BAB 5

Romance Completed 6524

Bukan aku tidak tahu perasaan Saif padaku, tetapi untuk menerima, hati aku masih ada pada lelaki lain.

“I tahu, Saif. Tapi I okey je.. Lagipun, tak nak lah cerita dekat U. nanti U minta macam-macam. Susah I nanti,” Saif ketawa.

“I tak minta lebih pun, Sara. I cuma minta hati U aje,” Saif kenyit mata. Aku buat tidak endah.

“Ehem. Polisi syarikat larang dating dalam ofis kan?” suara Fahim kedengaran. Saif bangkit, tanda hormat pada ketua. Aku pula sekadar duduk sambil buat-buat menyemak report yang diberikan Saif tadi.

“Kami tak dating pun, Encik Fahim. Don’t worry. By the way, Saif.. thanks for the report. U may go now,” Saif akhirnya berlalu.

“So, ada apa-apa yang boleh saya bantu, Encik Fahim?” formal aku bertanya kepada Fahim yang masih tercegat di depan pintu.

“Seronok dating?” soalnya. Menyimpang jauh dari jawapan yang aku mahu.

“Erm.. bolehlah. Tapi tak puas. Nanti nak kena dating kat luar lagi,” sengaja aku tambahkan minyak ke dalam api yang sedang marak. Sengaja mahu menguji hati Fahim mungkin? Wajah Fahim berubah kelat.

“Ooo. Awak cakap tak boleh campurkan personal matter dalam urusan pejabat? Sekarang awak sendiri yang langgar?”

“Nope. I’m learning it from my boss,” aku perli dia lagi.

“Kau memang berbeza, Sara. Jauh berbeza. Sejak apa yang pernah jadi antara kita, aku rasa kau dah jauh berubah. Dah tak berlembut macam Sara yang aku kenal dulu. Atau kau simpan dendam pada aku?”

Aku biarkan soalan Fahim tanpa apa-apa jawapan. Entah, aku sendiri keliru. Jika aku berdendam, pasti aku sudah membalas segala perbuatan Fahim pada aku dulu bukan?

“Qaisara Amyra, I’m asking you… Kau berdendam dengan aku lagi ke Sara?” suara Fahim tegang. Aku pandang wajah itu. Wajah yang tak pernah lupus dari ingatan aku sejak aku berumur 14 tahun.

“Aku bukan nabi, Fahim. Aku perempuan yang ada perasaan. Ya, memang aku yang minta kau kejar apa yang terbaik untuk diri kau.. tapi bukan dengan lepaskan semua masalah pada aku sorang. Kau biarkan aku hadap tohmahan orang sekeliling sorang-sorang. Mana kau, masa semua orang cakap aku punca kau batalkan majlis kita? Masa semua orang cakap aku ni pembawa sial?” aku tarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung bicara.

“Kau tak ada, Fahim.. Tak ada.. Mama dan keluarga aku yang terpaksa hadap semua kutukan orang. Kau tak pernah fikir pasal tu semua kan? Sebab dalam hidup kau, masa tu Dyan aje yang penting! Kau pentingkan diri, Fahim!”

“Sara!” aku kemam bibir. Tahan sebak yang menggunung dalam dada. Bukan mudah untuk aku terima apa yang pernah berlaku, tapi bila Fahim masih tak henti-henti bertanya, aku sakit sendiri.

“Kau yang relakan , Sara. Kau lupa? Takkan kau nak aku hidup dengan perempuan yang aku tak cinta?!” tinggi suara Fahim dengan matanya mencerlung ke arahku. Beberapa orang staf sudah menjadi pemerhati di depan bilik. Saif juga. Aku pandang wajah Fahim sebelum mengambil tas tangan yang memang berada di atas meja. Aku hampiri Fahim yang kelat wajahnya.

“Sebab aku cinta, Fahim. Sebab tu aku rela. Untuk kebahagian kau. Walau bukan dengan aku sekalipun. Tapi aku tak pernah suruh kau larikan diri dari masalah dan biarkan aku hadap semuanya sorang-sorang,” ujar aku sebelum keluar dari bilik itu.

Sudah seminggu aku bercuti. Bila ayah bertanya, aku khabarkan yang aku letih dengan kerja. Selama seminggu jugalah aku habiskan masa di kubur ibu. Rindu. Petang itu, aku mendapat kunjungan dari mama. Lega bila hanya mama yang datang. Selepas aku mengaku pada Fahim yang aku cintakan dia, langsung aku rasa malu. Malu sebab cinta pada orang yang tak ada rasa yang sama.

“Dah lama mama sampai?” mama eleng. Dipegang tanganku yang masih memegang surah Yassin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience