BAB 5

Romance Completed 20997

Suatu ketika dahulu…

Kakinya laju masuk ke dalam shopping mall itu saat ternampak kelibat seseorang yang sangat dia kenali. Tapi semuanya jadi lambat bila tiba-tiba ada orang berkerumun ramai dia sebuah tempat. Itu menyebabkan tempat itu menjadi sesak. Dan dia juga telah kehilangan kelibat tadi.

Terhambur juga keluhan kecil daripada mulutnya. Hatinya dah menanggung rindu yang amat pada kelibat itu. Hanya dia dan Allah saja yang tahu apa perasaan dia terhadap kelibat itu. akhirnya dengan langkah yang lemah dia kembali memusingkan badan untuk keluar daripada shopping mall tersebut.

“Cari saya ke?”

Mia terus mendongak saat mendengar suara yang dirinduinya itu. Hatinya terus berdegup kencang. Matanya tidak berkelip memandang insan yang sedang berdiri di hadapannya saat ini.

“Helo adik manis? Saya handsome sangat erk?”

Ujarnya sambil menjongketkan keningnya. Reaksinya itu berjaya membuatkan Mia tersenyum kecil. Dia membuat gelengan kecil.

“Tak. Tak handsome tapi sedap mata memandang.”

Jujur Mia lantas tersenyum.

Muiz tertawa kecil. Sebenarnya dia dah tahu Mia kejar dia tadi. Sengaja je buat-buat hilang. Yang pasti dia suka tengok reaksi Mia. Kawan sekolej dia dulu.

“Cari saya buat apa?”

Mia terdiam. Takkan nak cakap aku rindu dia? Tak!

“Mana ada saya cari awak. Saya cari kawan saya.”

Nafi Mia lantas berjalan meninggalkan Muiz terpinga-pinga. Dalam hati dia tertawa.

“Mia! Jangan nak tipu saya la! Awak sebenarnya sukakan saya kan?”

Kali ni langkah Mia terus mati. Dia terlopong. Mujur Muiz berada di belakangnya saat ini. Macam mana Muiz tahu?

“Awak mungkin boleh tipu yang lain. Tapi awak tak boleh tipu saya. Saya tahu apa perasaan awak sebab saya pun rasa yang sama. So jangan takut dan risau okay?”

Muiz dah tersenyum dan sudah berdiri tepat di hadapan Mia. Dengan perlahan-lahan dia menghulurkan sebentuk cincin kepada Mia. Mia yang melihat sudah terlopong besar. Langsung tidak percaya apa yang sedang berlaku saat ini.

“Awak gurau apa ni? Dah lah. Saya nak balik. Perasan.”

Mia terus berjalan meninggalkan Muiz. Sedangkan dia nak mengelak. Hatinya dah berbunga-bunga saat melihat Muiz tadi. Senyuman pula tidak mahu lekang daripada bibirnya. Yang pasti dia rasa amat malu saat ini.

“Mia! I’m serious!”

Muiz berlari demi mengejar langkah Mia yang jauh di hadapan. Bila dah sampai di sisi Mia. Dia memperlahankan langkahnya kembali. Cincin tadi disimpan ke dalam poket bajunya. Masing-masing diam dan hanya berjalan sehingga ke luar shopping kompleks.

“Mia. Kenapa awak suka saya?”

Mia terdiam. Ada pula dia tanya aku macam tu.

“Entah. Awak tu pula. Kenapa?”

Muiz tersengih. Dikerling sekilas ke arah Mia.

“Sebab saya suka awak la.”

Mia mencebik. Main-main pula dia.

“Awak. Saya serius ni. Awak nak jadi suri hati saya tak?”

Langkah mereka berdua terus mati betul-betul di hadapan shopping kompleks tersebut. Masing-masing saling bertatapan seketika sebelum Mia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Hatinya dah berdetak hebat.

“Kenapa saya?”

“You know that answer Mia Qaisara.”

Masing-masing saling berbalas senyuman.

“Saya nak habiskan dulu study saya. Awak sudi tunggu saya?”

“Sudi. Kalau saya sanggup tunggu demi raih hati awak. Kenapa tidak sekarang?”

Mia tertawa kecil saat melihat reaksi Muiz yang seakan mencabar dirinya itu.

“Okay. Kalau macam tu tunggu je. Saya pergi dulu.”

Mia terus berlalu ke pertengahan jalan. Bibirnya setia mengukirkan senyuman. Bahagianya rasa. Manakala Muiz pula memusingkan badannya semula ke arah shopping kompleks. Dia turut melangkah untuk masuk ke dalam semula. Dia juga turut tersenyum.

Tapi senyuman Muiz mati apabila dia tiba-tiba terdengar jeritan seseorang dan bunyi kereta. Pantas dia menoleh semula ke belakang. Dan terpaparlah pada matanya kini tubuh Mia terdampar di tepi jalan dengan sebuah kereta yang kelihatan teruk di tengah jalan itu.

Tubuhnya mula menggeletar. Kakinya berat untuk melangkah ke arah itu. Hatinya dah berdegup hebat. Mulutnya diketap kuat. Dia menafikan itu bukan Mia. Tapi kenyataannya memang Mia. Ya Allah!

“Mia! Mia!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience