BAB 6

Romance Completed 20997

Mulutnya tidak henti-henti meminta pada yang Maha Esa agar Mia dapat diselamatkan. Tubuhnya daripada tadi asyik menggeletar. Dia sangat takut andai Mia pergi tinggalkan dia. Dia tak mahu benda itu terjadi. Dia tak nak orang yang dia sayang pergi lagi meninggalkan dia.

“Muiz.”

Muiz tersentak. Pantas dia menoleh ke arah bertentangan.

“Balik dulu nak. Dah lama kamu duduk sini. InsyaAllah Mia selamat. Kita doa banyak-banyak ye.”

Nasihat Datuk Hisyam yang merupakan bapa kandung Mia.

Dah seharian dia dan Muiz berada di hospital. Semuanya kerana Mia. Dia jatuh kasihan pada Muiz kerana Muiz setia duduk di sini demi Mia. Tersentuh hatinya melihat kesungguhan Muiz. Mungkin inilah orang yang Mia selalu ceritakan dulu.

“Saya salah pakcik. Semua salah saya. Kalau saya…”

“Jangan salahkan diri Muiz. Semua dah tertulis. Kita kena terima dengan hati yang terbuka. Ada hikmah disebalik semua kejadian ini Muiz.”

Muiz terdiam. Dia mengukirkan senyuman hambar. Seketika dia memandang ke arah pintu kecemasan itu. berharap doktor keluar dan beritahu berita baik pada mereka berdua.

“Muiz. Kamu cintakan Mia?”

Soalan yang terkeluar daripada mulut Datuk Hisham mengejutkan Muiz. Muiz memandang wajah yang tersenyum itu dengan anggukan kecil.

“Kalau macam tu kamu mesti kuatkan semangat. Banyakkan berdoa. Kamu tak boleh lemah. Kalau kamu lemah mesti Mia akan jadi lebih lemah. Berikan dia semangat. Dia perlukan kamu Muiz.”

Muiz terdiam lagi. Kini, barulah dia mempunyai sedikit kekuatan untuk terus bertahan demi Mia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience