BAB 7

Horror & Thriller Completed 1581

Dalam arkib itu dijelaskan, bahawa rumah ini adalah Donna Ludwig. Mr dan Mrs Ludwig mempunyai seorang anak perempuan tunggal bernama Donna Ludwig. Sejak usia sepuluh tahun lagi, Donna sering berhalusinasi tentang dua orang teman khayalan bernama Chloe dan Ally , serta seorang lagi watak yang amat digeruninya iaitu Jennifer. Ibu bapa Donna , yang bimbang tentang kondisi anaknya, membawanya bertemu dengan doktor psikiatri bernama dr.

Izzy Monroe (kad nama dktor itu ada dilampirkan pada dokumen yang terdapat dala arkib keluarga itu). Doktor Monroe mendiagnosis bahawa Donna mengalami Multiple Personality Disorder, atau kecelaruan identity berganda.

Dalam arkib itu juga turut dijelaskan , bahawa doktor Monroe sering menggunakan terapi hypnosis pada Donna . Antara cara lain yang sering digunakan adalah dengan seerng menyeru nama sebenar Donna , terutama apabila karekter lain muncul.

Kedua-dua cara itu dianggap efektif, dan selama dua tahun terapi, doktor Monroe yakin bahawa Donna sembuh sepenuhnya.

Namun, beberapa bulan selepas Donna sembuh , keluarga Ludwig ditimpa musibah. Mr dan Mrs Ludwig mengalami kemalangan jalan raya yang ngeri dan menjadikan Donna Ludwig seorang yatim piatu, dan mewarisi rumah ini beserta seluruh asset keluarga yang lain di usianya yang 18 tahun.

Donna menolak permintaan pihak polis untuk melakukan siasatan berhubung kematian kedua orangtuanya, walaupun ada khabar angin yang mengatakan bahawa kondisi brek kereta yang ditumpangi oleh orang tuanya tidak berfungsi sewaktu kemalangan.

Barulah kini aku mengerti yang Doktor Monroe keliru. Donna Ludwig belum sembuh sepenuhnya l dari diagnosisnya. Ketiga watak yang itu muncul semula setelah beberapa bulan Donna dilaporkan sembuh. Kemungkinan besar salah satu dari watak yang ada dalam diri Donna adalah penyebab kematian kedua orangtua Donna, kerana kehadiran kedua orang tua Donna dianggap satu ancapan kepada eksistensi watak yang dicipta Donna.

Lalu ‘mereka’ pun menyingkirkan Donna yang menjadi peribadi asal gadis itu. Chloe adalah watak yang paling tahu ‘rapat’ dna hampir dengan keperibadian Donna , sehingga dia pun mengakui bahawa rumah ini adalah rumahnya, dan kedua ibu bapa Donna yang meninggal itu diakui sebagai ibu bapanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience