BAB 7

Romance Completed 20997

Kakinya laju melangkah ke arah hospital saat mendapat berita tidak baik daripada ayah kandung Mia. Dia mula fikir yang bukan-bukan. Tidak-tidak! Mia akan sembuh. Mia akan sedar. Ya!

Sampai saja di depan bilik kecemasan, dia terus meluru ke arah Datuk Hisyam. Dia inginkan jawapan.

“Pakcik?”

Datuk Hisyam tersenyum hambar. Bahu Muiz ditepuknya dengan perlahan sebelum dia mengambil tempat di tempat menunggu itu. Muiz mengekori dan duduk di sisi Datuk Hisyam.

“Kenapa pakcik? Apa dah jadi dengan Mia?”

“Ada orang cuba nak bunuh Mia Muiz.”

Damn! Jawapan itu ternyata berjaya membuatkan hatinya bagaikan dihempap benda keras. Dia terkelu dan terkedu dengan jawapan itu.

“Dan sebenarnya pakcik baru dapat tahu kemalangan tu pun bukan kebetulan tapi memang dirancang.”

Sekali lagi Muiz terkedu. Air matanya yang ditahan tadi akhirnya mengalir keluar.

“Tadi mujur pakcik sempat. Kalau tidak Mia pasti tidak dapat diselamatkan lagi Muiz.”

Muiz rasa terkilan kerana dia pergi meninggalkan Mia tadi. Kalau tidak mesti benda ni takkan berlaku.

“Sekarang kita doa banyak-banyak agar Mia selamat.” Sambung Datuk Hisyam lagi.

“Muiz rasa tak guna pakcik. Kalau Muiz tak keluar tadi.”

“Jangan salahkan diri. Semua dah takdir Muiz. Kamu kena kuat. InsyaAllah anak pakcik akan sembuh.”

Muiz memejamkan matanya erat. Mia. Jangan pernah tinggalkan saya. Please.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience