BAB 5

Romance Completed 3299

Aku tersentak daripada lamunan. Bila tengok nenek dah sedar pantas aku memberikan senyuman.

“ Nenek. Nenek dah sedar? Maafkan Nuha sebab baru datang.”

Aku tunduk dan menyalami tangan tua itu.

“ Tak apa sayang. Mana Mizan ?”

“ Dia turun pergi makan. Nenek macam mana? Dah rasa okay?”

“ Alhamdulillah. Esok dah boleh keluar.”

Aku menghembus nafas lega. Baguslah kalau macam tu. Kalau tak aku rasa serba salah juga.

“ Nuha.”

Nenek bangun dan duduk agar senang berbicara dengan aku. Aku tunggu kata-kata seterusnya daripada nenek.

“ Maafkan nenek.”

Aku tersentak.

“ Kenapa nenek nak minta maaf pula? Nenek tak salah lah. Nuha yang salah sebab dah lama tak datang sini jenguk nenek. Maafkan Nuha.” Pintaku dengan nada sebak.

“ Tak. Kamu tak salah. Nenek faham kamu sibuk. Tapi maafkan nenek sebab janji nenek dengan arwah nenda kamu, kamu disatukan dengan Mizan.”

Aku terdiam. Aku tak tahu nak kata apa. Sebab dulu aku membantah sekeras-kerasnya. Tapi semua tu dah berlalu.

“ Nenek tahu kamu susah nak terima Mizan dalam hidup kamu. Nenek juga tahu kamu pernah dikecewakan. Sebab itulah nenek bertekad untuk teruskan janji nenek tu. Sebab nenek tahu Mizan pasti dapat bahagiakan kamu. Percaya pada nenek. Mizan bukan seperti bekas tunang kamu.”

Aku tersenyum dalam diam. Ya. Aku akui itu. Dia memang lain daripada yang lain. Aku mengaku sebab dia tak pernah lelah untuk meraih hati aku. Tak pernah gagal untuk cuba buat aku tersenyum even aku susah dah nak senyum sekarang ni.

“ Mizan dah lama sayangkan kamu Nuha.”

Kenyataan itu membuatkan dadaku serta-merta berdebar.

“ Ya. Sebelum kamu kahwin lagi. Dia selalu perhatikan kamu. Kamu memang tak sedar sebab kamu sibuk dengan belajar. Sebab tu dia terima dan setuju keputusan nenek.”

Aku mengetap bibir dengan sekuat hati. Mizan.

“ Cuba buka hati kamu Nuha. Nenek pasti kamu akan bahagia.”

Terus aku peluk nenek dengan seribu perasaan.

“ Percaya pada nenek.”

Tanpa dapat ditahan, air mataku mengalir keluar. InsyaAllah nenek. Nuha akan cuba buka hati Nuha untuk suami Nuha.

“ Awak nak yang mana? Ini or ini?”

Aku buat muka toya. Aku pantas menggelengkan kepala.

“ Dua-dua saya tak berkenan. Tak cantik.”

Boleh pula dia bawa aku ke shopping selepas lawat nenek. Katanya nak belikan aku baju. Masalahnya satu apa pun aku tak minat.

Dia je yang beria-ria nak beli untuk aku. Tengoklah sekarang. Teruja bukan main. Dalam dia memilih baju tu. Sempat juga aku tengok dia. Lama. Ya. Dia memang handsome. Mempunyai rupa paras yang segak. Sado. Tinggi dan pandai mengambil hati. Penyabar. Penyayang. Dan tak suka tengok orang sedih. Aku tersenyum. Sedar juga kau Nuha sikap dia. Kalau tak asyik keraskan hati je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience