BAB 5

Horror & Thriller Completed 1581

Aku meluru berlari ke arah menuju pintu depan, namun pintu itu sudah dikunci. Aku berusaha untuk keluar dari tingkap, namun tak semena-mena seseorang memukul tengkukku hingga akhirnya aku jatuh pengsan.

Aku tersedar dengan rasa sakit yang amat perit di bahagian tengkukku. Aku tak tahu di mana aku berada kini, tapi yang pasti aku tahu kalau bahawa aku sudah dipindahkan ke satu bahagian dalam rumah besar ini. Boleh jadi ini sebuah loteng. Kedua tangan dan kakiku diikat hingga sukar untukku bergerak.

“Awak sudah sadar? Maaf atas apa yang berlaku tadi,” ujar suara Chloe /Ally .

Aku berusaha untuk berbual dengannya tapi aku baru menyedari yang mulutku sudah ditutup dengan pita pelekat. Menyedari akan kelakuan ku itu, Chloe /Ally melepaskan pita pelekat di mulutku.

Aku segera berteriak meminta tolong, namun Chloe /Ally terus memukul mulutku sekuatnya hingga berdarah! Mujur tidak ada gigi yang patah tau aku pengsan sekali lagi.

“Sekali lagi aku dengar kau menjerit, aku akan habiskan nyawa kau, I will kill you, I swear!” Chloe/Ally memberi amaran.

“Awak ni kejam! Awak penjahat !” balasku.

“Maaf. Atau mungkin awak Ally !”

Gadis itu itu memukul mukaku semula sambil memberi amaran agar aku tidak menyebut nama itu lagi.

“Jangan sebut nama itu lagi! Aku benci mereka berdua! Mereka selalu cakap yang aku adalah Jennifer Jason, penjahat kejam. Padahak mereka berdua yang sebenarnya penjahat hingga ingin membunuh Donna!” Lalu Jennifer terus terdiam setelah menyebutkan nama terakhir. Ada riak gentar yang tak kumengerti di wajahnya. Tapi dia berusaha untuk menyembunyikannya daripadaku.

Kini barulah aku faham dengan apa yang terjadi. Jennifer adalah karekter lain dalam peribadi gadis itu selain daripada Chloe dan Ally, namun aku masih tidak tahu siapakah yang dimaksudkan dengan Donna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience