BAB 9

Horror & Thriller Completed 1581

“Aku dah cakap kan jangn nak mimpi larikan diri dari sini!” jerit Jennifer .

“Tapi tampaknya orang sepertimu memang susah sekali dibawa berbincang dan faham. Mungkin lebih baik kita akhiri semuanya di sini, biar aku tamatkan riwayat kau,” imbuhnya, seraya mengeluarkan sebuah pisau dapur.

Ya aku tahu dia tidak akan teragak-agak untuk menghujamkan pisau itu ke tubuhku. Aku mahu melawan, tapi aku sudah tidak berdaya lagi, sehingga akhirnya pasrah sahaja menjadi satu-satunya pilihan yang aku ada. Mungkin ini memang takdirku untuk mati di tangan seorang pesakit mental.

Jennifer menyeringai kepadaku dalam keadaan yang menggerikanya. Dia mungkin masih mahu menyeksaku lebih lama lagi, tapi mungkin juga tidak.

“Jadi kau ada apa-apa ucapan terakhir, Dean tersayang?” ujarnya.

Entah kenapa, saat itu aku bagai ada satu keberanian yang ku kira kata-kata terakir ku pada orang gila ini.

“Donna …”

Serta merta raut wajah Jennifer berubah ketakutan. Dan itu amat mengejutkanku. Dan aku terus teringat pada arkib yang ku baca tadi kalau-kalau itu adalah method doktor Izzy Monroe untuk menyembuhkan Donna . Jadi aku mengulanginya berulangkali, menyebut namanya hingga membuatkan Jennifer rimas, meracau-racau hingga menutupkan telinganya.

“Apa kau cakap ni?! HStop it!!” jerit Jennifer , takut. Dia mahu menghunuskan pisau itu ke dadaku namun bagai ada suatu kuasa yang menahannya, aku terus menerus menyebut nama Donna berulang kali.

“Chloe , Ally , tolong aku!” rayu Jennifer pada dua watak lain.

“Kami tak dapat , Jennifer ! Maaf! Kami takut!” balas Chloe /Ally daripada bibir ‘Jenniffer’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience