BAB 8

Romance Completed 20997

Dah sebulan berlalu. Itu juga bermakna sebulan juga Muiz setia berada di sisi Mia. Menjaganya daripada pagi sampai ke malam. Kadang-kadang sampai sanggup bermalam demi Mia. Mia dah sebulan tidak sedarkan diri. Tapi itu tidak mematahkan semangat Muiz untuk terus bertahan. Walau apapun yang terjadi Mia tetap selamanya di hati dia.

Semenjak dia dapat tahu ada orang nak bunuh Mia. Dia tidak pernah sesekali membiarkan Mia keseorangan. Jikalau dia nak solat pun dia solat dalam bilik yang sama. Dia takkan benarkan sesiapa yang tidak dikenali masuk. Dia dah serik. Dan perkara itu akan menjadi rahsia dia dan Datuk Hisyam buat selamanya. Mia tidak boleh tahu.

“Mia. Hari ni genap sebulan awak tidak sedarkan diri. Dulu awak ada tanya saya. Sudi atau tak saya tunggu awak. Jawapan saya ya. Saya sanggup tunggu awak. Maybe ini yang awak maksudkan. Supaya tunggu awak sampai awak sedar. Saya sanggup Mia sebab saya cintakan awak kerana Allah. Saya akan jaga awak sampai awak sembuh. Itu janji saya Mia. Bila awak sedar nanti saya akan terus pergi hantar rombongan meminang. I don’t care about it.”

Muiz tersenyum hambar apabila melihat tiada reaksi daripada Mia. Dia meraup wajahnya dengan perlahan. Air mata yang ingin mengalir keluar diseka perlahan. Dia cuba kuatkan semangat dengan membuang semua kesedihan itu. Dia tak nak Mia tahu dia menangis.

“Mia. Sebenarnya semenjak pertama kali awak masuk ke kolej time tu, saya dah jatuh cinta. Sengaja saya suka kacau awak. Tapi mujur awak sudi juga kawan dengan saya even benci pada mulanya. Haha.”

Muiz merenung jauh ke luar tingkap. Senyumannya terukir saat teringat semua kenangan itu. Semuanya sangat indah Mia. Saya rindukan semua tu.

“Mia. Ayah awak dah beri restu. Dia pun dah bagi kebenaran. Ayah awak macam arwah ayah saya dulu. Baik sangat orangnya. Ibu saya dan ayah awak dah rancang akan perkahwinan kita sebaik sahaja awak sedar Mia. Awak tahu tak? Mereka lagi excited daripada saya tau?”

Muiz kembali menoleh ke arah Mia yang tidak sedarkan diri itu.

“Jadi cepat sedar ye sayang?”

Tak mahu perasaan sedih menguasai dirinya lagi. Dia pantas bangun dan meraup wajahnya dengan kasar. Belum cukup dengan itu, dia pantas mengukirkan senyuman yang paling ikhlas even tiada sesiapa pun yang nampak. Selepas itu barulah dia bergerak meninggalkan katil Mia.

Tiba-tiba tangan Mia mula bergerak. Matanya pula sudah mula digerakkan sehinggalah dia dapat melihat cahaya di sekelilingnya. Apabila matanya dapat menangkap kelibat Muiz yang ingin pergi itu. Dengan sedaya upaya dirinya cuba memanggil Muiz even suaranya seperti tersekat dikerongkong.

“Mu…mu..muiz…”

Dan langkah Muiz terus terhenti. Cepat sahaja dia menoleh ke belakang. Apabila melihat tangan Mia yang mula menunjukkan kesan positif itu, pantas saja kakinya mendekati katil Mia semula.

“Ya Allah Mia! Alhamdulillah. Awak dah sedar. Doktor! Doktor!”

Mia memejamkan matanya kembali apabila penat berbalas cahaya terang di atasnya itu. Tapi dia dapat dengar dengan jelas suara Muiz. Bibirnya terus tersenyum.

“Terima kasih Mia. Terima kasih.”

“Sa..sama-sa..sama Muiz.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience