Bab 6 : Dijampi

Romance Series 2571

Putera Benedict menari bersama Jane, dan Merelisa, meminum wain dari gelasnya. Para lelaki sesekali pergi ke arah Merelisa untuk mengajaknya menari, namun dia menolak. Dia hanya ingin berdiri di suatu sudut yang tidak lama kemudian, didatangi oleh William. William kemungkinan terasaa cemburu dengan Jane yang menari dengan putera Benedict.
William mendekati mereka, dan tunduk hormat ke arah putera itu. Mereka berdua berhenti menari. Kemudian, dia menarik tangan Jane untuk mengajaknya menari. Putera Benedict mendekati Merelisa, membiarkan William dan Jane menari bersama.
“Kamu tak mahu menari?”kata putera itu.
“Saya hanya ingin minum,”kata Merelisa tersenyum.
“Kamu nampak cantik dengan gaun ni,”
“Terima kasih Benedict,”kata Merelisa lalu meneguk wain.
“Dengar ni, saya tahu kamu anggap saya kawan, tapi saya tak akan tarik luahan hati saya,”
“Benedict, tolonglah jangan ungkit lagi hal tu,”
Mereka tidak menyedari akan putera Harry yang turun ke bawah. Semua orang tunduk hormat, dan membuat jalan untuknya. Mereka memandang Merelisa yang menjauhkan diri daripada putera Benedict. Putera Harry mendekati mereka berdua.
“Merelisa,”kata putera Harry lalu menarik tangan Merelisa. Semua orang melihat mereka. Merelisa juga mengenggam tangan putera Harry.
“Maafkan saya putera Benedict, Merelisa akan menari dengan saya,”kata putera Harry tersenyum. Putera Benedict nampak geram.
“Merelisa, jelaskan saya, kamu mencintai putera ini?”kata putera Benedict dengan geram melihat putera Harry.
“Cukup tu kamu berdua, saya bersama putera Harry, Benedict,”kata Merelisa berterus terang dengan putera Benedict. Jane dan William juga berhenti menari dan melihat mereka yang sedang tegang.
Putera Benedict menolak putera Harry, dan pergi meninggalkan mereka berdua, dengan hati hancur.
“Dia, sukakan kamu, betul tak?”kata putera Harry. Merelisa tunduk ke karpet lantai.
“Saya sudah tolak cinta dia,”kata Merelisa tersenyum pahit ke arah putera Harry. Putera Harry menenangkan Merelisa, dan mengajaknya untuk menari. Mereka menari dengan musik yang romantik. Jane dan William sambung menari. Orang ramai membuat ruangan luas di tengah istana bagi orang-orang menari di situ. Kemudian, kek tinggi datang oleh pembantu istana, diletakkan ke atas meja besar. Putera Harry mendekati kek itu. Kek dipotong, dan semua orang bertepuk tangan.
Sehingga jam 11 malam, orang ramai beransur pulang. Jane dan Merelisa makan juadah yang tidak berhenti bagi disediakan di atas meja. Putera Harry pula bersama mereka, memakan kek bersama orang lain. Dia berbual dengan Merelisa, dan seterusnya, pengumuman dilakukan di majlis itu. Pengumuman mengenai mereka berdua, yang akan kahwin pada bulan hadapan. Putera Benedict berada di suatu ruangan, dan hatinya hancur mendengar pengumuman itu. Dia memperlihatkan raut wajah yang sedih.
“Merelisa, kamu akan jadi puteri!”kata Jane tidak dapat mengawal dirinya untuk tumpang gembira dengan mereka berdua. Putera Harry menemani Merelisa sehingga ke luar pagar. Mereka melambaikan tangan ke arah putera itu, dan beredar dari situ untuk pulang ke istana.
Awal pagi Ahad itu, Merelisa bangun dari tidur, menuju ke arah Zack yang sudah lama bangun. Dia duduk di kerusi berdekatan meja, dan melukis sesuatu di kertas.
“Kamu awal bangun la, kamu buat apa?”kata Merelisa kepada Zack. Zack menunjukkan kertas itu yang terpapar lukisan manusia yang berpegangan tangan.
“Kamu rindu ibu bapa kamu?”kata Merelisa. Jane pula bergerak-gerak, dan lama-kelamaan, sedar dari tidur.
“Yup, saya harap dapat jumpa ibu bapa saya lagi,”
……….
“Puteri mandian sudah siap,”kata Merelisa, kepada puteri yang memakai tuala. Raja Hercules sudah lama keluar, hendak melawat negeri Samson lagi bagi mendapatkan bahan lainnya bagi rakyat.
Kemarau yang berpanjangan menyebabkan mereka sibuk mencari bekalan lain. Raja Hercules tidak pergi ke majlis hari lahir putera Harry kerana bersiap untuk pergi berjumpa raja Joseph di negeri Samson.
Puteri Madonna bergerak ke bilik air, mandi di dalam tub air bunga. Merelisa mencapai dulang kosong di dapur, dan mendapatkan makanan untuk sarapan puteri Madonna. Putera Benedict dilihat melangkah ke arah Merelisa. Merelisa tahu pasti putera itu hancur hatinya mendengar pengumuman kelmarin di majlis hari lahir itu.
“Merelisa, saya perlu bercakap dengan kamu,”kata putera itu serius. Dia menarik tangan Merelisa dan menaikkan Merelisa ke kuda hitam di luar istana. Jane yang menyediakan kuda itu, melambai ke arah mereka berdua.
William muncul dari kandang kuda, juga melambaikan tangan ke arah Merelisa. Putera Benedict menyuruh Merelisa mendakapnya di atas kuda itu, dan Merelisa tiada pilihan selain mengikuti arahannya. Mereka merentasi hutan tebal sehingga sampai ke sebuah rumah buruk.
“Apa kita buat di sini? Kembalikan saya ke istana, Benedict,”kata Merelisa terasa geram dengan ajakan putera itu.
“Knok. Knok!”pintu rumah diketuk oleh putera itu, lalu keluar asap hijau, mengelilingi badan Merelisa. Merelisa terbatuk-batuk, dan hampir pitam.
“Apa yang berlaku?”kata Merelisa. Seorang wanita berambut putih, datang menghampiri putera itu, dan putera itu memberinya emas dan perak sambil tersenyum. Merelisa pengsan, dan diangkat oleh putera Benedict. Mereka masuk ke dalam rumah wanita itu, dan membaringkan Merelisa di atas katil. Putera Benedict menunggu Merelisa bangun, dan mengucap namanya.
“Benedict..”kata Merelisa selepas membuka mata.
“Saya di mana?”
“Kamu selamat,”kata putera itu, tersenyum, mengharapkan Merelisa akan melihatnya. Dia memegang tangan Merelisa, dan Merelisa membalasnya juga, dengan erat memegang tangan putera itu.
Merelisa diangkat oleh putera itu sehingga sampai ke kuda, lalu Merelisa berdiri. Dia memeluk putera itu, dan putera itu membalasnya dengan erat. Mereka lama berpelukan sehingga kuda itu mendengus. Mereka meleraikan pelukan, dan Merelisa naik ke atas kuda.
Putera Benedict gembira, dia berjaya membuatkan Merelisa dijampi untuk Merelisa jatuh cinta kepadanya!
Mereka meredah hutan, dan sampai ke istana dalam masa 30 minit. Merelisa dan putera Benedict memegang tangan masuk ke istana. Semua pengawal melihat mereka, dan berbisik sesama mereka. Jane mengekori mereka, dan tertanya-tanya apakah yang telah berlaku? Merelisa sudah menukar fikiran untuk mencintai putera Benedict, fikir Jane. Jane memnaggil Merelisa, dia menoleh. Putera Benedict melepaskan tangannya dari tangan Merelisa, kerana Merelisa berlari ke arah Jane.
“Jane!”kata Merelisa.
“Apakah yang berlaku? Kamu akan kahwin dengan putera Harry! Kenapa kamu berpegang tangan dengan putera Benedict?”kata Jane marah, dan tidak mengerti kawannya itu. Merelisa tunduk ke karpet merah.
“Saya cintakan putera Benedict, dia cinta sejati saya,”kata Merelisa mengejutkan Jane. Jane curiga dengan perubahan sikap kawannya itu. Putera Benedict mendekati Merelisa, dan ingin menariknya masuk ke istana. Namun Jane, tidak mahu mengalah. Dia menarik tangan Merelisa, dan memandang putera itu.
“Apa yang dilakukan kamu?”kata Jane geram.
“Maafkan saya Jane, kami perlu masa berdua,”kata putera itu lalu meninggalkan Jane yang tertanya-tanya. Jane ternampak serbuk hijau di tanah, tempat Merelisa berdiri. Jane menyentuh serbuk itu dan menghidunya. Dia segera berjumpa William, dan menceritakan segalanya.
“Saya terjumpa serbuk ni yang kemungkinan jatuh dari kaki Merelisa,”kata Jane.
“Ini, seperti kerja ahli sihir, mereka membuat jampi untuk mengenakan orang,”kata William.
“Sebab itu putera membawa Merelisa jauh dari istana!”kata Jane mulai mengetahui kerja putera itu.
“Kita harus cari ikhtiar!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience