BAB 2

Romance Completed 20997

“Kenapa dulu abang suka buli saya?”

“Sebab abang suka Mia.”

“Kenapa dulu abang suka tengok saya?”

“Sebab abang suka Mia.”

“And kenapa abang selalu bela saya bila orang lain kaitkan kita?”

“Simple. Sebab abang suka Mia.”

Air matanya menitis lagi saat teringat kata-kata terakhir lelaki itu sebulan yang lepas. Setiap kali teringat perbualan itu hatinya mesti menangis. Walaupun dari luar dia sentiasa tersenyum tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu gejolak perasaannya.

Air matanya yang menitis tadi diseka perlahan. Dia cuba menarik senyuman even susah. Itu saja cara untuk kuatkan hati dia yang sedia lemah itu. Penat berbalah dengan perasaan sendiri, dia terus bangun daripada kerusi dan terus keluar daripada bilik mesyuarat tersebut.

“Kak Mia!”

Langkahnya terus terhenti saat namanya dipanggil. Dia terus menoleh ke belakang.

“Ada apa Tia?”

“Ada problem sikit la kak. Ada pelanggan buat aduan tentang pesanan dia tak sampai.”

Terlepas keluhan kecil daripada mulutnya saat mendengar laporan tersebut. Ya Allah. Berilah aku kekuatan. Itu saja yang aku minta saat ini.

“Bukan semalam dah sempurna ke? Dah cukup ke. Kan semalam pelanggan sendiri dah mengaku barang mereka dah sampai. Habis sekarang apa tak kena pula?”

Mia dah mula stress. Dia mula berserabut memikirkan masalah itu. Kalaulah abang ada.

“Entah kak. Saya sendiri pun tak tahu. Jom turun kak. Kami tunggu kat bawah.”

Hilang saja kelibat Tia, Mia terus terduduk dengan semangat yang masih berbaki. Air matanya menitis lagi.

“Abang. Dah sebulan bang. Mia tak kuat tanpa abang. Mia rindu abang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience