Awal pagi itu, datang angkutan kotak-kotak ke aras bawah istana di mana ianya disimpan dan dibuka bagi mengeluarkan beras, sayur-sayuran, dan buah-buahan. Agihan rakyat dimulakan dari pagi sehingga petang. Merelisa bersama putera Benedict mengagihkan barang itu kepada rakyat yang disuruh berkumpul di luar istana biarpun mereka dilarang berbuat demikian, kerana itu tugas para pekerja bawahan menteri ekonomi.
Seorang lelaki tua, berjanggut kusut, Alenor namanya, merupakan menteri ekonomi. Dia mengarahkan setiap pekerja bawahannya mengagihkan barang-barang dari negeri Samson itu. Sementara Merelisa membantu pekerja itu, disertai oleh putera Benedict yang begitu peramah dengan rakyat negeri itu.
“Selamat petang, tuan,”kata beberapa orang kampung yang bakal menerima barang.
“Selamat petang juga,”kata putera Benedict. Seorang budak datang berbaris, dan Merelisa mendekati budak itu.
“Hei, mana mama dan bapa kamu?”kata Merelisa. Budak itu bajunya koyak dan kotor. Tentu seorang anak yatim, fikir Merelisa. Budak itu dalam umur 10 tahun, sungguh kecil dilihat.
“Dah tiada, saya pengemis,”kata budak itu. Merelisa berasa simpati dan memanggil putera Benedict. Putera itu mendekati, dan Merelisa memberitahu tentang budak itu.
“Mari sini,”kata putera itu mengusap rambut budak lelaki itu.
“Mulai sekarang jangan mengemis lagi, nanti kami berikan rumah,”
“Tak tak Benedict, biarkan dia tinggal di istana, beri dia kerja sebaiknya,”kata Merelisa memberi cadangan lebih baik. Putera Benedict berfikir sedalamnya.
“Jika kita bagi dia rumah, tiada sesiapa di sampingnya, budak kecil perlukan keluarga dan saudara untuk mengawasinya, biarkan dia di istana, bagi kerja,”kata Merelisa.
“Tapi semua kerja memerlukan orang dewasa,”kata putera itu.
“Well….memberi kuda makan? Membasuh pakaian? Membersihkan bilik istana?”kata Merelisa.
“Atau..”
“Mengambil susu lembu!”kata Merelisa riang. Budak itu tersenyum, dan berharap putera itu akan setuju dengan Merelisa.
“Ok ok, saya akan suru dia ambil susu lembu dari kandang lembu istana, apapun, siapa nama kamu?”kata putera itu tersenyum lebar.
“Zack,”kata budak itu tersenyum.
Tibalah giliran budak itu mengambil beras dan bahan lain. Pekerja istana terasa aneh kerana budak itu datang menghampiri mereka. Selalunya, orang dewasa yang patut mengambil barang itu.
“Its ok, berikan dia bahan tu, biar kami angkat,”kata putera Benedict.
Barang diberikan kepada budak dan putera itu, sehingga diletakkan di aras bawah istana.
“Kita kena bagi dia tempat tinggal,”kata Merelisa.
“Apakata, di bilik saya, ada kosong lagi,”kata Merelisa.
“Good idea!”kata putera itu.
Barang itu diletakkan di dalam bilik Merelisa sehingga tersusun tinggi. Budak itu melompat-lompat gembira. Dia duduk di sebuah katil kosong bersebelahan katil Jane dan Merelisa.
“Ok masalah selesai,”kata putera itu tersenyum melihat Merelisa.
“Kamu melakukan perkara yang betul,”kata Merelisa kepada putera itu.
“Kamu yang banyak berjasa, sungguh bertuah menjadi kawan kamu, Merelisa,”kata putera itu, lalu bertentangan mata dengan Merelisa. Merelisa tunduk dan cuba meninggalkan putera bagi melihat agihan barang di luar istana.
“Hei, Merelisa, tunggu,”kata putera itu, lalu menarik tangan Merelisa.
“Kenapa ni? Saya ada buat salah ka?”kata putera itu, lalu memegang tangan Merelisa. Merelisa mengeluh, dan cuba melepaskan tangannya dari putera itu.
“Tolong Benedict, kita hanya kawan sepermainan, tak lebih,”kata Merelisa membuatkan putera itu melepaskan tangannya dan tunduk. Tentu hampa mendengar perbicaraan itu.
“Tak merelisa, saya rasa,, kita boleh lebih dari kawan,”kata putera itu, lalu menghalang Merelisa dari pergi dari situ. Situasi mereka menjadi tegang. Merelisa memeluk tubuhnya, dan melihat putera itu.
“Kita hanya kawan, tak lebih, saya bukan puteri lah putera Benedict,”kata Merelisa lalu menolak putera itu, dan meninggalkannya. Putera itu hampa. Dia melihat Merelisa pergi meninggalkannya. Merelisa membantu pekerja memberikan barang kepada rakyat, sehingga malam tiba. Agihan belum habis, namun akan diteruskan keesokkannya.
Raja Hercules dan puteri Madonna duduk di kerusi emas, memerhatikan setiap menteri melaporkan keadaan agihan dan jumlah rakyat yang sudah menerima barang. Putera Benedict pula mencari-cari Merelisa. Dia ingin meminta maaf, dan anggap hal memegang tangannya merupakan perkara yang patut tidak berlaku lagi.
Merelisa mengiringi puteri Madonna, dan putera berhadapan dengan ibunya, berbisik sesuatu. Kemudian, puteri Madonna melihat Merelisa dengan mata yang dihiasi dengan bulu mata melentik.
“Ok jangan lama,”kata ibu putera itu. Putera itu menarik tangan Merelisa, dan Merelisa terpaksa mengikut langkah putera itu sehingga mereka keluar ke taman istana.
“Dengar ni, saya tahu ni nampak lebih dari batas persahabatan kita..tapi saya rasa sukakan kamu, Merelisa, tolong jangan tolak cinta saya,”kata putera itu mengejutkan Merelisa. Merelisa mengeluh dan melihat wajah putera itu.
“Tapi saya anggap kamu sebagai kawan, Benedict, tolong fahami saya, saya tak nak persahabatan kita renggang kerana perasaan yang tak boleh dikawal,”kata Merelisa mengejutkan putera itu. Putera itu sungguh kacak disebalik pancaran cahaya bulan di langit. Taman itu sungguh besar, penuh warna-warni dengan pelbagai bunga. Kerusi panjang, didekati mereka, dan Merelisa duduk di sana, bersama putera yang baru meluahkan perasaannya.
“Tolong, saya akan bagi masa untuk kamu fikir,”kata putera itu merayu.
“Sejak kali pertama melihat kamu, perasaan saya sudah lebih dari kawan, tolong fahami saya juga, Merelisa,”kata putera itu lagi.
“Saya harus pergi,”kata Merelisa meninggalkan putera itu dengan hati hampa. Merelisa ingin berjumpa Jane dan menceritakan segalanya. Jane sudah berada di bilik mereka di aras bawah istana, dan Zack sedang bermain-main dengan mainan kayu yang dibuatnya. Jane terkejut akan kehadiran budak itu, namun Merelisa sudah menjelaskannya dan dia menerima budak itu di dalam bilik, asalkan budak itu tidak membuat bising.
“Dia luahkan perasaan?!’kata Jane selepas Merelisa menceritakan segalanya.
“Putera itu sedang jatuh cinta dengan kamu, Merelisa! Terimalah dia, ini peluang kamu jadi puteri!”kata Jane riang.
“Tak Jane, saya anggap dia sebagai kawan,”kata Merelisa merenung ke arah luar jendela. Mengingati detik dia berjumpa dengan putera Benedict pada 10 tahun lalu, bersama pakaiannya yang koyak rabak, putera itu tetap tersenyum ke arahnya. Berkawan dengannya memberikan dia sinar harapan dalam meneruskan hidup di istana yang lebih baik dari menjadi pengemis.
Dia bersyukur mendapat kawan seperti putera itu yang tidak pernah merendahkannya walaupun dia hanyalah seorang dayang istana. Bahkan, dia sudah lama jatuh cinta dengan Merelisa. Merelisa bukanlah seorang puteri, dan dia tiada perasaan terhadap kawannya itu.
“Apa patut saya buat?”kata Merelisa lalu menutupi mukanya dengan bantal.
Keesokkannya, sabtu petang, Jane mengajak Merelisa bersedia dengan gaun yang disediakan oleh putera Benedict di bilik persalinan. Mekap juga disediakan di bilik itu. Setelah selesai mendandan puteri Madonna, Merelisa cepat-cepat bergerak ke bilik persalinan, dan mendapati gaun itu masih di situ. Gaun Jane pula sedang dipakainya di hadapan cermin. Ada tiga lagi dayang berada di bilik itu bagi bersedia untuk memakai gaun dan bersolek.
Tiga dayang itu ialah Mona, Lisa dan Jennifer. Mona memakai gaun kembang dengan corak bintik-bintik kuning, dan gaunnya berwarna putih susu. Manakala, Lisa memakai gaun ketat, lurus ke bawah skirtnya sehingga paras betis, dengan warna biru muda, bercorak bunga-bunga merah jambu. Jennifer pula memakai gaun singkat sehingga paha, dan gaunnya begitu terang dengan warna merah. Merelisa mencuba gaunnya, dan penampilannya berubah. Gaun itu sungguh sesuai untuknya.
“Wow, kamu seperti puteri!”kata Jane. Mona, Lisa, dan Jennifer juga terpesona melihat Merelisa memakai gaun kembang itu.
“Kamu pernah dengar Cinderella? Gaunnya seperti kamu,”kata Jane riang. Hampir sahaja dia tersandung dengan kasut di lantai kerana melompat-lompat. Mereka bertiga keluar dari bilik itu meninggalkan Jane dan Merelisa yang lambat untuk bermekap. Merelisa mengenakan mekap yang sederhana tebal kerana dia lebih selesa begitu. Rambut pula dibuat bun besar di kepala. Manakala, Jane pula begitu tebal dengan gincu merah terang pada bibirnya, dan rambut dikeritingkan sehingga paras bahu.
“Ini bagi memikat William,”kata Jane membuatkan Merelisa ketawa kecil.
Share this novel