BAB 2

Romance Completed 6524

“Qaisara,” aku kembali memandang Fahim. Ada senyum yang terukir di bibir itu. Senyuman yang selalu buat hati aku tak penasaran.

“Bilik awak dekat mana?” aku kerutkan dahi mendengar soalan Fahim.

“Awak assistant saya. Apa-apa masalah patutnya saya rujuk pada awak, dan bukan pada Kak Pah kan?” bibir aku ketap mendengar kata-kata Fahim.

“Bilik saya dekat sebelah. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu. Assalamualaikum,” ujarku sebelum melangkah keluar.

Di bilik, aku kembali mengingatkan pertemuan yang tak dijangka tadi. Sejak dua bulan lepas, Fahim menghilangkan diri. Mama juga tidak tahu ke mana lelaki itu pergi. Mungkin mengejar cinta hati.

Dan bila ada pertemua ini, rasa janggal itu ada. Aku tak mampu nak senyum gembira walau hati aku memang masih ada rasa untuk dia. Dua bulan yang buat aku sedar, cinta aku memang tak ada gunanya di mata dia. Tapi masih juga nak ada rasa.

Hari demi hari, aku jadi terbiasa dengan Fahim di depan mata. Cuma, untuk kembali merapati dia seperti dulu, aku takut hati kembali kecewa. Kepada mama, tak pula aku perihalkan cerita tentang Fahim. Biarlah Fahim sendiri yang bersemuka dengan mamanya. Aku masih orang luar dalam keluarga mereka.

“Sara, lunch dengan saya hari ni?” wajah Fahim muncul di depan pintu. Aku angkat wajah memandang dia. Lantas elengan kepala aku jadikan jawapan.

“Saya dah janji dengan diorang, Encik Fahim. Maaf,” kataku. Fahim menapak masuk ke dalam bilikku.

“Encik Fahim? Seriously Sara? I’m your bestie. Sejak bila antara kita ada jarak?” Aku senyum.

“Sejak encik jadi ketua saya. Dan macam staf-staf yang lain, saya patut kekalkan panggilan tersebut pada encik. Hubungan kita di luar tempat kerja adalah personal matter. So, tak perlu nak campur aduk kedua-duanya,”

Fahim senyum. Dia melabuhkan duduk di kerusi bertentangan. Matanya masih fokus kepada diri ini, buat aku tidak selesa sendiri.

“Macam mana hidup kau sekarang, Sara?” aku angkat bahu mendengar soalan dia.

“Masih sama. Tak ada apa-apa yang berubah,”

“Tapi kau dah tak macam Sara yang aku kenal. Sara yang selalu banyak cakap. Sebab aku pernah sakitkan hati kau ke Sara? Kau sendiri yang rela..”

Aku lepaskan keluhan mendengar bicara Fahim. Ya, memang sebab kau pernah buat hati aku terluka, Fahim! Aku bukan kejam untuk pentingkan diri sendiri. Aku rela dalam terpaksa. Aku tak mahu ikat kau dengan cara yang salah. Itu bukan aku, Fahim!

“Sara..”

“Saya tak rasa saya perlu jawab semua soalan Encik Fahim. Personal matter,” ada riak kecewa yang aku kesan di wajah Fahim.

Aku pandang wajah tak bersalah di hadapanku. Dia menyuapkan nasi ke dalam mulutnya tanpa memandang ke arahku. Staf-staf yang lain aku lihat beriak biasa. Makan dengan penuh selera.

“U tak nak makan ke Sara? Dah sejuk makanan U tu,” ujar Saif, salah seorang staf. Aku senyum sebelum mula menikmati juadah.

Sebentar tadi aku tergamam melihat Fahim yang turut sama menyertai staf-staf yang lain untuk makan tengah hari. Tak pernah dia bertindak sedemikian sebelum ini. Biasanya, waktu tengah hari dia sudah menghilang. Dan bila tiba-tiba dia ada, aku jadi cuak sendiri.

“Pandai korang cari tempat makan. Kena dengan selera saya. Lepas ni, saya join korang jelah waktu tengah hari. Tak ada pening-pening cari tempat makan best,” tersedak aku mendengar kata-kata Fahim. Dia hulurkan airnya, begitu juga Saif. Aku pandang kedua-duanya sambil terbatuk-batuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience