BAB 6

Romance Completed 6524

“Kenapa nampak makin kurus? Sara tak sihat ke?” aku eleng. Kepala dilentokkan ke bahu mama.

“Mama.. mama dah terima kenyataan belum yang anak mama dengan Sara memang tak berjodoh?” soalku pada mama.

“Kenapa Sara tanya macam tu? Jodoh tu rahsia Allah, Sara.. Siapalah mama nak halang takdir Allah..”

“Jadi, mama izinkan tak Fahim cari cinta dia sendiri? Boleh kan, ma?” aku angkat wajah memandang wajah yang masih anggun walau sudah menginjak usia 60 tahun.

“Maksud Sara? Fahim dah ada kekasih?” aku angguk dalam senyuman.

“Jadi sebab tu Fahim batalkan majlis pertunangan korang hari tu?” wajah mama sudah berubah keruh.

“Mama, Fahim tak salah. Sara yang relakan, ma. Fahim perlukan bahagia dia. Mama tak nak ke tengok satu-satunya anak mama bahagia? Fahim cinta sangat kat Dyan, ma.. Mama izinkanlah diorang bersama,” terluah jua apa yang aku simpan selama ini. Janji yang aku mahu kotakan untuk kali terakhir buat Fahim, lelaki yang aku cinta. Mama aku lihat melepaskan keluhan.

“Habis, bahagia Sara macam mana?”

“Bahagia Sara ada mama. Allah simpankan dulu untuk Sara,”

“Jadi Sara rela lepaskan bahagia Sara untuk tengok Fahim bahagia? Biar dalam hati Sara merana?” aku pandang mata mama. Mama tahukah rasa yang aku ada untuk anak terunanya?

“Hati seorang ibu, Sara. Mama tahu, Sara pun cintakan Fahim. Sebab tu mama nak Sara dapat bahagia tu. Janji mama pada ibu Sara perlu mama tunaikan. Tapi mama tak sangka, hati Sara makin derita..” tubuh mama aku peluk erat. Nyata, mama tahu rahsia hatiku selama ini dan kerna itu dia mahukan aku merasai bahagia itu. Cuma takdir Allah tak menetapkan aku yang tepat untuk bahagia itu.

“Sara bahagia lihat Fahim bahagia, ma.. Sara yakin perasaan Sara pada Fahim akan hilang juga nanti. Bila Sara mampu menerima cinta orang lain, itu tandanya hati Sara dah pulih, ma…” tersedu-sedu aku menangis di bahu mama. Biarlah ini yang terakhir. Aku sudah penat dengan permainan hati. Selamat tinggal, Fahim.

.

“U serius Sara? Tak sayang dengan syarikat? Tak sayang pada orangnya?” aku senyum mendengar soalan Saif. Soalan yang masih nak menjerat aku.

“I sayang, Saif… sangat. Tiga tahun I jadi sebahagian daripada keluarga Mutiara Holdings. Tapi, tawaran ni macam peluang untuk I lupakan apa yang dah jadi.. I tak mampu nak hadap lagi staf-staf kita. I malu Saif..”

Hakikatnya, Saif sudah aku ceritakan tentang kisah sebenar antara aku dan Fahim. Untuk terus berahsia, aku rasa itu tidak adil untuk Saif. Aku tak mahu Saif terus berharap pada cinta aku yang memang tak mampu nak berubah kononnya.

“Kalau Fahim tak datang ke syarikat kita, mesti U takkan tinggalkan syarikat kan?” soal Saif lirih.

“Itu takdir yang Allah tetapkan untuk I, Saif. Elak macam mana pun, kalau Allah nak temukan kami, tetapi akan jumpa juga…” aku kembali merenung ke luar jendela. Melihat tingkah manusia yang berada di luar restoran.

Aku tahu, Allah sedang mengaturkan yang terbaik untuk aku. Tawaran untuk bekerja di luar negara yang aku terima seminggu lepas telah aku sahkan setelah berbincang dengan keluarga. Pada mama, belum aku khabarkan berita ini. Tunggulah bila masa yang sesuai tiba nanti.

Mama sudah mengalirkan air mata. Berita mengejutkan tiba saat tinggal beberapa hari lagi sebelum aku terbang ke luar negara. Kata mama, Fahim kemalangan semasa dia keluar rumah untuk bertemu dengan Dayana. Untuk menyampaikan berita gembira yang mama sudah merestui hubungan mereka.

“Kalau apa-apa jadi pada Fahim, mama macam mana Sara? Fahim sorang je anak mama…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience