BAB 7

Romance Completed 3299

Gerun aku tengok dia macam tu. Meremang bulu roma aku. Weii! Dia suami kau kot. Ah! Apa-apa je lah.

Aku tengok sekeliling lepas tu aku tengok dia. Siap genggam tangan aku lagi. Aku nak lepas tak boleh sebab genggaman dia terlalu kuat. Akhirnya aku hanya membiarkan je.

“ Ini kenduri kawan baik abang. Jom.”

Aku hanya turutkan saja. Malas nak melawan. Kang kena cium. Siapa susah? Aku Juga. Macam selama. Tak fasal-fasal pipi aku kena cium sebab cuba berebut remote control dengan dia. nasib baik papa dah tidur time tu. Kalau tak free je dapat malu.

“ Hye bro! datang pun kau.”

Aku tengok pasangan pengantin tersebut. Teringat time aku dan Mizan kahwin dulu. Aku ni muka gila masam tapi dia setia senyum. Punya dia paksa aku untuk senyum tapi aku buat toya. Haha. Bila ingat memang lawak.

“ Hai Nuha.” Aku tersentak apabila disapa pengantin perempuan. Aku hanya membalas senyuman. Mizan entah hilang ke mana bersama kawan dia tu.

“ hai. Tahniah tau.” Ucapku.

“ Thanks. Tahniah juga untuk awak. maaf sebab time tu tak dapat pergi kenduri kahwin awak dengan Mizan. Saya sibuk uruskan pertunangan kami.”

Aku tersenyum. tak datang pun tak apa lah. Bukannya meriah pun. Muka pengantin perempuan pun masam. Haha.

“ Sokay. Saya masuk dululah. Nak makan. Hehe.”

“ Jemputlah. Jangan segan-segan.”

Aku bergerak ke khemah dan mengambil makanan. Lepas tu ambil tempat dan terus duduk. Mizan ? Lantak dia la. Yang penting aku kenyang. Dia sibuk dengan kawan dia. So, jangan kacau! Haha.

“ Sampai hati tak ajak!”

Aku tersedak. Adoi! Time ni nak sergah aku pun. Aku jeling dia dengan geram.

“ Siapa suruh pergi sembang dengan kawan. Saya lapar so saya makan dulu.” Aku buat muka selamba. Tengok dia tarik muncung buatkan aku tergelak kecil. Haha. Buruk bila dia merajuk.

“ Siapalah saya ni kan? Okay. Saya sedar.”

Aku tersengih. Sebelum dia merajuk lagi teruk baik aku buat sesuatu.

“ Yela. Saya pergi ambil makanan untuk awak. Tunggu sini.”

Aku hanya menggelengkan kepala sebaik sahaja melihat sengihan dia. Mengada. Tapi aku pergi ambilkan juga makanan untuk dia. Suami siapalah yang suka merajuk tu. Haha. Selepas mengambil makanan, aku kembali menuju ke tempat tadi.

Tapi langkahku serta-merta terhenti bila nampak ada seorang perempuan sedang berbual dengan Mizan. Okay. Kenapa aku tiba-tiba rasa tak senang hati bila tengok mereka berdua? Kenapa rasa nak halau perempuan tu pergi? Okay! Kenapa?

Aku kembali sambung langkah dengan pamerkan senyuman yang paling tak ikhlas. Biar. Bukan ada orang tahu.

“ Nah makanan awak. saya pergi makan dekat sana la.” Dingin je aku bercakap. Sebab perempuan tadi tu macam nak menggatal je. HUargh! Kenapa dengan aku ni? Cemburu ke cam na?

“ Eh! Makanlah dengan saya. Awak nak pergi mana?”

Aku terus ambil pinggan aku tanpa mempedulikan dia dan perempuan tu. Hilang terus selera aku. Come on Nuha ! Takkan tu pun nak cemburu. Jangan cakap kau dah sayangkan dia? Tak! Belum lagi. Ada lagi 27 hari lagi kan?

“ Nuha.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience