BAB 10

Romance Completed 20997

Kini…

Bagaikan baru tersedar daripada lena yang panjang, akhirnya Muiz mula membuka matanya setelah sebulan setengah dia tidak menyedarkan diri. Saat ada cahaya yang ingin menerobos masuk ke dalam matanya, dia kembali memejamkan mata. Tapi tidak lama bila dia berjaya kawal kornea matanya itu.

Dia melihat sekeliling. Tiada sesiapa. Tiba-tiba dia rindu akan isterinya. Dia macam bermimpi kembali peristiwa di mana dia menjaga Mia sebelum ini sepanjang Mia koma. Dan bagaimana dia melindungi Mia daripada pembunuh misteri itu. Kini giliran dia. Ya Allah. Mesti dia sangat perlukan aku saat ini. Mia. Maafkan abang.

Bagaikan ada semangat yang baru, dia berjaya bangun duduk tanpa bantuan sesiapa. Kemudian, dia mencabut pula wayar yang berselirat di tangannya itu dengan serta-merta. Dahinya sedikit berkerut kerana menahan sakit tapi cuma seketika.

Kakinya mula menjejak tanah. Walaupun tidak stabil pada mulanya tapi dia tidak berputus asa. Dengan kudrat yang masih ada, dia cekal meneruskan langkah sehingga ke pintu bilik.

“Doktor. Macam mana keadaan dia?”

Dari jauh Muiz dapat dengar dengan jelas suara Mia yang sedang berbicara dengan doktor peribadinya itu. Mulutnya mula mengukirkan senyuman. Mia! Abang dekat sini!

“Macam tu juga.”

Mia tersenyum hambar. Dia hanya mengangguk mendengar pengakuan doktor itu.

“Okay doktor. Terima kasih. Saya masuk dulu.”

Apabila Mia menoleh saja ke pintu bilik rawatan Muiz, dia terus terkedu. Bibirnya yang mati dengan senyuman tadi terus menjadi lebar. Kakinya juga laju mendekati Muiz yang sedang berdiri dan menghadap dirinya ketika itu.

“Abang!”

Terus tubuh lelaki itu dipeluknya. Air matanya juga mengalir laju ke pipi. Tanda dia bersyukur kerana Muiz dah kembali. Ya Allah. Terima kasih.

Tubuh isterinya itu dipautnya erat. Dia turut mengalirkan air mata. Dia tak sanggup nak tengok isterinya itu menderita hanya kerana dia. Dia bersalah kerana menyebabkan Mia tidak senang duduk.

“Sayang. Maafkan abang.”

Mia terus menggelengkan kepalanya.

“Tak. Abang tak salah. Mia yang salah. Mia tak kuat. Mia tak tabah macam abang pinta. Maafkan Mia. Mia rindukan abang.”

Terus dia hamburkan tangisannya di situ.

“Abang pun rindukan Mia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience