BAB 10

Romance Completed 6524

“Kau kenapa Fahim? Kalau sebab semalam, kau minta mama pinang aku, tak payah Fahim. Benda dah jadi, dan aku dah maafkan kau sebab memang kau tersilap. Bukan sengaja,” ujar aku pantas, tanpa memandang Fahim.

“Kalau perkara semalam tak jadi pun, aku tetap akan suruh mama pinang kau, Sara. Aku memang tunggu kau balik,” aku pandang wajah dia bila kata-kata itu terzahir dari mulutnya.

“Apa maksud kau? Bukan dari dulu, kau cinta bagai nak rak ke dekat Dyan?”

“Kau jealous Sara?” tanya Fahim sambil renung aku. Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke arah lain.

“Tak ada masa aku nak jealous,”

“Sara, antara aku dan Dyan, itu kisah lama. Dyan pun dah kahwin sekarang. Ini kisah antara aku dan kau. Kau tahu Sara, bila kau cakap kau cinta aku dekat ofis dulu, hati aku dah start rasa lain, Sara. Tapi, aku tetap teruskan rancangan untuk kahwin dengan Dyan sebab aku dah janji dengan dia. Bila aku koma, cuma wajah kau yang aku nampak. Tak ada orang lain, Sara..”

Wajah Fahim aku pandang. Mencari secebis keikhlasan yang sangat sukar untuk ditemui. Ibarat mencari semut hitam di malam yang kelam. Hakikatnya, aku bukan Qaisara Amyra tiga tahun yang lepas. Aku bangkit daripada kisah cinta yang tidak kesampaian walau dalam hati aku masih ada kata-kata cinta untuk dia.

“Kau tak payah nak buat drama, Fahim..”

“Qaisara Amyra, hati aku cuma cinta kau. Kau ingat waktu kita mula-mula kenal? Aku dah jatuh hati pada kau. Cuma, kau dah tetapkan batas waktu tu yang antara kita cuma kawan. Dan aku usaha untuk buang perasaan tu sampai aku jumpa Dyan. Aku tak pernah sangka Sara, kau pun simpan perasaan yang sama sejak kita umur 14 tahun. Kalau aku tahu, kita takkan berakhir dengan rasa kecewa, Sara…” Fahim sudah menangis.

Aku tahan air mata yang bila-bila masa boleh gugur. Memang khilaf aku sendiri bila aku letakkan syarat seorang sahabat tak boleh jatuh cinta antara satu sama lain. Nak meniru drama sampai tak sedar syarat tu dah makan diri sendiri.

“Sara, takkan dalam hati kau dah tak ada cinta untuk aku? Aku tunggu kau sejak tiga tahun lepas, Sara. Mama dan keluarga kau sendiri dah yakinkan aku yang kau tak pernah ada orang lain selain cinta dekat aku. Kau tak nak terima aku Sara?”

“Apa sangat dengan penantian tiga tahun kau berbanding 15 tahun aku Fahim?”

“Jadi kau tak nak terima aku?” wajah cemberut Fahim aku pandang.

“Kalau aku biarkan 15 tahun aku tu berakhir dengan sia-sia, tak ke bodoh namanya Fahim Adwa? Cinta dah ada depan mata, kenapa aku nak tolak sedangkan aku masih cinta?” Fahim menghampiri aku. Sebuah kotak kecil dikeluarkan.

“Sudikah kau menerima aku yang pernah melukakanmu? Adakah perasaan cinta mu padaku masih tersimpan di lubuk hatimu?’’

Aku cuma tertunduk, mengalirkan air mata dan kemudian mengangguk mengiyakan semua pertanyaan Fahim.

Bagaimana harus aku hapuskan semua rasa cinta sedangkan ia sekelumit pun tidak pernah terusik? Aku adalah sang pecinta setia yang sering berdoa dan merintih pada Tuhan yang Esa agar kekasih hatiku pulang ke pangkuanku. Dan hari ini segala doa-doa yang beterbangan di langit Allah dengar dan perkenankan.

Alhamdulillah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience