“Hei jangan sentuh dialah!”kata Merelisa, geram ke arah seorang lelaki berpakaian besi dengan pedangnya di pinggang. Budak perempuan itu ditolak dan dimain-main bajunya agar terkoyak. Merelisa melihat lelaki itu membuli budak itu yang bernama Jane. Jane sentiasa berada di luar kedai, meminta sedekah. Kawasan yang sama bagi mereka meminta sedekah daripada orang ramai, bersama Panthom yang melindungi mereka sekiranya mereka dihujani atau tiada tempat tinggal. Panthom menyediakan surat khabar yang dijadikan katil untuk tidur, di tepi tong sampah yang besar kerana banyak bahan dan alat boleh digunakan di sana.
Lelaki itu seorang pengawal istana yang bengis. Jane tidak sengaja meminta sedekah daripadanya sehingga dia dimarah dan dibuli-buli. Merelisa datang menyelamatkan keadaan, bersama Panthom di belakangnya yang merayu kepada lelaki itu agar melepaskan Jane.
‘Tolong, jangan apa-apakan dia,”rayu Panthom dengan janggut hitamnya yang tidak pernah dicukur.
“Huu pengotor! Pergi dari sini,”kata lelaki itu terasa geli.
“Kamu tak apa-apa?”kata Merelisa kepada Jane. Jane menganggukkan kepala, dan bibirnya luka kerana ditampar banyak kali.
“Kamu pembuli!”kata Merelisa mengangkat dan membuang batu besar ke arah kepala lelaki itu sehingga hampir pengsan. Dia hampir rebah ke tanah dengan kepala berdarah. Kelihatan orang ramai berkumpul berdekatan mereka, memperhatikan seorang raja yang dipimpin di dalam tandu yang ditarik oleh kuda.
Lelaki yang luka itu bangun, dan mengeluarkan pedang.
“Berhenti!”kata suatu suara lelaki garau. Dia keluar dari tandu, menyuruh pengawal memberhentikan tandu, dan kuda itu berhenti. Dia menghampiri Merelisa yang memeluk Jane.
“Siapa nama kamu wahai budak berani?”kata lelaki berjanggut hitam pada bawah bibir. Mukanya berumuran 30-an, dengan pakaian formalnya. Merelisa bingung, dan tidak tahu identiti lelaki itu.
“Saya Merelisa…. tolong jangan apa-apakan kami,”rayu Merelisa. Raja itu tersenyum, dan memegang belakang Merelisa biarpun keadaan pakaiannya koyak rabak.
“Jangan risau…Saya tak akan apa-apakan kamu… hentikan semua ini, Jaafar,”kata raja itu kepada lelaki yang memegang pedang. Lelaki itu geram, dan meletakkan pedang ke dalam sarung pada pinggangnya. Raja itu melihat Jaafar dengan tajam, dan menyuruhnya balik ke istana.
“Baik tuan,”kata Jaafar lalu beredar dari situ dengan menaiki kuda hitam berdekatan kedai.
“Merelisa saya akan membawa kamu, bolehka?”kata raja itu.
“Pergi mana?”kata Merelis. Jane yang ketakutan mulai melepaskan pelukan dan melihat raja itu. Mereka berdua baru berumur 10 tahun. Mereka tinggal bersama-sama dengan Panthom di kawasan pelupusan sampah.
“Ikut saya,”kata raja itu.
“Tapi saya tak nak membiarkan Jane sendirian,”kata Merelisa dengan air mata pada pipi.
“Its ok, kamu boleh bawa kawan kamu.”
10 tahun kemudian…
Di istana, Merelisa menyiapkan mandian bunga bagi puteri Madonna. Dia bergerak ke beranda istana, mencari-cari puteri Madonna di situ. Tiada. Dia bergerak ke sebuah bilik yang harus melalui lorong luas istana, dan menjumpa putera Benedict yang membaringkan diri di katil. Puteri Madonna berada di bilik itu, sedang memegang sebuah kertas.
“Merelisa!”kata putera itu gembira melihatnya,
“Mandian bunga sudah siap puan,”kata Merelisa sebagai dayang untuk puteri itu. Puteri Madonna menyerahkan kertas ke tangan putera Benedict. Putera itu bangun, dan mendekati Merelisa.
“Merelisa sudikah kamu melapangkan masa sebentar?”putera itu memegang kertas dan melihat tepat ke arah Merelisa.
“Dan.. happy birthday!”kata putera itu lalu memeluk dia. Dia hampir tidak dapat bernafas.
“Benedict…tolong..saya tak boleh bernafas..”lalu, putera itu meleraikan pelukan, dan memandang Merelisa.
“Sebagai hadiah, kita akan pergi memburu hari ini,”
“Memburu? Tak mahulah, itu sangat zalim..saya tak mahu sebarang haiwan mati disebabkan saya,”kata Merelisa, memeluk tubuhnya,
“Apapun thanks, tak banyak orang ingat hari lahir saya,”kata Merelisa hampir menitiskan air mata. Dia seorang yang cepat sensitif. Putera itu tersenyum dan meletakkan kertas itupada katilnya.
“Jadi saya akan hadiahkan kamu sesuatu, tunggu sebentar,”
“Hei, Benedict, kamu tak patut susah-susah,”
“Kamu sudah berkhidmat selama 10 tahun, kamu layak menerima ini,”kata putera itu lalu mengeluarkan sebuah kotak sederhana besar. Dia membukanya, dan terpapar seutas rantai berkilat berada di dalam kotak itu.
“Tak tak, saya tak boleh terima ni, ni amat bernilai buat saya,”kata Merelisa, ingin segera meninggalkan bilik putera itu.
“Tolong Merelisa, kamu sudah banyak kali menolak hadiah hari lahir daripada saya, saya merayu..hanya kali ni saja, kamu terima, please….”
“Okaylah, terima kasih putera Benedict,”kata Merelisa lalu membongkok, untuk tunduk hormat. Dia mengambil kotak itu, dan tiba-tiba, putera itu menarik tangan Merelisa.
“Biar saya pakaikan kamu,”kata putera itu yang sudah lama mengenali Merelisa, sejak dia berumur 10 tahun. Ketika itu, pakaian koyak rabak Merelisa, memperlihatkan keadaannya yang tidak pernah membersihkan badan apalagi, menukar pakaian. Dia datang bersama seorang budak bernama Jane. Jane lebih kecil daripada Merelisa, namun mereka sebaya. Jane ditempatkan di kandang kuda untuk menjaga kuda. Dia yang meminta kerja itu semasa dibawa ke istana. Dia tidak suka menjadi dayang, sementara Merelisa pula memilih untuk menjadi dayang buat puteri Madonna, ibu putera Benedict.
Putera itu memakaikan rantai ke leher Merelisa, dan Merelisa hanya tunduk, tidak ingin bertentangan mata dengan kawan sepermainannya itu. Mereka berdua beza setahun, dengan putera itu berumur 21 tahun, dan Merelisa berumur 20 tahun. Setelah selesai memakaikan leher, putera itu menyentuh dagu Merelisa, dan membuatkan dia mendongak ke atas bagi bertentangan mata dengannya.
“Hem hem hem,”masuk Daniel dari pintu bilik putera. Dia merupakan pembantu putera itu. Mereka berdua rasa kekok, dan tersengih-sengih.
“Kami…tak lakukan apa-apa,”kata Merelisa lalu hendak keluar dari bilik. Putera itu menarik tangan Merelisa dan menenangkannya.
“Relax, nanti jumpa lagi,”kata putera itu, tersenyum kambing ke arah Merelisa yang terasa panik berada di samping putera itu. Daniel hanya ketawa kecil, melihat Merelisa yang panik. Mereka berbual-bual, dan Merelisa keluar dari bilik, menuju ke bawah istana. Dia mencari Jane di kandang kuda istana. Dia masuk ke dalam kandang, dan melihat kuda-kuda berdiri dan mendengus ke arahnya.
“Hai, kamu nampak Jane?”kata Merelisa kepada kuda itu, lalu dia membelai kepala kuda hitam. Seorang lelaki bernama Michael, penjaga kuda, menyapa Merelisa dari pintu kandang kuda. Dia membawa sebakul lobak segar. Kemudian, dia memberi setiap kuda akan lobak yang dibawanya itu.
“Mana Jane?”kata Merelisa.
“Dia… rasanya dia ke bahagian dapur, kemungkinan jumpa William,”kata Michael yang berbadan sasa dengan seluar longgarnya. Rambutnya pula mempunyai kelebatan yang menyebabkan keningnya tertutup. William yang disebutnya merupakan kawan Jane sejak berkerja di istana itu. Mereka menjalinkan hubungan serius baru-baru itu. William kerja sebagai tukang masak istana dan sering melawat Jane di kandang kuda. Tetapi hari itu, berbeda pula. Jane pula yang melawat William di dapur.
“Ok thanks, saya akan cari dia,”kata Merelisa tersenyum, lalu meninggalkan kuda yang meminta belaian daripadanya.
Dia bergerak ke dapur, iaitu di aras bawah istana, dan memasuki suatu dapur yang luas. Setiap tukang masak sibuk menyediakan makan malam pada petang itu. Kemungkinan makan malam adalah jam 7, lebih awal dari sebelumnya. Raja Hercules baru balik dari negeri Samson, negeri jiran mereka bagi berjumpa raja Joseph. Oleh itu, mereka ingin menyediakan makanan seawal mungkin.
Dia ternampak sebuah pintu terbuka, pintu belakang dapur, dan keluar dari pintu itu, lalu terlihat Jane berpegang tangan dengan William.
“Ok saya harus bekerja, jumpa nanti,”kata William mencium pipi Jane, lalu masuk ke dalam pintu belakang dapur sambil melambai tangan ke arah Merelisa.
“Jane, kamu memang ikutkan hati, berjumpa dengan kekasih yang sibuk,”kata Merelisa mengusik.
“Well.. seminit pun boleh,”kata Jane lalu mereka berdua sama-sama ketawa kecil.
Share this novel