BAB 4

Horror & Thriller Completed 1581

“Dean ?” tanya Ally . Dia bagaika terkejut melihat aku baru keluar dari bilik Chloe

“Ally ?” balasku.

‘Ally ’ menggelengkan kepala perlahan-lahan.

“Kenapa awak memanggilku dengan nama itu? Aku Chloe , Dean . Ally sedang berada di dapur. Apa awak dah berkenalan dengan dia?”

Aku diam tergamam, sambil mindaku berusaha keras memahami apa yang terjadi sebenarnya.

“Dean ?” tanya Chloe , bingung bagaikan tak menyedari perubahan sikapku yang kini beraada dalam keadaa panik dan kebingungan. Gadis itu lalu menoleh ke belakang, dan dengan girang berkata,

“Hei. Tengok tu. Itu Ally . Ally meh sini , kau dah berkenalan dengan Dean ke ?” tanya Chloe pada ‘sosok’ tubuh halimunan yang ada di belakangnya, hakikatnya Chloe berbicara sendiri.

Aku bergerak ke arah tepi. Degup jantungku mulai bergerak kencang. Secara automatik aku berusaha menjauhi Chloe. Aku mulai dihimpit ketakutan dengn gadis itu yang berkelakuan aneh.

Aku yakin yang Chloe mengalami sakit mental. Boleh jadi segala cerita yang diceritakan kepadaku adalah cerita palsu belaka, ciptaan dari halusinasinya.

Chloe memejamkan mata seketika, lalu ia berubah menjadi Ally semula . “

Hei, Dean . Aku Ally Steel. Nice to meet you,” ujar Ally , memperkenalkan diri.

Aku sudah tak kuasa lagi menahan rasa takutku! Tanpa berfikir panjang Aku segera berlari!

“Dean ?” panggil Ally . Aku mengabaikanya, sekarang aku cuma mahu menyelamatkan diriku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience