BAB 10

Horror & Thriller Completed 1581

Keadaan Jennifer yang tak keruan memberiku kesempatan untuk mengambil botol alcohol yang terjatuh tadi. Aku menuang isi yang ada dalam botol itu pada sapu tanganku, lalu segera ketekapkan pada wajah Jennifer . Ya itu bukan chloroform, tapi sekurang-kurangnya baunya yang masih cukup kuat untuk membuat Jennifer pengsan.

Yes! Aku menang. Aku baga dapat mentertawakan malaikat maut yang hampir sahaja mencabut nyawaku. Aku segera mengikat tubuh gadis itu, dan menelefon pihak berkuasa untuk mendapatka bantuan.

SETAHUN KEMUDIAN DI HOSPITAL REHABILITASI CLEAR LAKE…

Wad nombor 8. Ya itulah petunjuk yang diberikan oleh petugas di bahagian resepsion. Donna baru saja dipindahkan dari wad 20, yang agak jauh dan terisolasi dari pesakit lain. Doktor Monroe telah membenarkan ahli keluarga dan teman terdekat Donna melawatnya.

Donna memang menunjukkan perkembangan yang memberanssangkan, tapi doktor Monroe tidak mau buru-buru menyatakan yang Donna sembuh sepenuhnya . Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali kerana menurutnya keperibadian yang menyerang Donna sangat bijak.

Dan Ini adalah lawatan pertamaku, dan Donna sepertinya tidak mengenaliku namun ada sesutau yang diucapkannya membuatku tersenyum lega.

“Ini kali pertama kita bertemu kan? Tapi Kenapa saya merasa seperti sudah mengenal awak? Dan peliknya, awak seolah seperti telahmeyelamatkan saya dari sesuatu yang berat, saya tak tahu apa, maybe it’s just a feeling right?” ujar Donna , bertanya-tanya pada dirinya sendiri.

“Ya. I doubt about it and yes it’s indeed a strange feeling,” jawabku, lalu menghadiahkan sebuah senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience