BAB 3

Horror & Thriller Completed 1581

Aku menghantarnya pulang menaiki mountain bike yang ku selalu bawa dan simpan di bahagian belakang kereta. Dia duduk di bahagian membonceng basikal dan aku mengayuh sambil mataku memerhatikan sekeliling.

Jarak rumah chloe dari temapt keretaku lebih kurang 3.5 meter. Terletak betul-betul di tengah lading gandung dan seperti yang dikatakannya benar, hanya ada sebuah rumah di situ, tidak ada jiran di kiri kanan mahupun berdekatan rumahnya.

Chloe memberitahu bahawa dia tinggal di sana bersama seorang kawan bernama Ally dan rumah itu adala rumah pusaka, warisan dari kedua orang tuanya yang telah meninggal kerana nahas jalan raya lima tahun lalu.

Kisah demi kisah gadis itu membuatkan aku semakin sedih dan simpati pada gadis ini.

Tapi bagaimana sekiranya ada kisah lain yang terselindung disebaliknya?

Chloe sudahpun terlena di biliknya. Dan aku dengan senang hati memilih untuk tidur di sofa milik keluarganya. Bbeberapa jam terlena, aku terjaga untuk membuang air kecil di bilik air. Dan saat aku melalui ruang dapur itu, matak tertancap pada sosok tubuh Chloe yang sedang membasuh pinggan mangkuk di sinki. Dengan spontan aku menegurnya, “awak tak tidur lagi ke Chloe?”

Chloe menoleh ku dan berkata, “Chloe sedang tidur di bilik. Oh kita belum berkenalan lagi kan? Nama saya Ally dan saya baru je pulang dari kerja sshift malam.” Ujarnya.

Namun mataku terbelalak! Ally? Tapi ini kan Chloe, dah kenapa Chloe mengaku kalau dirinya adalah Ally? Atau apakah Ally itu saudara kembar Chloe? Tapi pakaian Ally sama dengan pyjama yang dipakai oleh Chloe tadi. Apa yang terjadi sebenarnya? Tanpa berlengah lagi, aku segera meluru masuk ke bilik tidur Chloe.

“Hei, awak belum perkenalkan diri awal lagi, nak ke mana tu?,” ujar ‘Ally’ di dapur. Aku tidak mengendahkannya.

Bilik tidur Chloe kosong ketika aku mendatanginya. Ini membuatku semakin bingung dan cuak. Usai lebih kurang dua minit aku memeriksa bilik, aku akhirnya kembali keluar. Aku nyaris melompat terperanjat melihat ‘Ally’ sudah tercegat di pintu bilik Chloe.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience