Bab 3 : Gaun untuk majlis

Romance Series 2571

“Jane, saya bertembung putera itu la,”kata Merelisa sambil bermuka merah kerana bedak merah yang diletakkan ke pipi gebunya. Jane melonjak gembira di kandang kuda sambil memegang lobak untuk diberikan ke kuda berdekatannya.
“Tentu dia cam kamu jika berjumpa lagi di majlis tu!”kata Jane teruja.
“Well…dia ingin saya datang ke majlis hari lahir tu,”
“Ni peluang Merelisa!”mereka berbual-bual sambil Jane meletakkan lobak pada mulut kuda. Kuda itu memakannya dengan lahap sekali. Setelah sejam bersama Jane, Merelisa kembali ke istana untuk berjumpa puteri Madonna di biliknya, tentu sedang berdandan awal pagi itu.
Setelah masuk ke ruang istana yang luas, dia bertembung dengan William yang mengangkat dulang berisi campuran bubur dan pisang dilecekkan pada mangkuk kecil. Ianya diletakkan di atas meja berdekatan dapur.
“Hei, kamu pergi ke majlis hari lahir tu ka?”kata William yang juga tahu tentang majlis hari lahir dari Jane.
“Hari ni saya dengar, pengumuman akan dibuat di kota Lourdon, bagi rakyat mendengarkannya,”kata William.
“Tentang majlis itu?”
“Yup,”kata William. Merelisa menganggukkan kepala.
“Jadi kamu pergi, kalau kamu pergi saya dan Jane akan pergi,”kata William tersenyum lebar.
“Hmm ok, saya pergi,”kata Merelisa tersenyum pahit.
“Yass! Begitulah Merelisa,”
“Hei, tentu Jane sudah cakapkan dengan kamu, ingin saya mencari jodoh,”kata Merelisa menaikkan mata ke atas.
“Haha, well…itulah sikap Jane,”kata William ketawa. Merelisa pergi ke bilik puteri Madonna, tetapi dia tiada di biliknya. Dia membersihkan bilik itu, kemudian, menjumpai dayang Luna, yang merupakan dayang puteri Madonna juga.
“Puteri Madonna di mana?”kata Merelisa melihat dayang Luna memegang bunga hidup untuk dimasukkan ke dalam pasu berisi air.
“Rasanya dia keluar,”kata dayang Luna.
“Oh ok,”Merelisa kembali ke ruang istana, dan bercadang membawa Jane ke kedai bagi mencari gaun.
Dia kembali ke biliknya, mengambil duit perak dari beg kecil. Dia kemudiannya, bertembung dengan putera Benedict dari ruang istana itu.
“Merelisa, saya mencari kamu,”kata putera itu.
“Saya nak ke kota, bersama Jane, bye-bye prince,”kata Merelisa tersenyum kambing. Putera Benedict kelihatan hampa sedikit. Tentu dia sudah lama ingin meluangkan masa dengan Merelisa.
“Jangan risau, saya akan mendapatkan kamu gaun terbaik,”kata putera Benedict menghentikan langkah Merelisa. Merelisa kelu, dia tidak mahu sebarang pertolongan kawan sepermainannya itu.
“Prince Benedict, saya tak layak dibantu oleh kamu,”
“Tak Merelisa, kamu bermakna bagi saya,”lalu, putera itu bertentangan mata dengan Merelisa sehingga Merelisa rasa tidak selesa.
“Saya…harus pergi,”Merelisa meninggalkan putera itu yang melayan perasaan. Dia ingin menemui Jane di kandang kuda. Sesampainya di kandang kuda, dia ternampak William dan Jane sedang memberi kuda makan lobak. Mereka melakukan itu sambil berpegangan tangan.
“Hem hem hem,”kata Merelisa membuatkan mereka berdua menoleh ke arahnya.
“Merelisa!”kata Jane tersenyum.
“Mari ke kota, Jane, cari gaun,”kata Merelisa. Jane menyuruh William pergi meninggalkan mereka berdua, untuk kembali bekerja di dapur, kemudian Jane mengambil beg kecil disangkutkan pada dinding.
“Ok mari pergi,”kata Jane tersenyum riang.
Mereka berjalan kaki di sepanjang jalan luas. Orang ramai melihat mereka berdua dengan Merelisa yang memakai gaun labuh, dan Jane dengan kemeja dan seluar hitam. Lumpur melekat pada hujung gaun Merelisa itu. Ada sesetengah wanita melihat skirt Merelisa yang kotor itu.
“Tentu hujan semalam, sebab tu berlumpur,”kata Jane melihat ke hadapan jalan. Mereka sampai ke sebuah kota besar, dengan orang menjual berbagai jenis barang dan makanan. Orang ramai berduyun-duyun melawat gerai dan kedai di kota itu.
Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki yang tidak asing bagi mereka. Lelaki itu dikelilingi dua orang lelaki, dengan rakyat yang bersorak-sorak.
“Putera Benedict lah,”kata Jane, memukul siku Merelisa. Merelisa tahu, tentu dia tidak ingin mereka mencari gaun. Dia bukan tidak ingin meminta tolong, tapi kawannya itu sudah banyak berjasa. Setiap kali hari lahirnya, dia akan dihadiahkan sesuatu yang mewah, jauh dari sangkaannya.
“Merelisa, itu pun kamu,”kata putera Benedict turun dari kuda, mendekati mereka berdua.
“Kamu tak perlu cari gaun, saya sudah sediakan untuk kamu,”kata putera itu. Merelisa memeluk tubuhnya.
“Dengan Jane?”kata Merelisa.
“Yup kamu berdua,”
“Dengar ni, kamu banyak sudah menghadiahkan saya..boleh tak..”
“Mari ikut saya, balik ke istana,”kata putera itu menarik tangan Merelisa untuk naik ke kuda bersamanya. Sementara Jane pula naik ke atas kuda bersama Daniel yang tersengih-sengih.
“Kamu dapatkan gaun tu dari mana?”kata Merelisa terpaksa mendakap putera di hadapannya semasa kuda bergerak. Putera itu hanya tersenyum-senyum, dan memegang tangan Merelisa.
“Well…saya sudah belikan kamu sempena hari lahir kamu,”kata putera itu. Merelisa melepaskan dakapan, berasa kekok dengan keadaan itu.
Mereka sampai di istana dalam masa 15 minit, dan keluar seorang lelaki dengan dua pengawal mengiringinya. Lelaki itu ialah Encik Montoya, pembantu raja. Dia dikehendaki membacakan undangan daripada putera Harry itu kepada rakyat di kota Lourdon.
“Well.. nampaknya akan banyak orang pergi,”kata Merelisa.
“Betul tu…rakyat pasti terasa gembira dengan berita ni..ianya diadakan secara besar-besar kerana putera Harry akan ditunangkan dengan puteri Marian, negeri Blue Charm.”
“Ohh begitu..”kata Merelisa.
Jane mengikuti mereka berdua ke bilik persalinan istana. Putera Benedict yang membawa mereka ke sana, bagi melihat gaun yang disediakan olehnya. Dua gaun kelihatan digantungkan pada tangkai besi pakaian.
“Wow, cantik!”kata Jane, memegang sebuah gaun yang sesuai untuk badannya. Gaunnya itu sesuai untuk badan kurus Jane. Ianya berwarna kuning putih, dengan hiasan tali pinggang renda, dengan hujung skirt yang beralun-alun rendanya. Manakala, Merelisa mendekati sehelai gaun kembang yang dikelilingi corak bunga dan rama-rama.
“Wow, cantik,”kata Merelisa.
“Baguslah kalau kamu suka,”kata putera itu tersenyum.
“Terima kasih putera Benedict,”lalu Jane tunduk hormat. Merelisa hanya tersenyum, berasa lega akhirnya mempunyai gaun untuk majlis itu. Putera Benedict mengajak Merelisa keluar dari istana, menuju ke arah orang kampung bagi melihat keadaan sawah padi yang kering kerana kemarau.
Mereka menaiki kuda, meninggalkan Jane yang ingin balik ke kandang kuda. Mereka berdua sampai di kampung Lavender, dan orang kampung berkumpul mendekati mereka. Mereka berdua diiringi oleh tiga pengawal berbadan besi.
“Kami hanya melihat keadaan kamu,”kata putera itu bersuara di tengah-tengah orang kampung.
“Tiada beras, putera Benedict, semuanya tidak jadi semasa musim kemarau ini,”kata seorang lelaki anggaran 40-an.
“Kami tak dapat makan beras hasil tuaian kami, hanya mengharapkan beras dari negeri Samson akan diberi segera,”kata seorang wanita tua mendekati Merelisa.
“Beras dan bahan-bahan lain akan diagihkan besok, jangan risau, negeri Samson sedia membantu,”kata putera itu, melegakan hati orang kampung yang tentu tiada bekalan hasil tanaman mereka.
“Kami lega mendengarnya,”kata seorang lelaki berumuran 30-an bersama isteri dan dua anaknya.
“Terima kasih tuan kerana datang melihat kami,”kata lelaki itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience