”

Terus aku peluk dia dengan erat. Malu!

“ I love you to dear. Thanks.”

Serius. Dari mula aku tak suka dia. Tak nak mengaku dia suami aku. Tapi akhirnya, mengaku juga. Yalah. Mengaku. Kami dah kahwin! And I love him so much! Yeah! Hahah. Kbye. Semoga terhibur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience