BAB 11

Romance Completed 20997

Muiz memerhati surat-surat yang dia dapat itu dengan perasaan tidak sedap hati. Dia ingat lagi di mana peristiwa dia ditikam itu. Sebenarnya mereka bukan perompak. Tapi mereka itu cuba membunuh aku. Aku rasa mereka diarah untuk membunuh aku setelah tidak dapat membunuh Mia. Ya Allah. Apa pun keselamatan Mia lebih penting saat ini.

“Abang. Menungkan apa tu?”

Mia tersenyum memandang Muiz. Dah seminggu Muiz berada dekat rumah. Dan Muiz pun makin sembuh. Luka tikaman tu pun makin sembuh. Alhamdulillah.

“Fikirkan Mia la.”

Usik Muiz dengan sengihan.

“Yela tu.”

Mia mengambil tempat di sebelah Muiz. Kepalanya disandarkan pada bahu Muiz. Dia sangat-sangat rindukan Muiz.

“Mia. Boleh abang tanya sikit?”

“Boleh. Apa?”

“Sepanjang abang tidak sedarkan diri. Ada tak orang yang mencurigakan datang pada Mia or datang lawat abang?”

Soalan itu membuatkan Mia terdiam. Terus dia bangun dan tunduk memandang surat yang diterima tadi. Surat tu pun diberi oleh seorang lelaki yang aneh. Dia siap berpesan agar jauhkan diri daripada Muiz andai tak mahu Muiz tercedera lagi.

“Mia?”

Mia tersentak. Dia tersenyum lantas menggelengkan kepalanya.

“Tak ada pula. Kenapa bang? Surat tu surat apa bang?”

Sedaya upaya Mia cuba mengelak daripada bercakap soal itu. Muiz terdiam. Kenapa hatinya kuat mengatakan Mia ada sembunyikan sesuatu.

“Mia. Jujur dengan abang. Apa yang sebenarnya telah terjadi sepanjang abang koma?”

Tubuh Mia ditariknya agar berhadapan dengan dirinya. Tajam Muiz memandang ke dalam mata Mia. Mia yang tidak tahan dengan panahan mata itu pantas tunduk ke bawah.

“Mia. Mia tahu kan yang abang cintakan Mia. Please beritahu abang apa sebenarnya yang terjadi.” Muiz cuba memujuk lagi.

“Ada orang ugut Mia suruh tinggalkan abang. Tapi Mia tak nak. Mia cintakan abang.”

Terus Mia menitiskan air matanya dengan hati yang pilu. Dia tak tahu apa yang dia akan buat kalau Muiz tiada di sisinya. Muiz yang mendengar terus merengus geram. Tak guna punya pembunuh. Siapa kau sebenarnya dan apa yang kau nak?!

“Syuhh. Abang pun cintakan Mia. Dan abang takkan biarkan Mia pergi tinggalkan abang. Okay sayang?”

Terus tubuh itu ditarik ke dalam pelukannya. Tidak. Dia tidak akan biarkan perkara itu berlaku. Mia adalah nyawanya saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience