BAB 1

Romance Completed 6524

Hakikatnya, pertunangan mereka terbatal kerana Fahim tak mampu nak lupa bekas kekasih dia. Mengamuk mama Fahim bila anak dia tiba-tiba hilangkan diri beberapa hari sebelum majlis. Malu dan rasa bersalah pada keluarga Qaisara yang dah buat persiapan. Tapi Qaisara tahu, Fahim tak mampu.

Bagi Qaisara pula, ya, dia relakan Fahim pergi kejar cinta lelaki itu. Dia rela berkorban untuk Fahim. Biarlah dia tanggung malu daripada lihat Fahim menderita. Dari lihat riak sedih Fahim tiap kali mereka berjumpa. Dia rela lepaskan cinta dia asalkan Fahim bahagia. Biarlah orang kata dia bodoh sekalipun. Sejak di alam remaja, dia jatuh cinta pada lelaki itu, tapi tak pernah Fahim nampak cinta dia. Dan bila mama risik dia untuk Fahim, Qaisara terus terima dan lupa yang Fahim masih cinta pada Dayana.

Bila Fahim nak batalkan majlis mereka pun, Qaisara pasrah. Sebab dia sedar salah dia yang terima tanpa minta persetujuan Fahim. Jadi untuk apa dia sandarkan harapan pada cinta Fahim yang takkan pernah ada untuk dia?

“Sara, maafkan mama, nak.. mama tak sangka Fahim akan buat macam ni pada kamu. Mama rasa bersalah sangat. Kalau mama tak minta kamu setuju hari tu, mesti kamu takkan lalui benda ni semua..” tangan aku mama pegang. Aku senyum walau rasa kelat.

“Ma.. dah bukan jodoh Sara dengan Fahim. Kalau kita teruskan, Sara dengan dia akan sama-sama terluka. Berhenti salahkan diri ma. Sara tak pernah salahkan mama, pun..” aku genggam pula tangan tua itu. Menghulurkan bicara bahawa aku memang tak apa-apa. Aku tak mahu dia terus bimbang. Tak mahu dia terus mempersalahkan diri sendiri. Memang bukan jodoh aku dengan Fahim walau hati aku memang sayang pada dia.

“Sara.. kamu betul-betul tak rasa apa-apa? Tak rasa kecewa?” aku eleng kepala.

“Ma.. dahlah ungkit benda ni. Dah dekat seminggu dah berlalu,” aku ketawa, sembunyi rasa. Hakikatnya, aku memang kecewa. Sejak umur 14 tahun aku mencinta, dan sudah jadi angan-anganku untuk membawa cinta itu ke jinjang pelamin. Tapi jodoh itu bukan milik aku dengan dia, maka aku perlu terima walau hati rasa sakitnya.

Hidup aku teruskan seperti biasa. Walau masih ada cakap-cakap tentang majlis pertunanganku yang tak jadi, aku yakin semua itu akan tamat jua. Mulut manusia, memang aku tak mampu nak tutup. Maka, pedulikan saja.

“Sara, Encik Haslam nak jumpa Sara dekat bilik dia,” ujar Ziana, buat lamunanku terhenti. Aku angguk perlahan. Tudung yang sudah sedikit senget aku betulkan.

Pintu bilik Encik Haslam aku ketuk perlahan.

“Masuk,” aku buka pintu bilik Encik Haslam. Terlihat kelibat dua orang manusia. Encik Haslam dan seorang lelaki yang membelakangiku.

“Ha, Sara. Mari saya kenalkan awak dengan pengurus yang baru. Ketua awak. Fahim Adwa,” terkedu aku saat Encik Haslam menyebut sebaris nama itu. Lagi terkedu bila melihat Fahim yang sudah berdiri menghadapku.

“Encik Fahim, kenalkan, Qaisara Amyra. Penolong pengurus dekat sini,” Fahim menunduk sedikit, tanda perkenalan. Begitu juga aku. Hati yang baru ingin tenang kembali berdetak kencang.

“Ni bilik awak. Awak tengok-tengoklah dulu apa-apa yang patut. Any problem, boleh tanya Kak Pah. Saya keluar dulu,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience