BAB 4

Romance Completed 6524

“Lama tak jumpa U, Sara. Dah makin cantik sekarang. Dah ada boyfriend belum?” soalan Dayana aku jawab dengan senyuman. Bukan dia tidak tahu akan pertunanganku yang tidak jadi. Sementelaah lagi bakal tunangku pula kekasihnya sendiri. Lelaki yang ada di hadapanku kini.

“I ni biasa-biasa je, Dyan. Siapa yang nak? Lainlah macam U, ramai peminat. Kejar cinta U sampai dapat,” perli. Ya, memang aku perli.

Lepas peristiwa di rumah Fahim dulu, barulah aku sedar yang Fahim gunakan aku untuk dapatkan kembali kepercayaan mama pada dia. Sedangkan pada hakikatnya, aku tak pernah kata nak terima dia jadi kawan baik aku semula. Tapi tetap aku diamkan saja bila fikir, itu untuk kebahagiaan mama juga. Dan pasal hati aku, cinta pada Fahim aku lempar ke sudut hati paling dalam. Kecewa, tapi aku redha. Sampai sudah Fahim takkan pernah jatuh hati dengan aku. Itu yang aku kena terima.

“I cinta pada Fahim je, Sara. Tak ada yang lain. And for sure, Fahim pun sama.. That’s why, kami nak minta tolong U..” Dayana pandang Fahim. Pandangan penuh cinta aku rasa.

“Korang nak minta tolong apa sebenarnya? Straight to the point boleh?”

“Sayang, U beritahulah Sara. U cakap mama akan consider kalau Sara sendiri yang cakap, kan?” aku pandang wajah Fahim sekilas. Aku tahu sebenarnya. Tahu apa yang mereka nak sampaikan.

“Kalau kau nak aku cakap pada mama pasal kau dengan Dyan, baik kau fikir semula. Agaknya kau lupa, aku bukan sesiapa nak masuk campur dalam urusan keluarga kau, Fahim..”

“Tapi Sara.. mama anggap kau macam anak dia sendiri. Dan aku yakin, mama lagi percayakan kau dari aku. Mama tak pernah tolak apa yang kau minta. Kau lagi kenal mama dari aku,” aku lepaskan keluhan nipis.

“Fahim, mama ibu kau. Ibu mana yang tak nak yang terbaik untuk anak dia? Bahkan, aku yakin, mama lagi hargai kalau kau sendiri yang cakap pasal hubungan korang dengan dia. Ini masa depan kau, Fahim.. bukan masa depan aku..” riak Fahim berubah. Kusut.

“U memang tak nak tolong kitorang pun kan, Sara? Apa susahnya, Sara? Atau U memang tak nak tengok I dengan Fahim bahagia? Ke U masih sakit hati sebab Fahim tinggalkan U sebelum majlis tunang korang dulu? Atau sebenarnya, U suka pada Fahim?”

Telahan Dayana buat aku telan air liur. Aku tak pernah sakit hati kerana Fahim tinggalkan aku, Dayana. Sebab aku sendiri yang rela. Sebab aku nak Fahim bahagia. Tapi, aku nak Fahim berani perjuangkan cinta dia pada kau. Berani buktikan yang memang dia cinta pada kau. Bukan harapkan aku.

“Betul ke tekaan Dyan, Sara?” Kau masih tak maafkan aku?” wajah tegang Fahim aku pandang.

“Kalau itu yang kau minta, Fahim.. aku akan tolong kau. Cumanya, aku tak sangka lelaki depan aku ni pengecut untuk perjuangkan cinta dia sendiri. Tak berani nak berdepan dengan masalah yang dia sendiri cipta. Aku pergi dulu. Assalamualaikum,”

Fahim kembali ke dalam hidup aku Cuma dengan satu tujuan. Untuk buat mama terima hubungan dia dengan Dayana. Dan aku adalah jalannya. Jalan untuk dia dapatkan restu mama. Foto ibu yang berada di dalam frame aku tatap.

“Sara tahu, ibu.. Allah tahu hati Sara perit. Tapi Allah tetap uji sebab Dia tahu Sara mampu hadapi semua ni kan? Ibu.. Sara rindu ibu.. Rindu amat..” air mata yang sejak tadi bertakung aku biarkan membasahi pipi. Sungguh, kalau bukan kerana mama, aku rela jadi musuh Fahim. Tak mahu hati terusan disakiti.

“Sara, ni report meeting yang lepas,” aku cepat-cepat sapu air mata bila lihat Saif sudah menolak daun pintu.

“Ya, thanks Saif..” suara sudah serak basah.

“U ada masalah Sara? Tak nak share dengan I ke?” tanpa dipelawa, Saif sudah melabuhkan duduk di kerusi berhadapan denganku. Aku eleng kepala sambil kulum senyum.

“U jangan tak tahu Sara. I ni pendengar masalah yang paling setia. I sedia dengar masalah U bila-bila masa. U pun tahu kan?” Saif sengih. Aku senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience