BAB 9

Romance Completed 6524

Aku malu! Malu bila Fahim yang bukan mahram dengan aku dah tengok aurat yang aku jaga selama ni! Malu bila Fahim memeluk aku tanpa sedar yang aku bukan mama dia! Allahu. Apa dosa yang aku dah buat ni?

“Sara.. aku minta maaf.. Aku betul-betul ingatkan tu mama. Aku tak tahu kau dah balik dan ada dekat sini malam ni.. I’m truly sorry, Sara..” suara Fahim kedengaran di sebalik daun pintu. Aku masih memeluk lutut. Langsung tak jangka Fahim akan pulang malam ini sedangkan mama dah beritahu Fahim hanya akan pulang esok. Allah…

Tepat jam 7 pagi, aku sudah tercegat depan pintu rumah. Sengaja pulang awa untuk elakkan diri dari terserempak dengan Fahim. Sudahlah tiga tahun lepas aku dengan tak malunya luahkan yang aku cinta dia, dan lepas tiga tahun, aku dedahkan pula aurat aku pada dia. Ya Allah!

“Eh, awal balik Sara?” soalan kakak aku biarkan ditiup angin lalu. Dengan cermin mata hitam yang masih aku pakai, aku terus berlalu ke bilik. Sengaja cermin mata itu aku pakai supaya kakak tidak perasan akan mata yang sudah bengkak menangis sepanjang malam tadi.

“Ibu.. Sara gagal jaga maruah diri Sara sebaiknya, bu.. Fahim dah tengok aurat Sara, dia dah sentuh Sara.. apa yang Sara perlu buat bu? Sara malu…”

Tengah hari itu aku dikejutkan dengan ketukan kuat di pintu bilik. Tak perlu tanya, memang aku sudah tahu siapa.

“Sara, bangun Sara! Kau meroyan ke apa tidur sampai tengah hari ha?!” suara kakak bagai halilintar. Memaksa aku membukakan pintu untuknya, dan pada masa yang sama menadah telinga mendengar bebelan dia.

“Apa ni kak? Dah merekah dah pintu bilik Sara. Bagilah Sara rehat. Jetlag pun tak hilang lagi..” rayu aku yang memang tak cukup tidur.

“Tak payah mengada. Itu, mama datang. Kamu balik langsung tak beritahu dia kan? Buang tabiat betul budak ni sorang. Dah, pergi siap! Mama tunggu kat bawah,”

Mendengar nama mama, mata yang mengantuk kembali segar bugar. Terlalu fikirkan kisah malam tadi, sampai aku lupa pasal mama.

“Ma..” aku panggil mama sebelum melabuhkan duduk di sebelahnya.

“Sorry, ma.. Sara ada hal tadi. Lupa nak beritahu mama,” aku berbohong, tak mahu mama kecil hati. Mama senyum nipis.

“Tak apa, Sara. Mama faham.. mama ada benda nak bincang ni. Alang-alang ayah dengan kakak kamu ada sekali,” aku kerutkan dahi mendengar bicara mama. Penting sangat ke apa yang mama nak bincangkan ni?

“Gini lah abang Hasyim, saya ni tahu. Dulu, saya pernah buat kalian sekeluarga malu gara-gara anak teruna saya tu. Tapi memang salah saya sebab tak bertanya tuan punya badan waktu tu. Tapi, kali ni.. saya bawa hajat yang sama. Untuk orang yang sama. Tapi atas niat diri sendiri. Bukan atas paksaan saya..”

Aku tayang muka keliru. Bahasa yang digunakan mama aku rasakan sangat tinggi waktu ni. Tambah-tambah bila aku baru bangun tidur. Minda separuh sedar. Sukar sangat nak hadam apa yang mama cuba maksudkan.

“Mama, maksud mama apa? Sara tak faham,” ucap aku senada. Kakak dan ayah, dua-dua dah senyum pelik.

“Mama nak Sara jadi menantu mama. Isteri Fahim. Fahim sendiri yang minta mama pinangkan Sara untuk dia,” mendengar kata-kata mama, buat aku nanar sendiri. Fahim minta mama pinang aku? Sebab semalam ke? Allah, aku tak pernah harap nak berkahwin tanpa cinta. Aku tak yakin aku mampu bahagia.

“Mama.. Sara.. Mama tahu kan hati Sara?” mama angguk, disentuh kepalaku yang berlapikkan tudung itu.

“Mama tahu, Sara. Mama tahu hati Sara masih ada cinta untuk Fahim. Mama tahu Sara tak pernah lupakan dia walaupun Sara tak tunjuk. Dan hati Fahim pun sama, Sara. Hati dia ada cinta untuk Sara,” aku pandang wajah mama. Mencari kebenaran di sebalik kata-katanya.

“Fahim tunggu jawapan Sara. Pergilah jumpa dia kat luar,”

“Sara..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience