BAB 6

Horror & Thriller Completed 1581

Belum sempat berfikir jauh Jennifer menutup semula mulutku dengan pita pelekat dan aku hanya mampu diam. Aku perlu segera melakukan sesuatu untuk dapat meloloskan diri dari tempat ini.

“Aku harus pergi,” ujar Jennifer .

“Jangan mimpi yang ku dapat lari dari sini!” gertaknya seraya meninggalkanku di loteng keseorangan.

Kini sudah masuk hari keempat aku terus terikat menjadi tahanan perempuan psiko ini. Aku kekal diikat dan dia akan datang setiap kali waktu makan dan aku akan disuap selang seli oleh Jennifer, Chloe mahupun Ally.

Saat Chloe ataupun Ally yang sedang menguasai tubuh gadis itu, mereka akan berulang kali memohon maaf padaku kerana tidak dapat membantuku. Mereka menyatakan jika salah seorang daripada mereka membantuku makan Jennifer akan datang dan membunuhku dengan kejam.

Jika aku mahu ke bilik air, maka hujung senapang pemburu daripada Jennifer akan diacu di kepalaku sebagai persediaan sekiranya aku cuba melawan. Aku pernah mencuba melawan saat Jennifer mengikatku.

Waktu itu aku baru dari keluar dari bilik air. Tanpa teragak-agak Jennifer menyiat bahuku menggunakan pisau buah berulang kali tanpa belas hingga akhirnya aku pengsan dan menyedari yang aku diikat semula.

Dan pada satu hari , aku terjumpa satu pemetik api di salah satu sudut loteng. Dengan bersusah payah, aku mencapainya, dan berusaha membakar tali yang mengikatku. Aku bernasib baik dapat melepaskan diri selepas hampir satu jam cuba membakar ikatan tali tersebut.

Berbekalka sisa-sisa tenaga yang kumiliki, aku bercadang untuk keluar melalui tingkap loteng. Namun, sebuah rak buku penuh dengan arkib keluarga menarik perhatianku dan membuatku berpaling. Aku membuka beberapa arkib, dan menemukan beberapa perkaran yang membuatku tergamam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience