BAB 3

Romance Completed 20997

Sebulan yang lepas.

Hampir 2 minggu berada di negara orang. Akhirnya pasangan suami isteri itu telah kembali ke Malaysia dengan gembira. Mata saling bertatapan tanda bersyukur kerana masih berada di bumi Malaysia lagi.

“Abang. Terima kasih bawa Mia ke Korea. Best sangat.”

Luah Mia dengan terujanya. Muiz tersenyum kecil. Tangan isterinya itu digenggam dengan penuh kasih sayang.

“Dah dua bulan kita kahwin tapi abang tak pernah bawa isteri abang ni pergi honeymoon. Jadi kira ini hadiah untuk kita berdua la.”

Langkah mereka terus maju ke arah kereta Muiz yang telah dihantar oleh drivernya sebentar tadi.

“Mia masuk dulu. Abang nak pergi kedai kejap. Tunggu dalam kereta.”

Arah Muiz dengan lembut. Mia hanya mengangguk. Tapi belum sempat dia nak masuk ke dalam kereta. Tubuhnya ditarik ke dalam pelukan Muiz. Dan perilaku tersebut sangat mengejutkan Mia.

“Abang?” Mia jadi pelik.

“I will miss you.”

Pelukan terlerai. Muiz tersenyum manis. Mia pula memandang tepat ke dalam mata Muiz. Dia pelik. Kenapa Muiz tiba-tiba bertindak demikian?

“Abang? Kenapa ni?”

“Nothing. Okay abang pergi beli barang kejap. Tunggu abang tau.”

“Ya. I will.”

Mia kembali masuk ke dalam kereta saat Muiz berlalu. Hatinya dah berasa tidak sedap. Macam sesuatu yang akan berlaku. Dia melirik jam pada tangannya. Dah sepuluh minit berlalu. Tapi kelibat Muiz masih belum nampak.

“Ya Allah. Mana suami aku pergi ni. kata tadi kejap saja. Ni dah nak dekat 15 minit. Belum juga muncul.”

Akhirnya Mia ambil keputusan untuk pergi cari Muiz sendiri. Dia sempat berpesan pada driver suaminya itu supaya jaga kereta.

Sampai saja dia dalam airport, dia dapat nampak orang ramai sedang berkerumun depan kedai makan di sebelah kirinya. Tapi dia tak tahu apa yang telah terjadi. Dengan debaran yang kian memuncak, kakinya laju melangkah ke arah situ. Dia menyelit di sebalik orang ramai itu untuk ke depan.

“Tolong!”

Jeritan itu membuatkan jantung Mia hampir terhenti. Sekarang dia dapat melihat apa yang telah terjadi. Dia dapat lihat keadaan Muiz yang sedang bergelumpur dengan darah. Tanpa berlengah dia pantas meluru ke arah Muiz. Terketar-ketar tangannya menyentuh perut Muiz yang berdarah dan tidak sedarkan diri itu.

“A..abang. Abang. Mia ni. Bangunlah bang!”

Air matanya pula menitis melihat keadaan Muiz.

“Apa dah jadi ni?”

Mia melihat sekeliling. Inginkan jawapan.

“Dia dirompak. Perompak tu tikam perut suami cik bila suami cik tak nak bagi dompet dia. Perompak tu pun bertindak ganas. Lepas dapat apa yang dia mahu terus dia lari. Polis tengah cari mereka sekarang.”

Mia tersentak. Air matanya kian laju menitis ke pipi. Ya Allah!

“Sesiapa! Tolong call ambulance! Tolong suami saya!”

Jerit Mia dengan tangisan. Abang! Jangan tinggalkan Mia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience